Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia
blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan
kesihatan yang lebih baik Insya Allah. Macamana persiapan raya sahabat tahun ni?
Idah dan keluarga tahun ni insya Allah akan beraya
dikampung Idah. Dah 3 tahun tak beraya bersama family sejak kematian arwah mak
30/12/2020. Tahun yang penuh mencabar dan menduga perasaan insan tersayang. Idah
kehilangan mak ketika covid-19 melanda dunia namun Alhamdulillah arwah pergi
bukan disebabkan covid-19. Sedikit terkilan dihati ini kerana tak dapat ziarah
mak ketika mak memerlukan dan merindukan anak-anaknya.
Semoga arwah mak
dirahmati Allah swt insya Allah. Rindu yang tiada berpenghujung, rindu yang
menyakitkan dan sebuah kehilangan yang tiada gantinya. Setelah 15 tahun arwah
abah pergi, mak pula menyusul. Semoga Allah menyatukan mak dana bah kembali
insyaAllah.
Al Fatihah untuk arwah mak dan abah.
Sahabat nak tahu salah satu sebab kenapa Idah buat bisnes online adalah kerana Idah nak ada income sendiri yang mana Idah boleh balik
kampung ziarah mak setiap bulan. Selain dari nak bayar hutang pinjaman MARA.
Namun kita hanya merancang Allah jua yang
menentukan. Perancangan Allah lebih baik. Syukur alhamdulillah sepanjang 15
tahun Idah buat bisnes online, dengan izin Allah Idah dapat juga memberi mak duit belanja bulanan RM500 secara konsisten setiap bulan, dapat penuhi apa yang mak minta dengan income daripada berbisnes online. Namun begitu kan sahabat, Idah belum betul-betul puas memberi dan berbakti lagi pada mak. Masih banyak impian Idah untuk mak.
Meskipun mak sudah tiada, Idah tetap nak merealisasikan impian yang Idah dah buat. Bila mak abah dah takde ni, lagi besar tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Doa anak yang soleh solehah dan kebaikan yang kita niatkan untuk mereka insya Allah akan sampai kepada mereka. Realisasikan impian sendiri, suami dan anak-anak insya Allah. Jadi Idah perlu ada satu bisnes yang dapat memberikan peluang, imbuhan yang lebih baik dan lumayan.
Entry kali ni Idah nak berkongsi cerita dengan sahabat tentang kelebihan
INSENTIF SHAKLEE yang mempunyai banyak kelebihan dan apa yang Shaklee tawarkan sangat menarik. Struggle? Itu semua proses, namun percayalah sahabat insya Allah berbaloi.
Idah pernah aktif berbisnes Shaklee, pernah dapat income
4 angka dengan Shaklee secara konsisten, pernah merasa fasa jatuh dan sekarang
sedang fasa bangkit. Walaupun dah jelas dan terang dengan ujian yang bakal
diterima, insya Allah berbaloi. Mungkin bukan Idah merasai income 5-6 angka
sebulan, namun yang pasti bisnes ini boleh diwarisi. Kita membina tapak dan
empayer bisnes untuk anak-anak meneruskan legasi. Insya Allah.
Peluang begini tak mungkin Idah dapat dengan bisnes yang sebelum ni.
Tiada jaminan namun dengan Shaklee insya Allah pasti. Idah tekad untuk terus menggenggam dan menggapai impian bersama Shaklee. Semoga Allah permudahkan urusanku, menunaikan segala
hajat, memperkenankan segala doa dan terpilih dari kalangan
orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.
Tawaran I.N.S.E.N.T.I.F Shaklee Malaysia
I – Indahnya bisnes Shaklee
Dengan bisnes Shaklee, sahabat bukan sahaja dapat DUIT semata-mata, namun apa yang pasti sahabat dapat upgrade kesihatan kepada yang lebih baik, gaya hidup sihat dan menjana ekonomi keluarga serta dapat membantu orang lain meningkatkan sumber pendapatan. Kita berpeluang menikmati pendapatan tiada had dan menjangkau akal
fikiran. Insya Allah dengan izin Allah swt.
Ukhwah dalam komuniti Shaklee alhamdulillah sangat indah sahabat.
Hanya yang berada dalam circle yang sama sahaja akan tahu apakah “rasa indah”
tersebut. Berada di dalam 'circle & vibes' yang
positif dapat membentuk diri kita menjadi seorang yang lebih baik, berdaya saing, bersemangat, bersangka baik dan berfikiran positif. Ini juga merupakan insentif kerohanian yang disuburkan dalam bisnes Shaklee, pada Idah sukar nak dapat dengan bisnes lain. Hubungan baik yang terjalin antara pemilik Shaklee iaitu Tuan Roger Barnett, CEO Shaklee Malaysia Tuan Leong hinggalah ke staf-staf Shaklee keseluruhan dengan seluruh pegedar-pengedarnya sangat erat.
