Salam sayang buat semua, Hari ini tak apa yang menarik untuk ditulis. Hari ni juga jadual harian Idah padat dan meletihkan.Tapi tak pe sebab semua ini dilakukan dalam keadaan mood kerajinan.Edisi "R" datang memang akan diluar jangkaan tenaganya...:)
Ok jom check list idah punya keje hari ni punye:-
6.00am- Bangun mandi,solat subuh walaupun agak mengantuk dek kerana tidak dapat tidur nyenyak.Tidurku diganggu dengan anak-anak yang merengek nak susu,meragam.[check-done]
7.00am- bermula aktiviti di dapur masak-masak sarapan,kemas dapur,basuh baju[check -done]
8.00am - oleh kerana dah lewat maka nya en.kanda suruh bungkus shaja sarapan.Sebab dah tak sempat. Aktiviti bermula:-
Start jam 8.30pagi - 10.30pagi:- -Idah mengemas bilik-bilik yang ada,buang habuk2,susun perabot,menyapu+ campur lagi dengan kerenah Hanani-hanani nak itu dan ini.Al maklumlah rumah banglo byk ruang yang kena kemas..huhuhu lepas kalau nak beli rumah sendiri tak nak lah rumah 2tingkat..penat dan lelah nnt nak kemas.[check-done]
11.00pagi- aktiviti luar rumah pulak, sidai baju(uik lewatnya sidai baju..hihi berikutan hujan so lewatlah sidai),menyapu laman rumah,basuh ruang depan,siram bunga dan bla..blaa...(dah tak tahu nak tulis apa) -[check-done]
12.00 tghr- alamak baru teringat patutnya kena bawa hanani2 ku ke klinik hari ni berikutan semalam tak pergi dek hujan.bergegas siapkan hanani2 dan terus memecut(jd minah rempit pulak...ahahahah..mujurlah dekat juga dengan rumah).
12.40tghr - keluar dr klinik..gi kedai beli lauk pauk pulak..top up mana yang tak de sahaja.barang-barang mahal juga:-
Ikan cencaru 1kg -RM5.00
Ikan selayang 1/2kg -RM2.50
Sayur bayam+sawi+mee kuning+bawang merah+lada besar+cili padi+kobis =RM12.00
Roti panjang =rm2.60
Total= RM22.10 sehari idah habis berbelanja barang basah....
1.15tghari -sampai rumah, bawa barang ke dapur dalam Jam 1.20 azan zohor...solat dulu baru turun ke dapur pulak.[check-done]
2.00ptg - mula lah aktiviti di dapur..masak-masak...layan kerenah hanani yang nak itu ini,buang air besar,salin pampers dll...huhuhu penatnya..dah jd mcm superman,terbang depan belakang..huwaa rasa mcm nak nangis sebab keletihan...byk lagi keje tak siap..[check-done]
3.00ptg - alhamdulilah siap...masa untuk siapkan tempahan tudung pulak.Baru terasa kelenguhan seluruh badan.Amik masa untuk rehat sebentar sambil menjahit.
4.00ptg:- Online seperti biasa untuk fokus pada kerja pulak.Alhamdulillah idah keje sendiri.Syukur ada juga masa untuk merehatkan diri sambil buat kerja tambah income.
5.30ptg :- aktiviti diluar rumah..angkat baju di ampaian..sapu menyapu dan masa hanani2 amik udara diluar pulak...
6.30-ptg:- en.Kanda sampai rumah..pulang dr ofis..layan en.Kanda pulak...
P/S:-Jadual yang padat kan waktu siang hari idah..itupun ada yang tak tertulis...saja aje nak kongsi dan luah di sini..Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.Kekadang teringin juga bekerja dengan orang,namun bila fikir 1001kali better kerja sendiri sebagai suri rumah dan bisnes.Income pun lebat..tidka terkongkong...