Sunday, 18 June 2023

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Lebih Berkesan. Cubalah

Jika sahabat salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti sahabat tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Kewujudannya boleh menyebabkan timbulnya rasa malu untuk berjumpa dengan orang, mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan lebih parah boleh mengundang masalah kemurungan lebih-lebih lagi jika bersekali dengan bintik hitam di muka. Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Jadinya dalam entri kali insya Allah Idah nak kongsikan dengan sahabat 5 petua hilangkan jeragat melalui cara tradisional, semulajadi dan insya Allah lebih selamat, lebih berkesan.


APA ITU JERAGAT?

Tetapi sebelum itu, lebih elok sekiranya kita tahu apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.

PETUA & CARA HILANGKAN JERAGAT

Cara menghilangkan jeragat di muka  yang paling penting ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.

Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita. Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.


PETUA #1 ALOE VERA ;
Aloe Vera  boleh mengatasi masaalah kulit kering dan berminyak. Ia juga memperbaiki sel-sel kulit mati.

Caranya mudah:-
Campurkan jel aloe vera dengan madu. Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang terbaik. 


PETUA #2 LEMON ;
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Caranya ialah:-
Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.

PETUA #3 TEH HIJAU ;
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat. Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.

Caranya ialah :-
Masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit. Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat. Lakukan setiap hari sekali sehinga mendapat hasil yang terbaik.

PETUA #4 OATMEAL ;
Oatmeal bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya ialah :-
Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Sahabat juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Sahabat boleh mencuba cara ini sehingga mendapat hasil yang diingini.

PETUA #5 DIET PEMAKANAN SIHAT ;
Akhir sekali, sahabat perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Hadkan pengambilan makanan yang berminyak kerana punca kepada jeragat dan jerawat adalah minyak berlebihan. Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan. Badan sihat, kulit sihat. Insya Allah. 

Untuk pemakanan atau suplemen boleh cuba tips ini untuk mencegah dan menghilangkan jeragat disamping kulit lebih sihat, lebih awet muda. 

1.Tegangkan Kulit dengan Kolagen
Kolagen banyak terdapat di bawah kulit kita, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalannya. Menambah pengambilan kolagen sangat digalakkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan. Penghasilannya meningkat dengan penambahan vitamin C kerana ia membantu menghubungkan kolagen, menjadikan kulit semakin tegang dan muda.

Tip: Carilah suplemen dengan berat molekul yang rendah iaitu pada 1,000 Dalton untuk penyerapan yang lebih baik bagi merangsang sistesis kolagen. Collagen Plus Powder dari Shaklee memang terbaik!

2. Suplemen dengan Vitamin C
Vitamin C merangsang keupayaan kulit untuk memulihkan dirinya, yang mengurangkan penampilan kedutan, dan melembutkan kulit yang kering dan kasar. Ia bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Ia juga adalah komponen penting dalam sintesis kolagen yang membantu meningkatkan ketegangan, kelembutan, keserian dan kesihatan kulit.

Tip: Carilah suplemen dengan sistem pelepasan berperingkat supaya badan sahabat menyerap dos vitamin C yang diperlukan dengan berkesan! SR Vita C Plus Shaklee ada teknologi ini, recommended!

3. Ambil Asid Lemak Penting
Makanan yang kaya asid lemak perlu (asid lemak omega-3 dan omega-6) adalah sangat bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, menambah baik penampilan kulit yang berumur dan kelihatan lesu. Miliki kulit yang kelihatan muda dengan memasukkan makanan seperti salmon atau lain-lain minyak ikan, sayur-sayur berdaun, bijian, kekacang dan bijirin ke dalam diet sahabat.

Tip: Carilah suplemen dengan tiga penyulingan molekul untuk menyingkirkan bahan cemar berbahaya dan meminimumkan bau serta rasa hanyir seperti Omega Guard Shaklee.

4. Gunakan Produk Penjagaan Kulit Yang Betul
Miliki kulit sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Beralihlah kepada produk semulajadi, berasaskan tumbuhan seperti YOUTH™, dihasilkan dengan mengutamakan keperluan pengguna untuk mengembalikan keserian dan merawat tanda-tanda penuaan. Dengan memanfaatkan kuasa botani, sahabat boleh mengharapkan YOUTH™ untuk menyihatkan dan melindungi kulit sahabat supaya kelihatan muda setiap hari.

Tip: Mulakan dari asas dengan YOUTH™ StarterKit, mengandungi pembersih, penyegar, pelembap dan krim malam untuk kulit yang berseri.

5. Minum Banyak Air
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain ia kelihatan kering dan berasa tegang. Apabila kulit mengalami dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan air yang tidak cukup, menyebabkan jerawat, keradangan dan tompok kering. Jadi, minumlah air secukupnya dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan gebu, serta dapat mengurangkan penampilan kedutan dan liang pori.

Tip: Berikan kelainan pada air kosong dengan menambah hirisan buah-buahan kegemaran sahabat untuk mendapatkan minuman yang enak dan menyegarkan. Idah cadangkan sahabat mencuba jugak Performance Drink Shaklee, ada dua perisa Lime Lemon & Orange. 

Testimoni Pengguna Youth untuk kulit jeragat & bintik hitam


Secara ringkasnya, kita telah memahami apa itu jeragat, petua dan cara hilangkan jeragat. Semoga bermanfaat dan sahabat boleh mencubanya ye. 

Nak tahu lebih banyak petua, boleh klik >> PETUA HILANGKAN JERAGAT 

Sahabat nak Shaklee, boleh terus klik link-link di bawah ye atau klik sahaja EXPRESS LINK Insya Allah kami sedia membantu. 


CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

No comments:

Post a Comment