Monday 17 January 2011

Hujung Minggu penuhi masa dengan Keluarga

Assalamualaikum dan selamat pagi semua, 

 Tajuk entry kali tak de kena mengena dengan apa yang nak Idah tulis.Tapi istilahnya lebih kuranglah sbb idah akan campur-campur cerita.So boleh digrab sekaligus.hahahaah.Tak kisahlah kan lagipun syok sendiri aje menulis sbb tiada pembaca setia blog.Oklah kan..yang penting idha belajar untuk menjadi penulis.(fuh ayat....)  

Entry 1:- Pisang Oh pisang 

Tadi jalan2 baca blog kawan-kawan dan masuk blog kakchik.Memang idah selalu follow blog kakchik samada yang kakchik wardrobe ataupun keluargaku sayang.Entry kakchik hari ni berkisarkan kepada buah pisang.Baru idha teringat khamis lepas idah ada snap pic pisang yang baru diambil kat pokon pisang belakang rumah.Dah masak ranum buahnya.Alhamdulillah rezeki murah. 

 So pada hari tersebut menu untuk sarapan pagi Jumaat tu bertemakan buah pisang.Hihi asben idah suka makan pisang goreng berbanding jemput pisang. Jangan tanya idah pisang apa ye.Memang tak kenal nama-nama pisang ni,idah tahu makan aje.hahahaha..tak kisahlah.Amacam cantik kan warnanya..kuning keemasan.Ni masih melekat kat tandannya.Ok done pasal pisang. 

 

Entry 2a:- Lokasi:- Program di Geliga Kemaman Waktu:- 3.00ptg hingga 5.30petang  

Jumaat lepas idah mcm biasa akan bawa Hanani-hanani keluar jalan-jalan menghirup udara luar.Ye lah 5hari seminggu dunia mereka hanya dipersikataran rumah sahaja.Rumahku Syurgaku.Cewah.ahak...So masa cuti ni ambil peluang bawa mereka keluar kebetulan pulak En.Kanda ada program di kemaman.Lepas solat Jumaat bertolak ke kemaman.

Alhamdulillah time tu cuaca pun ok..taklah panas sgt dan tak hujan.Dapatlah snap beberapa gambar sepanjang program tersebut.Program penuh berlangsung hari sabtu.Banyak gerai-gerai jualan yang ada kat situ,part yang paling idah suka gerai jual jubah,abaya ,buku-buku dan busana2 muslim.

 

Entry 2b:- Lokasi:- TMC MesraMall Kerteh Waktu:- 6.30ptg-8.30malam

 

Ingat lagi pasal kisah yang berlalu pd tahun baru?Ok Jumaat lepas idha mcm biasa akan ke pusat beli belah untuk beli keperluan dapur.Kekdng 2minggu sekali akan beli atau sebulan sekali.Bergantung pada keadaan.Sekarang dah lebih peka.tak nak shopping hari sabtu,hahahha kes gara2 tak leh guna bag plastik.Ok masa idah gi hari Jumaat alhamdulillah dah terpampang besar lagi banner pasal "Let's Go Green" mcm rajah di atas kat pintu masuk TMC.

Kat setiap meja cashier pun ada tampal risalah.hah ni baru betul,barulah pengguna tahu.Oklah apa-apa pun idah tak nak lah dicop sebagai rakyat yang tidak prihatin kan..so sokonglah niat murni kerajaan ni.haahahah..ok itu sahajalah..dah tak tahu nak menulis apa.(nak wat mcmane sejak zaman sekolah lagi memang tak minat mata pelajaran BM terutama bab2 karang mengarang..so inilah hasilnya...idea byk tapi tak leh nak realisasikan dalam bentuk esei..cewah esei tu..bentuk point ok..)

 Insya ALLAH ada masa idah akan cuba merajinkan diri lagi okeh...Assalamualaikum..Insya ALLAH.. Salam Sayang, Ummu Hanani Teratak 23

Thursday 13 January 2011

Resepi Mi Rebus Ala Johor.. Alhamdulilah Sedap!

Malam ni Idah nak kongsikan satu resepi yang idah baru cuba-cuba2 belajar. Mee rebus Johor. Perencahnya idah beli daridapa seorang kawan (http://perencah.blogspot.com/) .Ini kes sebab teringin sangat nak makan Mee Rebus ala Johor. Jangan tak tahu ye gambar ni dah lama..hihi so saja tepek kat blog sekadar untuk review bersama. Tapi En.Kanda Idah tak suka mee rebus style johor.

Dia lebih suka kuah putih biasa mcm tumis gitu. Takpelah sekali sekala tukar selera. Jom tgk apa bahan2nya.Semuanya ikut cara idah sendiri..:) 

 Mee Rebus  

Bahan-bahan:- 

Perencah Maharani(dalam ni dah lengkap) 

bawang putih (diblend halus) Daging(hiris kecil2) Bawang Goreng(hiasan) Tauhu Goreng(hiasan) Limau Kasturi(hiasan-dipotong kecil) Garam 

Mee Kuning Sayur(idah suka letak sawi,kobis) Air 1 Jug Cara-caranya:- 

1.Tumis bawang putih dan hirisan daging sehingga naik baunya 

2.Tuangkan air dalam 6 gelas/cawan(ikut suka byk mana kuah yang nak) dan biarkan mendidih. 

3.Masukkan perencah mee rebus maharani dan kacau sehingga sebati dan masak.Isi garam sikit dan rasa. 

4.Masukkan mee kuning serta sayur2 td. 

5.Siap utk dihidang.Hiasan boleh bubuh bawang goreng+Limau Kasturi+Tauhu goreng. 

Ok siap..sedia untuk dimakan...stok masih ada lagi.Esok Jumaat,en.kanda cuti boleh buat mee bandung pulak..hihi.. 

Dari Dapur, Ummu Hanani Teratak 23( 8 Safar 1432H)

Wednesday 12 January 2011

Kisah Penghujung 2010~Tahniah sahabatku Habsah

Tajuk:- Sekitar Majlis perkahwinan Habsah+Anas
Tarikh:- 26 Dis 2010
Tema:- Hijau Purple (kalau tak silap lah..hihihi) i suka tau warna-warna purple ni
Lokasi:- Semesti kampung sendiri (Felda Bukit Mendi ok)
Gambar:- Hak cipta terpelihara http://afizart.blogspot.com okeh...)
Jom layan gambar2..entry masuk kemudian ye..



Selamat Pengantin Baru Idah ucapkan buat sahabat baik Idah.Semoga berbahagia dunia sampailah akhirat.Sorry ye sebab dapat singgah sekejap sahaja tak sempat tgk sampai majlis habis kerana bergegas nak balik Terengganu pulak..Apa pun Idah bersyukur dapat juga lihat sendiri sahabat baik idah ni kawin.

Nostalgia 1997-2000;
Semeja dari form 2-5..mmg byk kisah best,lucu,suspen dan mcm2 dikongsi bersama.Rindu zaman sekolah.


Coretan;
Ummu Hanani
Teratak 23, 7 Safar 1432H