N – Networking (rangkaian)
Alhamdulillah, bisnes Shaklee tiada had untuk kita bina
rangkaian. Bisnes world wide. Walau di mana kita berada insya Allah fleksibel untuk
kita membina empayer bisnes dan kumpulan malah kita berpeluang membuka cawangan di seluruh dunia. Best ke best sahabat? Bisnes online namun ada cawangan di seluruh Malaysia dan luar negara. Semuanya hanya
dihujung jari, merentas sempadan dunia.
Setiap pemimpin kumpulan bebas untuk menentukan hala tuju
bisnes dan network masing-masing. Setiap pencapaian pemimpin dan kumpulan akan diraikan oleh Shaklee, yessza Shaklee yang akan menaja semuanya. Di sini once kita menjadi seorang pemimpin kumpulan, kita dan anak-anak kumpulan berpeluang menikmati hadiah yang sama. Tiada kompromi. Adil dan saksama. Ini juga salah satu
insentif yang best dalam bisnes Shaklee.
S – Sokongan padu dari syarikat
Shaklee menyediakan satu sistem website yang sistematik,
berinformasi dan mesra pengguna. Setiap pengedar yang sudah berdaftar sebagai
ahli, mereka diberikan satu sistem website menggunakan ID masing-masing. Di
dalam sistem website tersebut sudah lengkap dengan info produk, produk jualan
yang available, OOS, mesej-mesej terkini, sistem dashboard yang lengkap dengan
update bonus, geneologi ahli yang berdaftar, database, maklumat pengeposan,
invois dan banyak lagi.
Di dalam sistem website kita boleh download flip ebook
produk, pelan pampasan, pelan pemasaran dan juga ada info tentang kelas-kelas
online offline. Sistem ini semuanya kita dapat PERCUMA. Tak perlu susah payah keluarkan kos untuk upah designer dan programmer membina sistem. Shaklee sediakan semuanya.
Shaklee juga ada menyediakan training class secara online
dan offline. Jika berlaku apa-apa samada dalam
proses perkhidmatan pengeposan, masalah produk, masalah fitnah ke atas
pengedar, syarikat atau apa sahaja, pihak syarikat sangat bertanggungjawab
mengendalikan dan menyelesaikan semua itu tanpa berlepas tangan.
Kita sebagai pengedar di bawah syarikat Shaklee rasa
terjamin dan selamat. Ini juga salah satu sebab kenapa Idah suka bisnes Shaklee
dan produknya.
E – Eksklusif
Dari segi penghargaan dan hadiah, Shaklee sediakan semuanya secara eksklusif samada produk, material dan percutian. Shaklee sentiasa
menyediakan sesuatu yang luar jangkauan. Contoh seperti tahun 2020, 2021 di
mana setiap pengedar yang berjaya capai point trip percutian namun tidak dapat menunaikannya, Shaklee bayar tunai kepada setiap pengedar yang layak. Yesza! Dalam
bentuk CASH yang dipindahkan ke dalam akaun masing-masing.
Shaklee bayar semuanya walaupun ketika itu seluruh dunia
mengalami pandemik covid-19 yang telah menjejaskan kebanyakkan eknomi dunia.
Masya Allah, berkepuk-kepuk jugaklah setiap pengedar Shaklee dapat imbuhannya. Happy semuanya. Alhamdulillah. Itu penting kita memilih syarikat yang betul-betul stabil dan kukuh. Walau apa pun terjadi pada ekonomi dunia, syarikat tetap bertahan dan mampu membayar gaji dan bonus kepada pekerja dan ahlinya.
Setiap kali ada event-event besar, Shaklee menyediakan segalanya seperti tempat solat yang selesa meskipun travel ke luar negara, tajaan tempat penginapan mewah, pilihan menu makanan yang sedap-sedap dan menepati citarasa orang Malaysia, menikmati produk percuma, produk premium menjadi hadiah percuma, beg eksklusif, tempat permainan kanak-kanak yang selesa dan banyak lagi. Mesra keluarga insya Allah.
