Friday, 24 February 2023

Projek Mega Blog 1.0 | Review dan Feedback

Bismillah,

Hi sahabat AFIZART blog semua, 
Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Entry kali ini Idah nak kongsikan Feedback & Review Blog Mega Shaklee 1.0


Buat pengetahuan sahabat, Projek Blog Mega 1.0 dicetuskan oleh mastermind dua insan Shaklee Malaysia  yang istimewa iaitu Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. Projek ini adalah cetusan idea Master Norita untuk mengembalikan kegemilangan “wave” yang sangat besar dan memberi impak paling tinggi dalam enjin carian Google tentang bisnes dan komuniti Shaklee pada tahun 2014. 

Ramai yang mencari Shaklee kerana bila search tentang sesuatu produk naik nama Shaklee, Shaklee, Shaklee, seperti satu fenomena. Contoh keyword yang mendapat sambutan di enjin carian Google seperti Set Menyusu , Set Hamil, Set Berpantang, dan semuanya naik blog-blog SID Shaklee. 

Jadi sekarang, Master Norita ingin kembalikan semula fenomena tersebut. Usaha begini memerlukan sokongan semua SID Shaklee untuk merealisasikannya. MasyaALLAH, dengan izin Allah maka lahirlah Projek Blog Mega 1.0

Saturday, 18 February 2023

Projek Blog Mega 1.0 Idah Menang Collagen Plus Powder

Bismillah, 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat AFIZART blog semua. Syukur alhamdulillah entry kali ni Idah nak kongsikan kegembiraan Idah. Tanpa disangka Idah menang dalam program Projek Mega Blog 1.0 hari tu. MasyaAllah. Best sangat rasa, sebab Collagen ni antara produk kesukaan Idah. Terima kasih Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn pilih Idah sebagai pemenang. 

Idah start menulis blog dari tahun 2007 lagi namun disebabkan medium sosial lain yang tumbuh bagai cendawan jadi Idah tinggalkan dunia blogging. Lama sangat tak menulis. Encik suami sudah berbuih-buih mulut push isterinya update blog. Lama juga encik suami bersabar. Kadang-kadang dia tolong copy paste apa yang Idah update kat FB masuk dalam blog. 

Rasa kurang bersemangat, tumpul idea, ilham dan hilang skill dalam menulis entry di blog. Selain tu rasa macam kurang sangat pengunjung blog nak membaca. Ini yang Idah fikir sedangkan hakikatnya blog ni adalah satu marketing yang evergreen dalam enjin carian Google. Syukur Alhamdulillah blog masih wujud walaupun dah lama stop menulis. Selepas join Projek Mega Blog Euphoria Shaklee, semangat, rajin, displin tu datang semula. Mungkin juga kerja berpasukan kan?

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews