Tuesday, 7 February 2023

Minggu Peperiksaan Akhir Tahun Kakak dan Angah

Apa khabar sahabat AFIZART BLOG semua? 

Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat insya ALLAH.

Hari ni anak2 Idah di maktab menyambung lagi final exam & bermulanya exam SPM untuk kakak2 abg2 senior F5. Bulan yang sangat tough, penuh dengan stress (kata anak2), penat, letih otak dan minggu yang ramai di antaranya kurang tidur da istirehat. Dengar keluhan begitu tersentuh hati ummi ni. 

Jadi apa yang selalu Idah buat bila anak2 exam adalah dengan Solat Sunat Tahajjud, Hajat dan doa yang spesifik. Idah sebut satu persatu nama anak2 yang nak exam tu. Sama juga dgn situasi apa sahaja termasuklah hajat untuk suami dan diri sendiri. 

Sebagai ibu, Idah yakin dengan janji Allah swt bahawa doa seorang ibu itu makbul. Semoga kakak dan Angah insya ALLAH kedua-duanya dapat menjalani minggu exam ni dengan sebaiknya. Ummi redha akan anak2 ummi. 


Idah nak share juga doa yang sahabat2 di FB selalu tulis, semoga kita sama2 dapat membacanya untuk anak2 kita insya ALLAH. 

﷽ 

Ya Allah,

Pada hari ini anakku Afifah Hanani, Aisyah Hanani & anak-anak F5 di seluruh negara akan menduduki peperiksaan akhir tahun & SPM. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang terbaik kepada anak anak kami. 

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Semoga berjaya hendaknya kepada semua calon-calon SPM 2023 dan mendapat kejayaan yang terbaik insya ALLAH. 

#idahsharing
#blogmegashaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23

6 comments:

  1. moga kejayaan untuk anak anak semua, selamat menduduki peperiksaan. jaga makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah Alhamdulillah. Barokallahu fik sahabat. Mekasih datang komen di blog kami.

      Delete
  2. semoga berjaya dan lancar urusan exam anak-anak Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah Alhamdulillah Barokallahu fik Master Puteri sebab sudi ziarah blog kami. InsyaALLAH Allahumma Aamiin

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan anak2 utk mnjwb soalan exam..mak yg super berdebarkan..😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu sahabat, Mak2 mmg sokmolah berdebar. walaupun hanya final exam. Exam besar2 mak mcm pergi sama2 menjawab soalan. Mekasih sahabat sebab datang komen di blog kami.

      Delete