Friday, 16 June 2023

5 Langkah Amalan Gaya Hidup Sihat

Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat. Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Untuk memulakan gaya hidup sihat, kita perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai ini tetapi malas untuk mulakannya. 

Ayuh, mulakan amalan gaya hidup sihat ini dengan 5 langkah ini!

1. Jaga makan, amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’.

You are what you eat. Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Gunakan pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan konsep ‘suku-suku separuh’. Maksudnya suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita. Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

Separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. Manakala pengambilan air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.


2. Kawal berat badan

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan pula, mulakan dengan memotong atau berhenti terus meminum air manis. Banyakkan minum air kosong dan jika teringin sesuatu yang manis boleh makan buah atau makanan sihat yang lain. Perlu ingat, berat badan ideal atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.

Sebaliknya, berat badan berlebihan membawan kepada banyak risiko masalah kesihatan, Selain kawal pengambilan minuman manis, bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Harus tahu, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk kawal berat badan.


3. Jaga emosi, jangan marah-marah

Rasulullah SAW menasihati ‘jangan marah’ diulangi sehingga tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Untuk umat Islam, amalkan bacaan Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kemarahan.


4. Jangan malas jalan kaki

Berjalan kaki bukan semata untuk kurus tetapi sihat! Kebanyakan daripada kita bekerja memerlukan duduk di depan komputer dan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Senaman sama seperti makan, selagi kita makan selagi itu kita perlu bersenam (bergerak). Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan cadangan di bawah.

1) Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km)
2) Gunakan tangga berbanding lif.
3) Letak kereta jauh daripada pejabat.
4) Regangkan badan selama 10 minit setiap sejam.
5) Rajinkan buat kerja rumah


5. Makanan tambahan

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun.

Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka. Perlu juga di ingat walaupun sesuatu perkara yang baik tetap ada hadnya, pengambilan suplemen ini perlu mengikut dos yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan makanan sihat masih perlu diamalkan untuk mendapat kesan kesihatan yang optimum.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Apa kata cari aktiviti yang memerlukan anda bergerak seperti menari, bersukan badminton atau futsal atau lompat tali. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. 

Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.

Apabila badan dalam keadaan sihat, fizikal dan minda juga berfungsi lebih baik. Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga merupakan amalan gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan bermakna.

Benar ajal di tangan Tuhan. Tetapi Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat. Jika badan sihat dan tiada penyakit kronik, dari sudut sains jangka hayat akan meningkat.

Sihat itu jihad!

Jemput juga baca entry Idah di sini : >> Pengalaman Menurunkan Berat Badan Tanpa Suplemen


---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


No comments:

Post a Comment