Tuesday, 14 February 2023

Intermittent Fasting dengan Set Kurus Shaklee

Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya. Alhamdulillah hari ni Idah nak kongsikan pulak pengalaman Idah buat diet secara Intermittent Fasting  dan dalam masa yang sama memilih untuk mengambil Set Kurus Shaklee.

Perjalanan diet IF Idah bermula pada bulan Jun 2021 kerana Idah mencari solution untuk maintainkan berat dan nak bagi badan lebih fit. Idah ada kongsikan perjalanan Idah kurus di posting ini, 'Pengalaman Sendiri Kuruskan Badan 100% Tanpa Supplements'

Selepas dah kurus Idah jelas nampak sangat perbezaan, ada bahagian yang nampak kendur dan masih besar walaupun inchiloss memang banyak. Satu lagi sebab Idah ni sejenis manusia yang tak boleh amalkan makanan yang sama berbulan-bulan lamanya. Jadi Idah sangat memerlukan pilihan protein yang lain. 


Friday, 10 February 2023

Pengalaman Menurunkan Berat Badan Tanpa Supplements | Diet Eat Clean 100%

Bismillah, 
Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga sahabat dalam keadaan walafiat insyaALLAH. Hari ni Idah nak share pengalaman Idah sendiri menurunkan berat badan. Bukan satu perjalanan yang mudah sahabat. Perlukan kekuatan mindset dan support dari insan di sekeliling terutamanya keluarga. Supporter paling besar adalah suami & anak-anak.

Idah bermula dengan diet secara Eat Clean pada tahun 2019, dalam bulan Syawal (rasanya  pada 16/6/2019, ingat-ingat lupa). Idah ingat lagi masa tu Idah buka FB dan ternampak newsfeed seorang sahabat ni, Liena Bunkerz. Dia tunjuk gambar dan progress sebelum dan selepas amalkan Eat Clean. Idah terus whatsapp beliau, nak join kelas. 

Alhamdulillah Idah ditemukan dengan coach Wan Haslinda atau panggil mesranya Kak Nda. Idah tertarik nak join kerana yurannya rendah iaitu RM25 dapat Meal Plan untuk 30 hari, coaching, guide daripada coach sampai bila2, ada group support yang sangat aktif dan berada dalam circle yang mempunyai misi yang sama.

Masa tu memang Idah tekad sangat nak kuruskan badan. Idah cabar diri sendiri.  Namun begitu Idah buat secara senyap-senyap sebab Idah malu sangat.  Idah takut tak dapat result. Jadi Idah tak pernah post kat mana2 media social termasuk lah whtasapp story.  Tahun 2019 tu adalah tahun yang sangat mencabar minda Idah sebagai seorang ibu dan isteri. Anak sulung nak UPSR, suami tengah sambung belajar. Banyak urusan anak-anak memang Idah yang handle. Agak penat mental dan fizikal. Dan tanpa Idah sendiri sedar, Alhamdulillah Idah berjaya turunkan berat badan. 

Jadi Idah nak kongsikan dengan sahabat perjalanan Idah sepanjang buat diet secara Eat Clean ni.

Nak Tengok  Resultnya? 

Thursday, 9 February 2023

Pernah Dengar Apa Itu Intermittent Fasting (IF DIET)?

Hi sahabat AFIZART Blog, 
Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya dan dipermudahkan urusan sahabat insya ALLAH.

Sahabat Pernah Dengar Apa itu Intermittent Fasting
Salah satu Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus Sihat.

Mukhtahir ni sangat popular di Facebook, Instagram, TikTok. Ramai yang berkongsi mengenai diet secara Intermittent Fasting (IF) ni. Jadi Idah nak kongsikan juga di blog agar kita sama-sama dapat ilmu, info dan manfaatnya.


 Apa itu Intermittent Fasting?

Wednesday, 8 February 2023

Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee

Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni Idah nak kongsikan pengalaman Idah berpantang dulu-dulu. Throwback balik masa berpantang 9 tahun yang lepas.

Kenapa? Masa tu la 1st time Idah bertemu dan join member Shaklee. Idah amik full #setberpantangShaklee add on dari set hamil.

Harini Idah nak share pasal vitamin tenang. MasyaAllah mmg best sgt rupanya. Biasa Idah pakai pilis di dahi untuk elakkan pening, meroyan atau angin. Pening kalau kena time berpantang memang rasa nak pitam. Berpusing dunia.

Alhamdulillah sejak kenal B complex time berpantang anak yang ke 4. Bila makan, syukur alhamdulillah emosi kita ni ibu-ibu macam ada remote control, termasuk volume suara. Sopan dan ayu bila bercakap, langsung tak boleh nak naikkan volume suara. Haha kelakar betul, tak tahu nak describe namun itulah efek best yang Idah sendiri dah alaminya.