Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Tuesday, 4 April 2023

Tip Pilih Protein Yang Terbaik

 Assalamualaikum sahabat AFIZART blog hari ini, 

Semoga dalam keadaan sihat walafiat ye. Terima kasih sahabat sudi ziarah dan membaca blog kami lagi. Alhamdulillah barokallahu fik sahabat. Seperti yang Idah pernah janjikan dalam entry sebelum ini, Idah nak kongsikan tip memilih protein yang terbaik. 

Jom kita baca fakta sains tentang protein ye sahabat. Macam anak-anak Idah selalu cakap setiap kali nak bercerita tentang fakta yang melibatkan dunia sains. 

"ummi hari ni kita bercakap dalam bahasa sains tau. jadinya akan banyak terma-terma sains akan dibual bicara".

Begitulah sahabat, kekadang berlaku bicara sebegitu dengan anak-anak remaja Idah sekarang, hahaha. Jadi jomlah kita bercakap dalam bahasa sains ye sahabat. Insya Allah menyeronokkan!

Protein dan sistem imun apakah kaitannya?

Tahukah sahabat? Protein merupakan makronutrien sangat penting kerana ia merupakan nutrien utama yang diperlukan tubuh badan manusia dalam kuantiti yang banyak setiap hari (oleh itu ianya dikenali makro-nutrien)

Dalam kalangan pakar dietetik dan sains pemakanan, protein dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” untuk penyembuhan dan pemulihan. Protein bukan sahaja penting untuk otot, malah asid amino protein juga diperlukan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel dan tisu badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksidan untuk menyokong sistem imun kita. 
Di samping itu, tahukah sahabat badan kita sebenarnya tidak menyimpan protein untuk jangka masa yang panjang jika berbanding dengan karbohidrat atau lemak? 

Sunday, 2 April 2023

7 Fakta Menarik Tentang Protein Shaklee | Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum sahabat AFIZART blog, 

Sihat? Kami doakan semoga sahabat sentiasa dalam perlindungan Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin. Alhamdulillah hari ni Idah nak menulis tentang fakta ye sahabat. Sebab pada Idah sahabat harus tahu tentangnya. Tak kenal maka tak cinta kan?

Energizing Soy Protein atau lebih dikenali dengan ESP. Sejenis minuman protein keluaran Shaklee yang sangat popular dan merupakan 10 produk terlaris dalam Shaklee. Kenapa jadi pilihan? 

Jom Idah kongsikan dengan sahabat. 5 sebab terbaik ESP yang membuatkan ramai memilihnya dan 7 Fakta menarik tentangnya. Payung juga gambar ESP. Idah paling suka minum ESP ni ketika hamil dulu. Idah ada ceritakan pengalaman Idah masa mula-mula Idah kenal Shaklee asbab mengambil Set Hamil Shaklee

Andai ada sahabat yang tengah mencari suplemen untuk support keperluan vitamin dan nutrisi sepanjang kehamilan di bulan puasa, ya ini lah set yang sahabat perlu ada. Insya Allah bantu sahabat ketika hamil lebih bertenaga, rasa kenyang lama, kurangkan alahan dan paling penting badan kita rasa lebih aktif dan sihat insya Allah. 
 

5 SEBAB TERBAIK ESP YANG BUATKAN SAHABAT KETAGIH!