Thursday 18 May 2023

Dapat Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee

MasyaAllah best kan sahabat? 
Baca tajuk pun dah teruja nak tahu macamana caranya. Bertahun-tahun memang amalkan Shaklee namun tak tahu pun boleh dapat Cash Rebate dengan kumpul point dalam belian. 

Okay sahabat, 

Insya Allah entry kali ni Idah menulis untuk mewara-warakan kepada sahabat yang belum tahu. Sudah tahu, Idah yakin pasti sahabat akan terus mendaftar sebagai ahli Shaklee. 
Cash Rebate ni boleh la kita panggil sebagai untung atau komisen yang diberikan pada kita bila kita usahakan sesuatu atau berniaga. 

Idah terjun dalam dunia bisnes sejak dari akhir tahun 2006 selepas berkahwin. Join affiliate, join dropship. Alhamdulillah banyak juga menikmati komisyen jualan. Bolehlah untuk lepas bayar hutang MARA dan buat belanja ais krim anak-anak. 

Friday 12 May 2023

Set Hello New You | Set Kurus Shaklee

Salam 21 Syawal 1444 H buat semua sahabat pembaca setia blog AFIZART.
Apa khabar? Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat insya Allah. 
Bagaimana dengan checklist Syawal?  Dah setel semua? 
Open house masih ada jemputan lagi? 
Puasa sunat 6?  
Dan yang paling penting, bagaimana MISI KURUS SEBELUM RAYA? 
Sudah capai target idaman? 
Syukur alhamdulillah, Idah masih on track dan baru sahaja selesai puasa sunat 6 sekali dengan puasa qada Ramadan. Maybe cara makan dah terbiasa dengan cara intermittent fasting, walaupun raya ianya tak jadi masalah besar. Still memilih makanan apa yang nak dimakan dan nafsu pun boleh dikawal. Tekak tak rasa sangat nak makan rendang, lemang, ketupat, kuah kacang mahupun kuih muih dan biskut raya. Alhamdulillah. Cuma ada satu rasa nak sangat makan, Nasi Dagang. Setakat 21 Syawal ni, belum pernah makan lagi yang versi hari raya. Kebiasaannya beraya di Terengganu ada sokmo-sokmo, tahun ni memang berbeza. Juadah lebih banyak versi kenduri kendara. 


Okay sahabat, 
Bagaimana Misi Kurus Sebelum Raya?

Wednesday 10 May 2023

Hari Raya Open House 2023

Alhamdulillah hari ni sudah 18 Syawal 1444 H. Sudah lebih dua minggu kan sahabat kita menyambut Hari Raya. Macamana raya sahabat tahun ni? Idah alhamdulillah tahun ni meriah sangat dan paling istimewa dihati diingatan Idah, tahun ni dapat berkumpul bersama-sama dengan adik beradik, seluruh keluarga setelah tiga tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama. 

Kebiasaan beraya di Pahang, jarang sekali ada yang  buat rumah terbuka. Kebanyakkannya hanya ada amalan ziarah menziarahi jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara terdekat. Selebihnya banyak menghabiskan bersama ahli keluarga masing-masing. 

Tahun ni alhamdulillah dapat bersama-sama ziarahi kedua-dua kubur arwah mak dan abah. Rindu. Ketiadaan insan tersayang sangat terasa terutama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Perkuburan Islam Felda Bukit Puchong Triang Pahang
Kubur arwah mak & abah

Tuesday 9 May 2023

Doa Memohon Ilmu yang Bermanfaat, Rezeki yang Baik dan Diterimanya Amal Ibadah

Bismillah,

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
Dalil landasannya, Ummu Salamah RA bertutur, "Bahwasanya Rasulullah ﷺ rutin membaca doa di atas setiap selesai solat Subuh." HR Ahmad dan dinilai hasan Ibn Hajar Al Asqalaniy. 
Pertama, ilmu yang bermanfaat ;
Setiap hari seorang Muslim harus berupaya mendapatkan tambahan ilmu. Namun bukan sembarang ilmu. Yang dicarinya adalah ilmu yang bermanfaat, yakni ilmu yang benar dan yang diamalkan. Sehingga semakin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. 
Ilmu ini ada tiga macam iaitu pertama, ilmu tentang Allah, nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, kedua Ilmu tentang jalan yang mendekatkan kepada Allah, iaitu syariat-Nya, ketiga, Ilmu tentang akhirat, syurga dan neraka. 
Kedua, rezeki yang baik 

Rezeki yang baik adalah yang halal. Sebab rezeki yang halal akan mendatangkan ketenangan, memberikan kekuatan untuk beribadah, menyebabkan amalan diterima, serta menjadi sebab keberkatan. Sebaliknya, rezeki yang haram akan mengakibatkan kegelisahan, malas beribadah, mendorong tertolaknya amalan, serta mengundang bencana. 

"Seorang tidak mungkin bisa membezakan antara yang halal dengan yang haram, kecuali bila berbekal ilmu agama. Karena itulah di dalam doa ini dididahulukan permintaan ilmu sebelum rezeki," kata Ustaz.

 Ketiga, amalan yang diterima 

Seorang Muslim bukan hanya bersemangat untuk beramal. Namun dia juga harus bersungguh-sungguh agar amalannya diterima, dengan cara memenuhi kriteria-kriteria diterimanya suatu amal, yang telah digariskan agama. 

"Kriteria tersebut adalah ikhlas karena Allah SWT, sesuai tuntunan Rasulullah ﷺ serta menghindari hal-hal yang bisa mengakibatkan tertolaknya amal. Seperti memakan makanan-minuman haram, bertengkar dan saling memutuskan silaturrahim sesama muslim, serta pergi ke dukun atau tukang sihir," ucap Ustaz Abdullah.   

"Rasulullah ﷺ yang mengajari kita doa di atas, tentu beliau telah dikurniai oleh Allah tiga hal di atas, iaitu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Namun demikian, ternyata beliau tetap rutin membaca doa ini setiap hari. Kita yang tidak memiliki jaminan tiga hal ini, tentu lebih pantas untuk rajin membacanya agar dikurniakan Allah hal-hal tersebut," lanjut Ustaz.

Sumber artikel asal di sini 👉 REPUBLIKA

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Sama-sama kita beramal insya Allah.

Madinah, gambar dari team #bijaksihat yang dapat join trip Umrah VIP tajaan sepenuhnya oleh Shaklee. Masya Allah Alhamdulillah. Best baca update upline di fb beliau.