Showing posts with label Resepi Dapur Ummi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dapur Ummi. Show all posts

Tuesday, 18 January 2011

Resepi Sotong Masak Merah. Apa yang penting simple dan sedap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Entry ni sepatutnya semalam Idah posting,tapi disebabkan ada hal-hal tertentu makanya Idah postpone je ke hari ini.Semalam dalam keadaan kebluran nak masak apa,Idah pun amik langkah blogwalking ke blog-blog chef masakan.

Dalam peti ada sotong,ikan dan sayur bendi sahaja. Oleh itu kerna lah cari menu yang berkaitan.Jelajah punya jelajah dari satu blog ke satu blog.... Jeng..jeng..inilah hasilnya.Hihihi 4menu sekaligus. 

1st:- sambal sotong rsepi sendiri 

2nd:- Sotong goreng mentega(sedap rasanya sebab ikut menu kena buh bawang putih.idah mmg suka bawang putih berbanding bawang merah) 

3rd:-Ikan kerisi goreng ala ikan kering dan 

4th:- sayur bendi goreng telur. Resepi pulak idah pilih nak bubuh resepi sambal sotong sebab made from myself dan idah rasa inilah gambar yang paling menarik idah pernah snap..hihihi..mudah dan simple aje.Resepi Sambal Sotong Idah mari:-

 
Bahan-bahan:- 
 
-sotong ikut suka lah nak bape ekor pun(potong2 kecil supaya mudah makan) 
-lada mesin(cili boh idah letak) 
-bawang merah,putih(siap dimesin halus) 
-serai sebatang yang telah diketuk 
-daun limau purut(nak letak ke tidak ikut sukalah ye) 
-daun sup dipotong halus2(sebagai hiasan) 
-sos cili -garam -perasa -sos tiram 
 
Cara masak:- 
 
1- Panaskan minyak masak,kemudian masukkan serai.Pastikan serai kekuningan. 
 
2-masukkan bawang2 yang telah dikisar bersama dengan lada mesin.Masak sehingga naik bau dan kemudian masukkan daun limau purut. 
 
3-Apabila sudah pastikan lada sudah betul masak,masukkan sotong,sos cili,sos tiram,perasa dan garam. 
 
4-kacau2 sehingga sotong masak.Rasa masin atau tawar dulu ye.Idah suka tambah gula sikit. 5-Apabila dah yakin masak sotong bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 6-taburkan daun sup sebagai hiasan dan bauan. 
 
 
 
Sotong Goreng Mentega
 
 
 
Ikan kerisi goreng ala ikan kering 
 
 
 
 
Sayur bendi+telur
 
 
Ok selamat menjamu selera buat semua ye.... 
Salam Sayang, ummuhanani Teratak 23

Thursday, 13 January 2011

Resepi Mi Rebus Ala Johor.. Alhamdulilah Sedap!

Malam ni Idah nak kongsikan satu resepi yang idah baru cuba-cuba2 belajar. Mee rebus Johor. Perencahnya idah beli daridapa seorang kawan (http://perencah.blogspot.com/) .Ini kes sebab teringin sangat nak makan Mee Rebus ala Johor. Jangan tak tahu ye gambar ni dah lama..hihi so saja tepek kat blog sekadar untuk review bersama. Tapi En.Kanda Idah tak suka mee rebus style johor.

Dia lebih suka kuah putih biasa mcm tumis gitu. Takpelah sekali sekala tukar selera. Jom tgk apa bahan2nya.Semuanya ikut cara idah sendiri..:) 

 Mee Rebus  

Bahan-bahan:- 

Perencah Maharani(dalam ni dah lengkap) 

bawang putih (diblend halus) Daging(hiris kecil2) Bawang Goreng(hiasan) Tauhu Goreng(hiasan) Limau Kasturi(hiasan-dipotong kecil) Garam 

Mee Kuning Sayur(idah suka letak sawi,kobis) Air 1 Jug Cara-caranya:- 

1.Tumis bawang putih dan hirisan daging sehingga naik baunya 

2.Tuangkan air dalam 6 gelas/cawan(ikut suka byk mana kuah yang nak) dan biarkan mendidih. 

3.Masukkan perencah mee rebus maharani dan kacau sehingga sebati dan masak.Isi garam sikit dan rasa. 

4.Masukkan mee kuning serta sayur2 td. 

5.Siap utk dihidang.Hiasan boleh bubuh bawang goreng+Limau Kasturi+Tauhu goreng. 

Ok siap..sedia untuk dimakan...stok masih ada lagi.Esok Jumaat,en.kanda cuti boleh buat mee bandung pulak..hihi.. 

Dari Dapur, Ummu Hanani Teratak 23( 8 Safar 1432H)