Bagaimana sahabat boleh memulakan persiapan melancong ala
minimalis? Di sini, disediakan tips dan trik menarik untuk merancang percutian
yang mengujakan tanpa membawa banyak barang dan cara terbaik untuk memilih
produk pelancongan serba boleh.
Pasti sahabat pernah menyaksikan situasi di lapangan
terbang di mana kebanyakan mereka yang ingin melancong membawa bersama barangan
berlebihan, tidak kiralah sama ada terlebih bagasi, beg membawa cenderamata
mahupun barangan ‘shopping’ yang
kadang-kala jumlahnya tidak masuk akal? Atau, adakah pelancong seumpama itu
merupakan diri kita sendiri?
Sememangnya betul, apabila kita menyediakan keperluan
untuk melancong, terutama orang perempuan, kita akan sentiasa merancang untuk
bersedia menghadapi pelbagai jenis situasi.