Sunday, 16 July 2023

Tips Travel | Merancang Percutian Minimalis? Ini 7 Tips Mudah Packing Barang Untuk Travel

Bagaimana sahabat boleh memulakan persiapan melancong ala minimalis? Di sini, disediakan tips dan trik menarik untuk merancang percutian yang mengujakan tanpa membawa banyak barang dan cara terbaik untuk memilih produk pelancongan serba boleh.

Pasti sahabat pernah menyaksikan situasi di lapangan terbang di mana kebanyakan mereka yang ingin melancong membawa bersama barangan berlebihan, tidak kiralah sama ada terlebih bagasi, beg membawa cenderamata mahupun barangan ‘shopping’ yang kadang-kala jumlahnya tidak masuk akal? Atau, adakah pelancong seumpama itu merupakan diri kita sendiri?


Sememangnya betul, apabila kita menyediakan keperluan untuk melancong, terutama orang perempuan, kita akan sentiasa merancang untuk bersedia menghadapi pelbagai jenis situasi.


Kalau boleh, semua perkakas di dalam rumah ingin dibawa bersama. Dari sekecil-kecil benda kepada perkara utama semuanya berlegar-legar di dalam fikiran. Contohnya, bagaimana kalau kita tidak jumpa syampu atau sabun mandi mahupun snek pilihan di negara tersebut? Itu yang akhirnya bagasi kita menjadi terlebih muatan! 

Sejujurnya, ketika melancong kita tidak akan pernah lari daripada menghadapi sebarang masalah sama ada kecil mahupun besar. Pasti akan ada benda yang tak kena! Namun, itu semua bukan bermakna percutian yang dirancang tidak sempurna, tetapi pilihan untuk melancong secara minimalis akan menjadikan kita seorang yang jauh lebih tenang menghadapi pelbagai jenis situasi dan kita akan mendapat kebebasan untuk memilih secara tidak terhad.

Terutama apabila bercuti bersama keluarga dan anak-anak masih kecil. Banyak perkara akan difikirrkan namun begitu percutian keluargalah pada Idah ianya sangat best, indah dan memori tu terpahat diingatan anak-anak sehingga mereka dewasa. Di sini Idah kongsikan 7 tips travel, semoga bermanfaat untuk sahabat. 

1. Pemilihan pakaian yang tepat.
Tips pertama ialah memilih tema pilihan pakaian yang sesuai dalam pelbagai jenis situasi, mengikut destinasi yang telah dirancang. Berdasarkan pengalaman sendiri, kebanyakan daripada kita sebenarnya hanya memakai 20% daripada keseluruhan pakaian yang kita ada, jadi untuk melancong adalah lebih baik untuk membawa pakaian yang selesa dan ‘fit in’.

Sahabat sentiasa boleh basuh pakaian yang dibawa dan ulang untuk memakainya ketika melancong. Dengan cara ini, boleh menjadi lebih kreatif di dalam pemilihan ‘OOTD’. Contohnya, seluar hitam atau jeans boleh digayakan dalam apa juga keadaan dan sesuai dengan semua baju samada blaus atau T-shirt. Untuk pemilihan ‘dress’, boleh juga bawa satu atau dua helai. Pastinya selesa dan ringkas.

2. Memilih barangan melancong pelbagai guna, seperti kasut yang sesuai untuk bersukan dan bersiar-siar.

Terdapat pelbagai cara untuk sahabat memilih kasut untuk dibawa melancong. Sahabat boleh memakai kasut yang ‘versatile’ dan sesuai untuk dipadankan ke mana-mana acara atau utamakan keperluan dengan memilih kasut yang mempunyai fungsi yang spesifik.

Apa yang paling penting adalah keselesaan kaki kita untuk berjalan lebih banyak. Pada Idah cukup bawa dua jenis sahaja, kasut dan selipar yang tahan lasak. Dengan cara ini, sahabat boleh menjimatkan lebih banyak ruang untuk bagasi anda. 

3. Hanya membeli barangan keperluan dan mempunyai pelbagai fungsi sebagai cenderamata.

Untuk melancong secara minimalis, cenderamata adalah barangan yang tidak perlu dibeli terutamanya cenderamata yang hanya sebagai hiasan semata-mata. Pada zaman serba canggih ini, setiap memori boleh diabadikan dengan menggunakan pelbagai jenis gadjet seperti telefon bimbit dan kamera digital apatah lagi dengan adanya aplikasi seperti Google photos atau photo apps.

