Tuesday, 4 April 2023

Tip Pilih Protein Yang Terbaik

 Assalamualaikum sahabat AFIZART blog hari ini, 

Semoga dalam keadaan sihat walafiat ye. Terima kasih sahabat sudi ziarah dan membaca blog kami lagi. Alhamdulillah barokallahu fik sahabat. Seperti yang Idah pernah janjikan dalam entry sebelum ini, Idah nak kongsikan tip memilih protein yang terbaik. 

Jom kita baca fakta sains tentang protein ye sahabat. Macam anak-anak Idah selalu cakap setiap kali nak bercerita tentang fakta yang melibatkan dunia sains. 

"ummi hari ni kita bercakap dalam bahasa sains tau. jadinya akan banyak terma-terma sains akan dibual bicara".

Begitulah sahabat, kekadang berlaku bicara sebegitu dengan anak-anak remaja Idah sekarang, hahaha. Jadi jomlah kita bercakap dalam bahasa sains ye sahabat. Insya Allah menyeronokkan!

Protein dan sistem imun apakah kaitannya?

Tahukah sahabat? Protein merupakan makronutrien sangat penting kerana ia merupakan nutrien utama yang diperlukan tubuh badan manusia dalam kuantiti yang banyak setiap hari (oleh itu ianya dikenali makro-nutrien)

Dalam kalangan pakar dietetik dan sains pemakanan, protein dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” untuk penyembuhan dan pemulihan. Protein bukan sahaja penting untuk otot, malah asid amino protein juga diperlukan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel dan tisu badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksidan untuk menyokong sistem imun kita. 
Di samping itu, tahukah sahabat badan kita sebenarnya tidak menyimpan protein untuk jangka masa yang panjang jika berbanding dengan karbohidrat atau lemak? 

Disebabkan ini, pengambilan makanan karbohidrat atau lemak yang banyak mudah menyebabkan kegemukan kerana lebihan  karbohidrat dan lemak dalam badan akan bertukar menjadi gula jika tidak digunakan secukupnya oleh aktiviti seharian. 

Manakala protein digunakan secara berterusan oleh sel-sel, tisu-tisu dan pelbagai fungsi badan sepanjang hari. Jadi, kita perlu mengambil protein secukupnya setiap hari untuk menyokong kesihatan badan kita. 

Jadi, berapa banyak protein kita perlukan?

Jumlah pengambilan protein untuk setiap individu berbeza mengikut umur, berat badan, jantina, status kesihatan dan tahap aktiviti fizikal seseorang.

Namun, sebagai panduan umum, menurut Recommended Nutrient Intake of Malaysia (MRNI), seorang dewasa yang sihat (tanpa penyakit kronik atau kritikal) seharusnya mengambil protein sebanyak 1g bagi setiap kg jumlah berat badan setiap hari. 

Ini bermakna, jika berat badan seseorang individu 60kg, maka dia dicadangkan mengambil 60g protein setiap hari. Malahan, sekiranya rutin harian anda melibatkan banyak aktiviti fizikal, maka anda mungkin memerlukan lebih banyak protein. 

                              Adakah sahabat mengambil protein yang mencukupi setiap hari?

Warga emas, wanita mengandung dan ibu-ibu yang menyusu badan, pesakit tertentu dan sesiapa yang berada dalam proses pemulihan juga memerlukan pengambilan protein yang lebih tinggi setiap hari untuk menyokong badan. 

Namun, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sering tidak makan protein mencukupi tetapi mengambil karbohidrat secara berlebihan. Ini perkara biasa di kalangan masyarakat orang Asia, disebabkan makanan utama kita adalah nasi dan mee.

Sumber Makanan Protein

Protein boleh didapati dalam pelbagai sumber makanan haiwan seperti telur, tenusu, ayam, ikan, makanan laut, daging lembu, dan pelbagai jenis daging lain. Untuk diet vegetarian, sumber protein berasakan tumbuhan ada seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang kuda, kacang edamame, lentil dan sebagainya.

                                               Terdapat pelbagai sumber makanan protein

Namun, terdapat dua jenis sumber protein iaitu: protein lengkap dan protein tidak lengkap. Protein lengkap adalah sumber protein yang mengandungi kesemua asid amino utama yang diperlukan oleh tubuh badan, manakala protein tidak lengkap tidak mengandungi kesemua asid amino. 

Protein lengkap terdiri daripada kesemua sumber protein haiwan seperti makanan tenusu, telur, ayam, daging dan sesetengah protein tumbuhan seperti kacang soya, bijian quinoa. Manakala protein tidak lengkap ialah sumber protein berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran, lentil, kekacang dan bijirin, di mana pemakan perlu mengambil beberapa jenis sumber protein tumbuhan untuk memperolehi kesemua asid amino mencukupi. 

