Saturday, 25 February 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best

Bismillah,
Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih sahabat sudi ziarah dan membaca blog kami. Alhamdulillah hari ni nak siapkan entry kedua untuk Preliminary Activity Projek Blog Mega 2.0

“Indahnya bisnes Shaklee.”

Yes betul Idah setuju dengan sahabat yang berkongsi di ruangan komen di group Projek Blog Mega Euphoria.  Idah seorang surirumah sejak dari awal perkahwinan lagi. So far sebelum join bisnes Shaklee, Idah dah buat bermacam-macam jenis bisnes, termasuk bisnes MLM dari Malaysia. Dek kerana dah pernah ada pengalaman, rasa serik nak join bisnes MLM tu memang ada namun tetap juga register sebagai ahli. 

Friday, 24 February 2023

Projek Mega Blog 1.0 | Review dan Feedback

Bismillah,

Hi sahabat AFIZART blog semua, 
Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Entry kali ini Idah nak kongsikan Feedback & Review Blog Mega Shaklee 1.0


Buat pengetahuan sahabat, Projek Blog Mega 1.0 dicetuskan oleh mastermind dua insan Shaklee Malaysia  yang istimewa iaitu Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. Projek ini adalah cetusan idea Master Norita untuk mengembalikan kegemilangan “wave” yang sangat besar dan memberi impak paling tinggi dalam enjin carian Google tentang bisnes dan komuniti Shaklee pada tahun 2014. 

Ramai yang mencari Shaklee kerana bila search tentang sesuatu produk naik nama Shaklee, Shaklee, Shaklee, seperti satu fenomena. Contoh keyword yang mendapat sambutan di enjin carian Google seperti Set Menyusu , Set Hamil, Set Berpantang, dan semuanya naik blog-blog SID Shaklee. 

Jadi sekarang, Master Norita ingin kembalikan semula fenomena tersebut. Usaha begini memerlukan sokongan semua SID Shaklee untuk merealisasikannya. MasyaALLAH, dengan izin Allah maka lahirlah Projek Blog Mega 1.0

Monday, 20 February 2023

Hubungi Kami

Cara Untuk Hubungi Kami :


Kami, Pengedar Sah Shaklee Malaysia
No Id : 1127496 
(bersedia menjadi 'sponsor/penaja' anda)

Sahabat nak buat bisnes dan nak order vitamin boleh terus hubungi Idah melalui link di bawah ye. Insya Allah Idah bersedia membantu sahabat. 

Sila klik link di bawah 👇


---------------------

CikIdah @ Idafizart

Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja

Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia


Baca juga entri ;

>> Menjadi Pengedar

>> Bagaimana Cara Consume Vitamin PERCUMA?

>> Kenapa Perlu Pilih Shaklee?


Saturday, 18 February 2023

Projek Blog Mega 1.0 Idah Menang Collagen Plus Powder

Bismillah, 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat AFIZART blog semua. Syukur alhamdulillah entry kali ni Idah nak kongsikan kegembiraan Idah. Tanpa disangka Idah menang dalam program Projek Mega Blog 1.0 hari tu. MasyaAllah. Best sangat rasa, sebab Collagen ni antara produk kesukaan Idah. Terima kasih Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn pilih Idah sebagai pemenang. 

Idah start menulis blog dari tahun 2007 lagi namun disebabkan medium sosial lain yang tumbuh bagai cendawan jadi Idah tinggalkan dunia blogging. Lama sangat tak menulis. Encik suami sudah berbuih-buih mulut push isterinya update blog. Lama juga encik suami bersabar. Kadang-kadang dia tolong copy paste apa yang Idah update kat FB masuk dalam blog. 

Rasa kurang bersemangat, tumpul idea, ilham dan hilang skill dalam menulis entry di blog. Selain tu rasa macam kurang sangat pengunjung blog nak membaca. Ini yang Idah fikir sedangkan hakikatnya blog ni adalah satu marketing yang evergreen dalam enjin carian Google. Syukur Alhamdulillah blog masih wujud walaupun dah lama stop menulis. Selepas join Projek Mega Blog Euphoria Shaklee, semangat, rajin, displin tu datang semula. Mungkin juga kerja berpasukan kan?