Wednesday, 8 February 2023

Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee

Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni Idah nak kongsikan pengalaman Idah berpantang dulu-dulu. Throwback balik masa berpantang 9 tahun yang lepas.

Kenapa? Masa tu la 1st time Idah bertemu dan join member Shaklee. Idah amik full #setberpantangShaklee add on dari set hamil.

Harini Idah nak share pasal vitamin tenang. MasyaAllah mmg best sgt rupanya. Biasa Idah pakai pilis di dahi untuk elakkan pening, meroyan atau angin. Pening kalau kena time berpantang memang rasa nak pitam. Berpusing dunia.

Alhamdulillah sejak kenal B complex time berpantang anak yang ke 4. Bila makan, syukur alhamdulillah emosi kita ni ibu-ibu macam ada remote control, termasuk volume suara. Sopan dan ayu bila bercakap, langsung tak boleh nak naikkan volume suara. Haha kelakar betul, tak tahu nak describe namun itulah efek best yang Idah sendiri dah alaminya.

Jadi sahabat awak pun mesti amalkan #Bcomplex tau. Semoga kita akan jadi lebih tenang dalam apa jua situasi. Nampak rumah bersepah, berselerak, anak-anak riuh rendah kita masih mampu tersenyum dan amalkan juga zikir fatimah ye sahabat. Jadikan amalan, insyaALLAH semoga kita akan lebih kuat hadapi apa jua masalah dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Kita ibu yang osem!


Untuk atasi masalah emosi, kita memang perlukan secukupnya vitamin B3 (Niacin) & B6 (Pyridoxine). Dua-dua macam best friend forever (BFF). B6 bantu pembentukan B3. Penting sangat untuk jadikan neurohormon serotonin. Hormon yang bagi kita senyum & mood stabil.

Jadi ibu² jadikan Bcomplex BFF kita tau. Idah sudah. Sahabat jom sekali.


1- Keistimewaan dan Kebaikan vitamin B Complex Shaklee.
 
Vitamin B-Complex ialah gabungan semua 8 jenis vitamin B. Maksudnya ada 8 jenis semua vitamin B dan semuanya ada dalam B-Complex ini. 

Keistimewaan vitamin B Complex Shaklee
  • Vitamin B yang paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.
  • Juga ada mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
  • Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji B-Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih vitamin B-Complex dari Shaklee ini!
Apa fungsi setiap vitamin B ini ?
Vitamin B1 (thiamin)
Fungsi : Mengubah zat karbohidrat dalam makanan menjadi tenaga.
Sumber makanan : Nasi, roti, bijiran, tepung, makanan laut seperti udang, kerang.

Vitamin B2 (riboflovin)
Fungsi : Menjaga kesihatan mata dan kulit.
Sumber : Susu , keju, ayam, brokoli, bayam.

Vitamin B3 (Niacin/Niacinamide)
Fungsi: Untuk kesihatan kulit, meningkatkan nafsu makan, memperbaiki sistem pencernaan serta membantu mengubah makanan menjadi tenaga.
Sumber: Bijiran, kacang-kacangan, daging lembu.

Vitamin B5 ( antothenic Acid)
Fungsi : Bersama-sama dengan jenis vitamin B lainnya, vitamin B5 berguna dalam proses pemecahan lemak , protein, karbohidrat menjadi tenaga. Manfaat lainnya adalah untuk pembentukan sel darah merah dan membuat vitamin D.
Sumber : Ayam, ikan sardine, alpukat, semangka.

Vitamin B6 (Piridoksin/Pyridoxin)
Fungsi : Diperlukan dalam proses asam amino dan lemak.
Sumber : Daging, ikan, sapi, kentang, tomato, pisang, buah yang berwarna unggu dan sayuran hijau.

Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi : Membantu dalam proses pemecahan lemak, protein menjadi tenaga yang akan digunakan oleh tubuh.
Sumber: Daging ikan salmon, telur, susu, cereal, pisang dan kacang tanah.

Vitamin B9 (Asid Folik)
Fungsi : Bertugas agar sel-sel pada tubuh membesar dengan baik, membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan pada janin.
Sumber : Susu dan produk olahan susu, bit, hati, tembikai dan sayuran berdaun hijau.

Vitamin B12 (Kobalamin/Cobalamin)
Fungsi : Mengubah karbohidrat, protein dan lemak menjadi tenaga, menjaga sel darah merah tetap sihat, melindungi sel saraf, mencegah penyakit jantung, dan mencegah penyusutan otak yang dapat menyebabkan daya ingatan menurun
Sumber : Daging lembu, ikan, hati, telur, susu dan rumput laut.

Banyaknya makanan yang perlu kita ambik untuk mendapat khasiat lengkap kesemua 8 jenis vitamin B ni kan. Sebab tu Idah ada mengambil suplemen vitamin B Complex kerana dalam satu tablet sudah lengkap semua ada tapi makanan ni semua PERLU diambil macam biasa juga.

2- Kebaikan umum Vitamin B Complex untuk kesihatan
  • memberi tenaga kepada tubuh
  • membantu kemampuan berfikir
  • mengelakkan penyakit beri-beri
  • melambatkan proses ubat di rambut
  • penting untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
  • mencegah stress
  • menguatkan antibodi tubuh
  • amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
  • memproses dan menghasilkan sel-sel darah merah
  • mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  • perlu untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik bagi ibu mengandung
  • mencegah kecacatan tulang belakang (penting diambil semasa mengandung)

3 - Kebaikan vitamin B Complex untuk kanak-kanak
  • merangsang pertumbuhan.
  • meningkatkan kemampuan berfikir.
  • memberikan tambahan tenaga.

Sangat banyak manfaat vitamin B-Complex ini. Sebab itu kita digalakkan untuk mengambilnya tiap tiap hari. Tapi apa akan jadi jika badan kita kekurangan vitamin B?

3a - Tanda-tanda badan kekurangan vitamin B

    • kemurungan, mudah marah, merajuk , emosi tak stabil.
    • selalu letih , tidak bermaya, wajah nampak lesu dan kusam
    • sentiasa resah gelisah
    • mudah panik, menggelabah, darah gemuruh
    • kurang selera makan
    • sembelit
    • kurang fokus & konsentrasi
    • rambut kelemumur
    • tekanan atau emosi sewaktu haid
    • sakit pada bahagian abdomen
    • mudah bengkak pada buku lali, kebas di tangan dan kaki

4 -Siapa yang memerlukan vitamin B Complex Shaklee ini ?
  • mereka yang mudah terdedah kepada sinaran matahari
  • mereka yang mudah terdedah kepada tekanan kerja dan beban
  • kerja yang banyak
  • mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan (stress)
  • mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • mereka yang ingin nampak cantik dan muda
  • wanita yang mengandung, berpantang selepas bersalin dan menyusukan anaknya
  • wanita yang mengambil pil perancang
  • wanita yang merancang untuk mengandung (kesuburan)
Banyak jenis vitamin B-Complex yang dijual di pasaran , macam mana anda nak pilih yang baik dan berkualiti ? Jadi di sini Idah sertakan juga panduan tips memilih vitamin B Complex ;

  1. Pilih B-Complex yang mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, acid folic dan biotin) sebagaimana dinyatakan dalam RDA (Recommended Dietary Allowance) kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air melalui pelepasan masa (sustain release)


5 - Koleksi Testimoni Pengguna B Complex 








Alhamdulillah. Sahabat ada alami masalah yang sama seperti dalam testimoni di atas,  nak dapatkan set berikut boleh terus klik link  👉 https://linktr.ee/idafizart

---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia

No comments:

Post a Comment