Tip Memilih Serbuk Protein Yang Terbaik

Shaklee ada buat ujian klinikal di mana pengambilan 25g protein soya setiap hari selama 12 minggu insya Allah dapat menurunkan tahap kolestrol dengan baik. Soya mampu menurunkan kolestrol dengan dua cara iaitu :
1. mengurangkan keupayaan semulajadi hati untuk menghasilkan kolestrol dan 
2. kebanyakkan makanan soya secara semulajadi rendah dengan lemak tepu dan ini menyumbang kepada pengambilan lemak tidak tepu yang membantu mengurangkan kolestrol LDL atau dikenali sebagai kolestrol jahat.

Ada banyak pilihan protein soya dalam pasaran namun yang manakah yang terbaik? Jom Idah bantu sahabat dengan memberikan 6 tip untuk memilih serbuk protein  yang terbaik. 

TIP 1 : INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH

1. Indeks glisemik (GI) untuk menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula dalam darah. Protein dengan GI yang tinggi akan menyebabkan lonjakan gula dalam darah dan mengakibatkan anda cepat letih, mudah marah dan lapar.
2. GI rendah akan membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat
3. Meningkatkan rasa kenyang dan menjadikan anda kenyang lebih lama
4. Mengawal rasa craving dan bantu mencapai berat badan yang ideal

TIP 2 : LENGKAP DENGAN 9 AMINO ACID PENTING

1. Asid amino adalah blok asas untuk menghasilkan protein
2. Pengambilan 9 asid amino penting untuk fungsi badan yang optimum
3. Membantu proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
4. Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut

TIP 3 : BUKAN GMO

1.Organisma yang diubahsuai secara genetik (gmo) adalah tumbuhan , haiwan ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik. 
2. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang
3. Sumber protein bukan GMO akan memastikan nutrien kekal dalam sumber makanan
4. Sebagai alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat

TIP 4 : RENDAH LEMAK

1.Kita nakkan manfaat protein yang mencukupi dari pengambilan serbuk protein yang kita ambil setiap hari bukannya tambahan lemak.
2. Protein yang rendah lemak akan membantu mengekalkan jisim otot
3. Membantu mengekalkan tahap kolestrol
4. Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein

TIP 5 : TIADA GULA PASIR TAMBAHAN

1. Kebanyakan pengeluar telah menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Pastikan anda buat keputusan yang betul dan semak semula kandungan serbuk protein anda sama ada lebih gula atau lebih protein.
2. Pengambilan protein membantu anda untuk mengawal had pengambilan kalori setiap hari. 
3. Membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat

TIP 6 : DAPATKAN PROTEIN SOYA

1. Soya sesuai untuk semua termasuk mereka yang sensitif terhadap laktosa.
2. Soya terbukti berkesan untuk mengurangkan kolestrol
3. Pengambilan protein soya yang berterusan akan membantu wanita yang menopaus menangani sindrom menopaus seperti panas badan
4. 100% adalah berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk mereka yang vegetarian
Jadi sahabat, Idah nak perkenalkan protein soya yang terbaik daripada Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP) kerana protein soya Shaklee ini sudah lengkap memenuhi kriteria 6 tip di atas. 


Istimewanya dalam ESP Shaklee didatangkan sekali dengan tambahan nutrisi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan. Vitamin B terkenal sebagai vitamin "anti-stress". Tetapi tahukah sahabat yang Vitamin B juga penting untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku? Ianya akan ;

1. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka
2. Mengurangkan perebakan jerawat dan kecelakaan kulit
3. Melindungi kulit dari kerosakan sinar UV, mengurangkan risiko mendapat kanser kulit
4. Menyokong pembentukan sel darah merah yang akan membawa oksigen dan nutrien pada kulit kepala dan folikel rambut, membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
5. Meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan sinar rambut sekaligus mengurangkan uban dan keguguran rambut
5. Membina dan membaik pulih tisu kuku, menguatkannya supaya tidak mudah patah atau sumbing.

Masya Allah banyak kan khasiat ESP ni sahabat. Jadinya andai mencari protein untuk diamalkan Idah memang suggesr sahabat pilihlah ESP sebagai salah satu suplemen harian diet sahabat. Dan yang bestnya bulan ni Shaklee menyediakan promosi Healthy RAHMAH Set yang sangat murah dan berbaloi untuk dibeli. 

Berita baik untuk anda PROMO APRIL SHAKLEE 2023 untuk mereka yang sukakan kecantikan dan inginkan kesihatan dalaman yang lebih baik, dengan hanya RM99 anda boleh dapatkan 1 tong ESP dan 1 botol VITAMIN C.


Sahabat nak grab promosi best ni boleh terus whatsapp Idah di 013-9097825 ye. Insya Allah Idah akan reply segera mungkin. Rahmah femes betul!


Idafizart
Sihat itu jihad. Jihad untuk membangunkan ekonomi keluarga insya Allah semoga Allah pilih kami menjadi jutawan Shaklee kerana impian kami nak membantu ummah. 


No comments:

Post a Comment