Kaedah ini tentunya membolehkan sahabat menyimpan kesemua gambar kenangan bersama dengan yang tersayang dan tempat-tempat menarik yang dilawati ketika melancong. Atau boleh juga membeli cerderamata berupa fridge magnet, baju lukisan tempat percutian, cap, kiching atau barangan yang ringan dan mudah diselitkan dalam bagasi. 

4. Review kembali bagasi anda selepas seminggu.

Ini tips berguna buat mereka yang melancong dalam jangka masa yang lama. Selepas seminggu, adalah baik sekiranya anda mengemas semula bagasi yang telah dipek dan melihat kembali barangan yang dibawa atau dibeli sepanjang tempoh sahabat di negara orang.

Pasti ada terselit satu atau dua barangan yang akhirnya kita sedar, kita tidak pernah memakainya dan tidak memerlukannya. Jadi, bolehlah sahabat dermakan saja di hotel penginapan atau pada orang tempatan yang sesuai dan lebih memerlukannya. Masya Allah tengah bercuti pun boleh buat kebaikan kan? Bersedekah yang tiada hadnya. 

5. Jimat ruang bagasi dengan tidak membawa snek lokal.

Sudah tentu kita akan rindu dengan makanan lokal di tempat sendiri setelah sekian lama melancong di negara orang. Namun pada Idah cukuplah sahabat bawa beberapa jenis sahaja yang mungkin boleh diambil kira andai tidak menemui makanan di tempat tersebut. Bila kita ambil keputusan untuk bercuti, ketika inilah kita boleh memilih untuk merasai sendiri pengalaman mencari dan makan makanan tempatan. Insya Allah kita akan rasa lebih enjoy! Sudah pasti ini termasuk dalam perbelanjaan cuti-cuti sahabat tau supaya tidak berlaku terlebih bajet! 

6. Set minda sebagai minimalis dan fokus untuk memaksimakan pengalaman melancong.

Dalam cara yang sama mengemas barangan secara berlebihan dan menjadi seorang ‘perfectionist’ dan ‘in control’ membebankan kita, begitu juga dengan ‘over-planning’ atau sikap terlalu bersedia.

Set dalam minda yang setiap yang dirancang pasti akan ada kekurangannya dan penting untuk kita menjadi lebih fleksibel sekiranya keadaan memerlukan terutama ketika dalam waktu bercuti. Bukan untuk menggalakkan sahabat menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dan ambil mudah, tetapi belajar untuk pandai mengutamakan keperluan mengikut keadaan.

Bersedia sepenuhnya terutama dari segi pengangkutan, tiket penerbangan, waktu dan tempat penginapan. Selebihnya, rancang mengikut situasi dan pastinya ini akan menjadikan kita lebih tenang. Apa yang penting, masa berharga yang diluangkan bersama keluarga mahupun diri sendiri. So, enjoy!

7. Fokus dengan jadual lawatan yang telah dibuat.

Melancong secara minimalis juga bermaksud kita perlu meminimakan kehendak lawatan. Sudah tentu melawat negeri atau negara orang pastinya cukup mengujakan dan kita akan merasa perlu untuk merebut segala peluang yang ada untuk melakukan setiap aktiviti dan berjalan kesemua tempat menarik yang ditawarkan.

Cukup tidak realisitik! Sebaiknya, rancang lawatan kita dengan memfokuskan kepada tempat-tempat yang berdekatan dan tidak memerlukan tempoh perjalanan yang lama. Dengan cara ini, kita akan lebih banyak belajar dan merasai pengalaman secara maksima daripada menghabiskan waktu di dalam bas atau tren untuk sampai ke destinasi.

Diharapkan tips di atas boleh digunakan sebaiknya terutama buat mereka yang menjadikan melancong sebagai hobi. Sememangnya melancong ala minimalis mempunyai banyak kelebihan dan dapat memaksimakan pengalaman percutian anda dan dalam masa yang sama menjimatkan waktu dan wang.

Apa yang paling penting kita dan keluarga semuanya seronok, gembira dan pastinya semuanya merasakan percutian ini satu perkara yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. 'Healing' yang terbaik!

Bestnya tak sabar nak bercuti!
Firman Allah swt yang bermaksud ;

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)." 

(Surah Al Mulk, 67:15)

Baca juga >> 5 Tips Travel  bersama anak-anak

Artikel lain >> 10 persiapan Tips Travel bawa anak ramai

========================================

Sahabat nak buat bisnes dan nak beli vitamin-vitamin Shaklee boleh terus hubungi Idah melalui link di bawah ye. Insya Allah Idah bersedia membantu sahabat.


Jom hubungi Idah sekarang!
https://linktr.ee/idafizart


CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

No comments:

Post a Comment