Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Entry ni sepatutnya semalam Idah posting,tapi disebabkan ada hal-hal tertentu makanya Idah postpone je ke hari ini.Semalam dalam keadaan kebluran nak masak apa,Idah pun amik langkah blogwalking ke blog-blog chef masakan.
Dalam peti ada sotong,ikan dan sayur bendi sahaja. Oleh itu kerna lah cari menu yang berkaitan.Jelajah punya jelajah dari satu blog ke satu blog....
Jeng..jeng..inilah hasilnya.Hihihi 4menu sekaligus.
1st:- sambal sotong rsepi sendiri
2nd:- Sotong goreng mentega(sedap rasanya sebab ikut menu kena buh bawang putih.idah mmg suka bawang putih berbanding bawang merah)
3rd:-Ikan kerisi goreng ala ikan kering dan
4th:- sayur bendi goreng telur.
Resepi pulak idah pilih nak bubuh resepi sambal sotong sebab made from myself dan idah rasa inilah gambar yang paling menarik idah pernah snap..hihihi..mudah dan simple aje.Resepi Sambal Sotong Idah mari:-
Bahan-bahan:-
-sotong ikut suka lah nak bape ekor pun(potong2 kecil supaya mudah makan)
-lada mesin(cili boh idah letak)
-bawang merah,putih(siap dimesin halus)
-serai sebatang yang telah diketuk
-daun limau purut(nak letak ke tidak ikut sukalah ye)
-daun sup dipotong halus2(sebagai hiasan)
-sos cili
-garam
-perasa
-sos tiram
Cara masak:-
1- Panaskan minyak masak,kemudian masukkan serai.Pastikan serai kekuningan.
2-masukkan bawang2 yang telah dikisar bersama dengan lada mesin.Masak sehingga naik bau dan kemudian masukkan daun limau purut.
3-Apabila sudah pastikan lada sudah betul masak,masukkan sotong,sos cili,sos tiram,perasa dan garam.
4-kacau2 sehingga sotong masak.Rasa masin atau tawar dulu ye.Idah suka tambah gula sikit.
5-Apabila dah yakin masak sotong bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
6-taburkan daun sup sebagai hiasan dan bauan.
Sotong Goreng Mentega
Ikan kerisi goreng ala ikan kering
Sayur bendi+telur
Ok selamat menjamu selera buat semua ye....
Salam Sayang,
ummuhanani
Teratak 23
sambal sotong fav akak! pos sikit sini..lama dah tak makan sotong..
ReplyDeleteKak Nadiah:-
ReplyDeletenmpknya serupalah fav kita..idah pun suka
kalau sotong hy masak merah aje yg rasanya pd idah ok..atau buat ketupat sotong(sotong sumbat)..sedap juga tu