Sunday, 2 April 2023

7 Fakta Menarik Tentang Protein Shaklee | Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum sahabat AFIZART blog, 

Sihat? Kami doakan semoga sahabat sentiasa dalam perlindungan Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin. Alhamdulillah hari ni Idah nak menulis tentang fakta ye sahabat. Sebab pada Idah sahabat harus tahu tentangnya. Tak kenal maka tak cinta kan?

Energizing Soy Protein atau lebih dikenali dengan ESP. Sejenis minuman protein keluaran Shaklee yang sangat popular dan merupakan 10 produk terlaris dalam Shaklee. Kenapa jadi pilihan? 

Jom Idah kongsikan dengan sahabat. 5 sebab terbaik ESP yang membuatkan ramai memilihnya dan 7 Fakta menarik tentangnya. Payung juga gambar ESP. Idah paling suka minum ESP ni ketika hamil dulu. Idah ada ceritakan pengalaman Idah masa mula-mula Idah kenal Shaklee asbab mengambil Set Hamil Shaklee

Andai ada sahabat yang tengah mencari suplemen untuk support keperluan vitamin dan nutrisi sepanjang kehamilan di bulan puasa, ya ini lah set yang sahabat perlu ada. Insya Allah bantu sahabat ketika hamil lebih bertenaga, rasa kenyang lama, kurangkan alahan dan paling penting badan kita rasa lebih aktif dan sihat insya Allah. 
 

5 SEBAB TERBAIK ESP YANG BUATKAN SAHABAT KETAGIH!

NAK KULIT MACAM ANAK DARA?

ESP, kaya dengan protin Soya yang penuh dengan khasiat! Khasiat soya terhadap kulit memang takpayah nak cakap dah, sebab soya memang sangat bagus untuk kulit.

NAK KESIHATAN YANG BAIK?

ESP, bukan semata-mata berfungsi untuk kecantikan. Tetapi fungsi utama ESP adalah untuk membantu menjaga kesihatan kita secara menyeluruh! Dengan pengambilan protin yang sihat dan lengkap, ESP membantu kita memelihara jantung!

NAK KURUS TAPI MALAS EXERCISE?

ESP, bukanlah ubat kurus atau ubat penahan selera yaa. Tapi ESP memberikan kita rasa kenyang yang berpanjangan. Sekaligus membantu kita mengawal selera makan kita yang membuas tu.

NAK BERTENAGA?

ESP, juga memberikan kita tenaga yang lama sebab ESP juga dikenali sebagai ENERGIZING SOY PROTEIN. Sangat sesuai dan digalakkan untuk student, ibu-ibu mengandung dan sebenarnya semua lapisan umur!

SEBAGAI MILK BOOSTER UNTUK MOMMY

Ramai sebenarnya yang mempunyai masalah penghasilan susu badan. Salah satu sebab adalah kekurangan protin dan cara pemakanan yang kurang sihat. ESP juga bertindak sebagai milk booster untuk mommy yang nak 'meriahkan' susu badan!

Sebab tulah ESP antara supplement Shaklee yang paling laris!

7 FAKTA MENARIK TENTANG ESP


APA KATA MEREKA YANG SUDAH MENGAMALKAN ESP SHAKLEE?

Alhamdulillah kebanyakkan yang mengambil ESP ni selalunya ibu-ibu dan wanita samada dia peajar atau wanita bekerjaya. Bayangkan seorang ibu yang sedang hamil, bekerja atau surirumah memang akan menghadapi cabaran yang luar biasa. Kondisi tubuh badan yang berubah, hormon tak stabil, emosi tak stabil, penat bekerja seharian, belum termasuk hadap pelbagai ragam anak-anak yang masih kecil, nak urus rumahtangga dan alahan teruk sehinggakan bila makan habis semua makanan keluar tanpa berbaki sisa pun. Badan akan rasa lesu, lemah, tak bertenaga. Subhanallah pengorbanan seorang ibu.

Bagi yang selalu alami masalah gastrik setiap kali bulan puasa pasti akan dalam delima. Perlu buat persiapan awal nak menghadapinya jika si gastrik tadi datang ziarah. Terutama pelajar. Sinonim sungguh gastrik dan pelajar kerana salah satu sebabnya mereka skip sahur. Bujang dan jauh dari ibubapa, memang mudah untuk mereka memilih jalan untuk tidak bangun sahur.

Alhamdulillah sejak mengenali ESP protein shake Shaklee ni, bantu selesaikan masalah masing-masing. Apa kata mereka, sahabat boleh klik pada setiap gambar ye, termasuklah terselit testimoni diriku sendiri. Opkos Idah memang jatuh cinta sungguh dengan ESP ni. 

 

 

 
Kami geng-geng Ibu memang peminat no 1 ESP 💓

Sejak amal ESP ketika hamil anak ke 4, alhamdulillah paling Idah suka parut jerawat semakin pdar terutama yang bekas kehitaman akibat jerawa tu. Jeragat pun semakin berkurang. Muka lebih berseri-seri, badan bertenaga dan kulit masya Allah makin ok dan happy bila belek wajah di cermin. Bahagia sambil tersenyum sendiri. Hah begitulah.... hihi. Insya Allah di lain entry Idah akan cerita lagi bagaiman nak pilih protein yang terbaik.

Berita baik!
Sahabat, bulan ni Shaklee lancarkan promosi terbaik terlajak laris. Biasanya namanya Set Kulit Cantik, namun bulan ni namanya sudah bertukar menjadi Set Rahmah Sihat. Syawal makin hampir ni, molek sangat sahabat grab sebab memang jimat sangat. Boleh baca detail di sini ye untuk lihat apakah promosinya. 

Hitnya : Beli sebotol vitamin C hanya RM99, sahabat bakal terima percuma satu canister ESP yang berharga RM139 tau! Jimat berbaloi. Jomlah kita cantk sihat sama-sama. Idah galakkan sahabat terus sign up ahli. Kenapa Idah cakap macam tu, sahabat boleh baca di sini : 9 sebab kenapa komuniti Shaklee best dan Gapai impian bersama bisnes Shaklee

Alhamdulillah. Selamat membaca ye sahabat dan terima kasih menjadi pembaca blog kami. Salam ukhuwah dan salam persahabatan. 

Idafizart
Sihat itu jihad. Jihad untuk membangunkan ekonomi keluarga insya Allah semoga Allah pilih kami menjadi jutawan Shaklee kerana impian kami nak membantu ummah. 

No comments:

Post a Comment