N – Nikmati kebebasan kewangan, masa dan pencen diusia muda
Bonus Shaklee itu benar ✅
Cash Bonus itu benar ✅
Car Bonus itu benar ✅
Melancong bersama Shaklee itu juga benar ✅
Menikmati kehidupan yang lebih selesa ketika usia emas juga benar✅
Dan dengan Shaklee insya Allah boleh kita nikmati 3 benda
yang diimpikan oleh setiap orang. Pencen muda dan nilai pencen terus meningkat
saban bulan dan tahun. Best ke best? Insya Allah sampai satu tahap kita bakal
menikmati sekali kebebasan masa dan kewangan yang sangat stabil.
Fasa membina team, network dan empayer jika benar-benar
fokus insya Allah dalam masa 2-5 tahun kita boleh menikmatinya. Proven result
sahabat. Sudah ramai upline-upline membuktikannya.
Car Bonus merupakan pencen dalam bisnes Shaklee dan boleh diwariskan
kepada zuriat keturunan kita selagi mana aktif. Tengok macam contoh statement
seorang master Shaklee ini merangkap upline Idah. Car Bonus sahaja
RM5000-RM6000 sebulan. Belum termasuk dengan untung runcit, bonus kepimpinan,
insentif kepimpinan, percutian mewah yang ditaja sepenuhnya Shaklee.
T – Tawaran Shaklee
Shaklee menawarkan 3 bentuk bonus kepada para pengedarnya
iaitu 3C (Cash-Car-Convention). Ketiga-tiga bonus ini boleh dicapai oleh semua
pengedarnya yang layak. Alhamdulillah Idah sendiri sudah menikmati salah satu
daripadanya iaitu Cash Bonus.
Cash Bonus
Kita boleh menikmati dari 5% sehingga 21%. Kita bebas menentukan gaji yang kita nak. Best ke best? Ini belum termasuk untung runcit, bonus kepimpinan dan bonus-bonus insentif lain lagi.
Apa yang menarik kan sahabat, ada 1C yang Shaklee tawarkan, Shaklee bagi dalam bentuk CASH iaitu,
Car Bonus (Bonus Kereta)
Shaklee bayar dalam bentuk tunai kepada semua pengedar yang telah mencapai kelayakkannya. Yes! Bentuk tunai bukannya sebuah kereta walaupun namanya CAR BONUS. Upline Idah kata car bonus ini lah "pencen muda" yang bakal kita nikmati. Tak perlu tunggu usia warga emas untuk dapat pencen.
Nilainya sentiasa meningkat. Bukan statik. Ianya meningkat mengikut kepada seberapa besar kumpulan yang kita miliki. Lagi ramai ahli-ahli berbisnes dan berjaya capai tahap pemimpin, insya Allah makin besar pencen yang kita dapat.
Convention
(Percutian setiap tahun ,juga diberi dalam tiga kategari - boleh pilih nak pergi yang mana)
Shaklee menawarkan local Regional Trip dan International
trip sebagai insentif kepada keluarga besar Shaklee. Percutian Shaklee
kebiasaannya percutian VIP dan mewah. Segalanya disediakan oleh Shaklee
termasuk duit belanja. Masya Allah bestnya. Idah paling teruja dengan tawaran
pakej Umrah VIP Shaklee. Ini antara impian Idah, menunaikan umrah dibawah tajaan Shaklee.
Tahun 2024 nanti Shaklee nak bawa ke negara matahari terbit, Japan. Masya Allah bestnya. Antara tempat dan negara yang Idah nak sangat pergi melancong dan mengembara. Ya Allah pilihlah aku untuk join trip Japan bersama Shaklee. Aamiin.
I – Impian
Insya Allah dengan Shaklee, sahabat boleh bina, genggam, gapai impian dan berpeluang merealisasikannya. Idah ada menulis tentang menggenggam
dan menggapai impian dengan Shaklee di entry
Dapat Duit Awal Dari Shaklee. Insya Allah ini juga salah satu big why kenapa Idah memilih untuk bersama dengan Shaklee. Idah nak beli impian anak-anak. Kerana perjalanan mereka masih jauh. Kita sebagai ibubapa perlu bijak mengurus dan mengatur dengan sebaiknya sumber kewangan keluarga. Insentif yang Shaklee tawarkan insya Allah dapat merealisasikan setiap impian kita. Dengan Shaklee, impian bukan hanya mimpi namun boleh dijadikan kenyataan.
Nak 1000 daya, tak nak 1000 alasan kita boleh cipta. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
F – Field Incentive Program April – June 2023
Alhamdulillah, yang ni memang best, bermula New
Cycle April 2023, Shaklee telah tawarkan satu lagi tambahan insentif shaklee
khas untuk semua ahli baru dan lama. FIELD
INCENTIVE PROGRAM APR – JUN 2023. Shaklee akan beri reward cash tambahan sebanyak
RM600 kepada mereka yang layak selain dari cash bonus yang Idah terangkan sebelum
ni.
