Assalamualaikum sahabat AFIZART blog hari ini,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat ye. Terima kasih sahabat sudi ziarah dan membaca blog kami lagi. Alhamdulillah barokallahu fik sahabat. Seperti yang Idah pernah janjikan dalam entry sebelum ini, Idah nak kongsikan tip memilih protein yang terbaik.
Jom kita baca fakta sains tentang protein ye sahabat. Macam anak-anak Idah selalu cakap setiap kali nak bercerita tentang fakta yang melibatkan dunia sains.
"ummi hari ni kita bercakap dalam bahasa sains tau. jadinya akan banyak terma-terma sains akan dibual bicara".
Begitulah sahabat, kekadang berlaku bicara sebegitu dengan anak-anak remaja Idah sekarang, hahaha. Jadi jomlah kita bercakap dalam bahasa sains ye sahabat. Insya Allah menyeronokkan!
Protein dan sistem imun apakah kaitannya?
Tahukah sahabat? Protein merupakan makronutrien sangat penting kerana ia merupakan nutrien utama yang diperlukan tubuh badan manusia dalam kuantiti yang banyak setiap hari (oleh itu ianya dikenali makro-nutrien)
Dalam kalangan pakar dietetik dan sains pemakanan, protein dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” untuk penyembuhan dan pemulihan. Protein bukan sahaja penting untuk otot, malah asid amino protein juga diperlukan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel dan tisu badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksidan untuk menyokong sistem imun kita.
Di samping itu, tahukah sahabat badan kita sebenarnya tidak menyimpan protein untuk jangka masa yang panjang jika berbanding dengan karbohidrat atau lemak?