Thursday, 16 March 2023

Santan Kelapa Baik Untuk Kesihatan

 

Tadi lepas balik berbasikal buat smoothie. Saya tak pakai susu. Pakai santan.
Maryam tanya kenapa tak pakai susu. Biasanya smoothie ni kan pakai susu.

"Santan power lagi" kata saya. Bila campur dengan minuman santan kekal power. Tak berubah sangat molekulnya. Mujur Maryam faham bab molekul ni. Kalau tidak jenuh juga cari poin lain.

Banyak mitos pasal santan ni. Antaramitos utama ialah ambil santan naikkan kolesterol.
Dalam santan ada banyak bahan power. Antara bahan superpowernya ialah Medium Chain Triglycerides atau MCT. MCT ni dapatkan naikkan metabolisme tubuh. Boosting fungsi Thyroid. Bab thyroid ni kena ambil tahu. Kena jaga betul betul.

Bila Thyroid terjaga, fungsi fat burning pun mula berlaku. Bukan itu saja, lemak dari santan juga stabilikan gula dalam darah. Secara tak langsung kawal insulin sensitivity.

Paling dahsyat kemampuan santan hilangkan craving dan naikkan energi. Bagi saya saya kelapa ni khanzanah alam yang luarbisa. Patut dianggap sebagai Superfood. Patut masuk dalam diet harian.

Artikel di atas adalah penulisan daripada Doktor Rizal. Alhamdulillah bila baca tentang kebaikan santan kepada kesihatan, betapa khilafnya dahulu pemahaman tentangnya.

Wednesday, 15 March 2023

Pelanggan Pertama Order Set Kurus Shaklee Melalui Blog

Assalamualaikum sahabat dan Salam Secukup Rasa :)

Hi, sahabat AFIZART blog. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT dan dirahmati selalu. Alhamdulillah semakin semangat nak terus menulis di blog. Insya Allah hari ni Idah nak berkongsi kesyukuran dan kegembiraan dengan sahabat-sahabat AFIZART blog semua. 

Terima kasih sahabat sudi ziarah dan menjadi pembaca kepada penulisan Idah di sini. Rasa semakin bersemangat dan seronok menulis, sejak join Projek Blog Mega bersama-sama komuniti Shaklee. Berjemaah lebih baik, lebih menguatkan dan saling membantu. 

Allahumma Ya Razzaq, Ya Syakur,
Haza Rahmatun Min Robbi

Sahabat,
Alhamdulillah hari ini Idah dapat 1st customer yang order melalui blog ini. Customer ni grab Set Hello New You Set Kurus Shaklee, fullset sahabat. Syukur alhamdulillah. Ketika menerima whatsapp order tu Idah terkejut apabila melihat gambar yang beliau sreenshot. Yes gambar Set Kurus Shaklee daripada blog ini.

7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

Bismillah, Hi sahabat AFIZART blog semua,

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad. Sahabat pengguna dan pengamal produk Shaklee? Jika ya, jom sahabat kongsikan pandangan dan testimoni sahabat di ruangan komen. Jika belum, inilah sebab kenapa Idah perlu menulis tentang supplements Shaklee. Idah nak sebarkan kebaikan produk dan bisnes Shaklee kepada sahabat-sahabat yang masih belum kenal Shaklee.

Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke 9 Idah consume produk-produk Shaklee. Lama kan sahabat? Idah sejenis yang setia pada sesuatu produk terutama yang melibatkan makan dan jadi darah daging ni. Bermula kisah perjalanan hidup dengan Set Hamil Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan seterusnya Set Keperluan Harian Shaklee. Bila tanya tentang testimoni sendiri, banyak yang Idah dah rasai sahabat. Idah ada menulis Shaklee Effect di sini;

Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Manis buat sahabat AFIZART blog,

Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya. Alhamdulillah untuk entry kali ni insya Allah Idah nak bantu sahabat kurus sebelum raya. Kurus ni selalu menjadi topik hangat bila kita berjumpa dengan kawan-kawan kan?  Idaman dan impian semua.

Setiap kali tahun baru, antara wishlist kita mesti ada salah satunya kita tulis, “aku nak kurus tahun ni”, “aku nak dapat berat idaman aku tahun ni”. Percayalah, bukan sahabat sahaja termasuk Idah sendiri. Kita ada impian, insya Allah jom sama-sama kita realisasikan impian kita.

Insya Allah Idah akan bantu sahabat sebab Idah sendiri sudah melalui proses dan perjalanan menurunkan berat badan Idah bermula pada Syawal 2019. Idah akan kongsikan juga tip untuk sahabat jadi lebih kuat semangat untuk meneruskan usaha dapatkan berat idaman dan juga mempunya mindset yang kuat. Alhamdulillah memang berkesan.

Idah Berjaya turunkan berat dari 73.4 kg hingga dapat berat 55  kg dalam tempoh 3 bulan. Idah ada kongsikan gambar dan perjalanan Idah kurus di posting, “Pengalaman Sendiri Kurus Tanpa Supplements”

Kenapa Perlu Kurus?