Saturday, 24 June 2023

Vivix Shaklee Bantu Kesan Luka Jahitan Czer Cepat Pulih

Imbas kembali kisah bagaimana Idah jatuh cinta dengan satu produk signature Shaklee iaitu Vivix. Semuanya bermula dengan bekas luka czer berasa sakit sangat bagaikan dihiris pisau, pedih, nyilu dan bengkak di bahagian parut paling tepi seperti ada lubang kecil.


Kisah ini berlaku ketika usia luka czer sudah pun mencecah 3 tahun. Idah czer ketika bersalinkan anak yang ketiga. Anak yang ke empat Idah terhamil ketika usia luka czer belum cukup 2 tahun, maksudnya anak yang ketiga tu baru berusia 2 tahun 1 bulan sudah dapat adik.

Sunday, 18 June 2023

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Lebih Berkesan. Cubalah

Jika sahabat salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti sahabat tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Kewujudannya boleh menyebabkan timbulnya rasa malu untuk berjumpa dengan orang, mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan lebih parah boleh mengundang masalah kemurungan lebih-lebih lagi jika bersekali dengan bintik hitam di muka. Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Jadinya dalam entri kali insya Allah Idah nak kongsikan dengan sahabat 5 petua hilangkan jeragat melalui cara tradisional, semulajadi dan insya Allah lebih selamat, lebih berkesan.


APA ITU JERAGAT?

Friday, 16 June 2023

5 Langkah Amalan Gaya Hidup Sihat

Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat. Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Untuk memulakan gaya hidup sihat, kita perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai ini tetapi malas untuk mulakannya. 

Ayuh, mulakan amalan gaya hidup sihat ini dengan 5 langkah ini!

Tuesday, 13 June 2023

Halatuju Pengajian Selepas SPM

Assalamualaikum sahabat pembaca blog kami semua,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat insya Allah.


8 Jun 2023 keputusan SPM diumumkan. Penuh dinding muka buku dengan ucapan tahniah, slip keputusan dan video-video. Alhamdulillah Idah tumpang gembira setiap kali membacanya. Dan alhamdulillah tahniah untuk kedua-dua orang anak buah Idah juga, masing-masing result mereka semuanya memang terbaik. 6A dan 7A masya Allah hebat-hebat anak-anak sekarang. Sapu bersih A, Idah dulu dapat 3A sahaja. Itupun dah bersyukur sangat-sangat.