1. Apa itu Vitamin E?2. Sumber makanan yang mengandungi Vitamin E3. Tips memilih supplements Vitamin E terbak4. Keistimewaan Vitamin E Shaklee5. Kebaikan dan Kelebihan Vitamin E6. Siapakah yang perlukan Vitamin E7. Apakah kesan kekurangan Vitamin E8. Cara pengambilan9. Harga
Thursday, 27 July 2023
Kelebihan Vitamin E Shaklee Yang Ramai Belum Tahu
Tuesday, 25 July 2023
CoQ Trol Plus Shaklee Sumber Tenaga Sel Terbaik
1. Apakah itu CoQ Trol Plus Shaklee?2. Keistimewaannya3. Fungsi terbaik bahan-bahannya4. Kebaikan dan kelebihan5. Siapa yang perlukannya6. Cara pengambilan7. Harga
Baca lagi 👇
Tuesday, 18 July 2023
Percutian Shaklee | Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!
Suatu hari Abang Fateh berkongsi cerita tentang impian dan cita-citanya.
'ummi boleh ke Bang Chik nak jadi pengembara? Cita-cita Bang Chik kan ummi.. nak jadi pengembara, cuma sebelum tu Bang Chik jadi profesor dulu".
Begitulah antara dialognya sahabat. Idah memang suka bertanyakan dan bersembang dengan anak-anak tentang cita-cita mereka. Apa yang mereka inginkan dalam hidup ini? Sebab bagi Idah apabila kita mempunyai impian, cita-cita insya Allah apa yang kita nak capai dalam kehidupan ini lebih mudah dilalui dan diuruskan. Namun kita memang perlu sedar bahawa perancangan yang terbaik tentunya apa yang Allah dah rancangkan untuk kita.
Namun kita tetap boleh terus berimpian dan bercita-cita besar, di samping perlulah dengan DOA yang istiqomah dan usaha yang sebaiknya. Insya Allah semoga Allah swt makbulkan.
Apabila Idah renung secara mendalam tentang impian anak lelaki Idah ini, iye Idah rasa bersyukur dan sudah nampak hikmahnya Allah temukan Idah dengan bisnes Shaklee. Pasti ada sesuatu yang baik di sini. Alhamdulillah.