Namun nak dapatkan sesuatu tu mestilah ada syarat kan sahabat? Jom kita tengok apa syaratnya untuk dapat CASH REWARD
RM600
Kategori 1 : Ahli
Shaklee yang BELUM pernah rank-up sebagai Supervisor (first rank in
Shaklee).
Sahabat perlu Rank-Up sebagai New
Supervisor (Group Sales lebih kurang RM10,000) dalam bulan April atau May
atau Jun 2023.
Kemudian sahabat hanya perlu kekalkan rank Effective
Supervisor (Group Sales lebih kurang RM9,000) pada 2 bulan berikutnya
berturut-turut. Insya Allah mudah bila gerak bersama kumpulan dan berjemaah.
Kategori 2 : Ahli
Shaklee yang SUDAH pernah rank-up sebagai Supervisor.
Sahabat perlu Rank-Up sebagai New Senior
Supervisor (Group Sales lebih kurang RM15,000) dalam bulan April atau May
atau Jun 2023.
Next sahabat hanya perlu kekalkan rank Effective Senior
Supervisor (Group Sales lebih kurang RM17,000) pada 2 bulan berikutnya
berturut-turut.
Jika sahabat lepas syarat-syarat ini, maka dengan secara
automatik sahabat layak dah terima CASH REWARDS RM600 dari Shaklee. Best kan!
RM600 tu besar tau. Macam-macam boleh buat dengan nilai tu.
Lagilah lepas raya ni banyak nak guna duit. So
inilah masanya join our AFIZART Family untuk buat side income. Siapa tahu impian sahabat mampu menjadi kenyataan dan bersama-sama kita menikmati insentif yang Shaklee tawarkan.
Kita juga boleh berjaya seperti mereka ini. Jom kita follow orang yang berjaya.
Best kan? Ada macam-macam bonus dan insentif yang Shaklee
Malaysia bagi. Jika dapat semua tu lagilah seronok rasa. Macam bonus bulanan tu
dah macam gaji bulan-bulan dapat. Memang boleh guna untuk bayar macam-macam
komitmen setiap bulan.
Bisnes ini dah macam lubuk duit sebab ada pelbagai
insentif yang disediakan buat semua pengedar yang fokus bisnes. Apa yang paling penting kena
rajin dan bersemangat nak buat. Bak kata Tuan Fahdi,
'Nak buat bisnes buat sungguh-sungguh, jika tak nak tak payah buat!'
Okay sahabat, pertama sekali sahabat perlulah sertai Keahlian Shaklee dahulu ye dan ini adalah cara untuk daftar keahlian :
1. Sahabat perlu membayar yuran keahlian dengan hanya RM35 sahaja dan sudah boleh mulakan bisnes Shaklee serta merta bila keahlian telah diaktifkan. Jika sahabat punya kekangan dengan masa, sahabat juga boleh membuat secara online dan Idah sedia membantu sahabat,
ATAU
2. Sahabat membuat belian sebanyak 100UV dan melayakkan mendapat keahlian secara Percuma! Nak lagi jimat jom grab promosi yang dianjurkan oleh Shaklee setiap bulan. Bulan April ni ada Set Rahmah A dan Set Rahmah B. Pilih sahaja salah satu dah dapat FREE KEAHLIAN. Best kan?
Jom daftar secara online di sini. Dah daftar? Sahabat terus wasap Idah tau. Lebih mudah dan cepat Idah respon dan kita boleh terus setting time untuk coaching online. Nak berjaya perlukan tindakan yang Fast & Furios, Fast Action, Insya Allah Fast Result!
Latihan dan banyak kelas percuma disediakan untuk sahabat yang mahukan kejayaan dalam hidup. Tak tahu nak berniaga? Tak tahu mengarang dan menulis? Tidak pandai buat poster?
Insya Allah bisa diaturkan sahabat, apa yang paling penting sahabat ada KESUNGGUHAN, KEMAHUAN & SEMANGAT yang jitu untuk berjaya dan nak keluar dari comfort zone.
Jom wasap Idah untuk lebih info,
Idafizart
Sihat itu Jihad. Jihad dalam membangunkan ekonomi keluarga, insya Allah semoga Allah pilih untuk kami menjadi salah seorang jutawan Shaklee. Aaamiin.
#bisnesOnlineTerbaikMalaysia
No comments:
Post a Comment