Showing posts with label Coretan Ummi. Show all posts
Showing posts with label Coretan Ummi. Show all posts

Wednesday 20 October 2010

20102010...30 tahun penantian

Syukur alhamdulillah hadir jua ketibaan hari yang istiimewa ni. Semalam idah ada bagitahu kan? Apakah istimewanya, uniknya, peristiwa yang bakal berlaku pada hari ni? Sebenarnya hari ini, genaplah 30tahun usia suami idah yang dikasihi.

"Selamat hari lahir Sayang ucapkan pada Abang. Semoga dengan pertambahan usia ini akan terus mematangkan Abang sebagai seorang suami dan ayah kepada isteri dan anak-anak. Semoga segala yang kita bina akan dapat belayar dengan penuh keberkatan.Insya ALLAH. Tanggungjawab yang di galas sayang doakan semoga abang dapat laksanakan dengan sebaiknya.Insya ALLAH. Kami sayang dan kasih pada abang - coretan daripada sayang dan anak-anak."






Tuesday 19 October 2010

Istimewa dan uniknya tarikh 20.10.2010



  • Apakah yang istimewa tarikh di atas?
  • Apakah keunikannya?
  • Apakah yang ingin idah sampaikan?
  • Apakah...apakah dan apakah.....Insya ALLAH esok bakal di umumkan ye...

KALIMAH CINTA

Pepohon cintaku kian merimbun,
Semakin dicantas makin bertunas,
Tidak mampu mendustai hatiku,
Rasa cinta fitrah manusia...

Siapalah aku menolak cinta,
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa...

Adam Hawa bercinta di Syurga,
Angkara Iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia...

Kerana cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal Rasul-Nya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga...

Oh indahnya cinta...

Adam Hawa bercinta di Syurga,
Angkara Iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia...

Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal Rasul-Nya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga...

Hidup tanpa cinta,
Sengsaralah jiwa,
Sengketa dan dusta,
Yang merajai jiwa...

Di batasan cinta syariat terjaga,
Tanpa keraguan,
Tanpa kesangsian...
Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan,
Betapa agungnya kebesaran-Mu,
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaanku...

Salam Sayang;
Ummu Hanani
Teratak 23

Hadiah daripada Moklong...Import From Japan

Salam kasih sayang buat semua,

Apa khabar blogger-blogger dan follower Teratak Kasih Hanani sekalian? Semoga anda semua sihat hendaknya. Maaf juga kerana lama Idah tak update blog sendiri. Oh ye sebenarnya entry kali ni Idah nak cerita tentang Hanani idah yang telah mendapat hadiah hari lahir masing-masing daripada Moklong mereka. Istimewanya hadiah mereka ini Moklong pos direct dari Jepun ke Malaysia. Parcel yang telah makan masa hampir 2bulan lebih. Lama kan.

Hadiah yang diterima Kakak Afifah Hanani seperti set di bawah. Pada Idah ianya amat sesuai untuk kakak. Set ni mengandungi beg kain mcm kanvas dan juga pen yang uniknya dakwatnya guna air. Maka nya contenglah macam mana sekalipun, ianya tidak akan mengotorkan. Dakwatnya akan hilangs sendiri apabila kering. Kakak memang suka melukis. Namun lukisan nya masih belum jelas gambar atau apa yang dilukis. Terima kasih Moklong.




Set bawah ni pulak Abahnya yang belikan. Jangan tak tahu atas meja tempat umminya keje disitulah mereka berdua nak bermain. Jadinya umminya kena layan dulu.



Ok di bawa ni pulak hadiah untuk sikecil yang cute dan comey gitu, Aisyah Hanani. Aisyah dapat set ABC....yang harunya semua tulisan Jepun...:) ada juga bahasa enggeris. Bila tekan boleh faham. Aisyah mmg suka. Gambar sekali dengan model nya.






Hihihi...terselit juga gambar model set logo kat bawah ni. Ok yang bawah ni set logo hadiah hari lahir yang diberikan oleh Uncle dan Auntie mereka berdua.(Actually ummi nya yang request suh berikan logo). Bukan apa kalau beli alat-alat mainan mcm kereta, basikal mereka cepat bosan dan berebut. kalau beli lego ni dapat juga mereka kreatifkan minda mereka.






Ok cukup sampai di sini... Nanti idah update lagi ye.

Salam Sayang,
Ummu Hanani
Teratak 23

Saturday 16 October 2010

Perkahwinan...Anugerah yang Indah

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah. Tidaklah setaqwa Aisyah pun, tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama:

• Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
• Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
• Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
• Isteri adalah murid kamu mursyidnya
• Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
• Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
• Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
• Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw..Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

*****************************************************

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama:

• Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
• Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
• Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
• Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
• Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
• Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Suami & isteri ingatlah:
  • -Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah
  • -Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
  • -Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
  • -Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..


Renungan Bersama
Ummu Hanani
Teratak 23

Tuesday 12 October 2010

Sudah capai 2K dalam masa 5bulan..

Alhamdulillah curi sedikit masa untuk update blog.Siap juga akhirnya keje yang perlu dibereskan walaupun belum capai 100%, namun 70% sudah disiapkan..ihik:) td jenguk blog wah terujanya kadar pengunjung blog kini sudah capai 2K dengan keadaan idah yang jarang kunjung blog orang lain.Maksud di sini mesti ada juga yang jadi silent reader blog idah...(hihi perasan aje kot..)

Bermula secara aktif bulan mei 2010 hari tu pengunjung sekarang dah cecah 2k...walaupun blog ini sudah terbina sejak tahun 2007 lagi. Kat bawah screen shoot yang idah copy dalam jam 12.35malam...Oklah esok sambung lak entry lain ye..

Tuesday 5 October 2010

Sambungan Hari 2

Sabtu 02/10/2010
Lokasi:- Marang -> Dungun (Court Malaysia+Laila Rawas Textile-Az Tech) -> balik rumah

Alhamdulillah setelah dua hari cuti-cuti dan jalan-jalan sambil teman En.Kanda berprogram, maka nya Hari Sabtu tu bergerak pulang ke Paka. Sempat juga singgah kat Masjid Merchang dan makan-makan kat Kuala Abang. Kemudian teruskan destinasi ke Dungun. Idah ajak En.Kanda ke Laila Rawas Textile gedung kain,langsir,karpet yang besar kat bandar Dungun. Sambil-sambil tu Idah nak cari kain jilbab bidang 60'. Dah lama tak shopping tudung baru. Asyik shopping abaya sahaja. Gambar kat Laila Rawas tak snap pulak berikutan waktu sibuk tengok kain-kain yang ada kat dalam kedai.

En.Kanda pulak terus ke Court Malaysia.Katanya nak tengok-tengok apa barang yang best. Tapi tak jauh dari Kedai Laila Rawas tu. Oleh kerana tiada kain yang berkenan, idah pun ke Court Malaysia. Hah jangan tak tahu, En.Kanda ni kalau dah jumpa gadget2 yang dia suka mmg lama lah dia duk kat dalam kedai tu.Dalam pada nak tengok2 barang akhirnya terbeli lah pulak.
Sebuah kamera dan vcd baru. Kamera tu yang paling murah sekali. Oklah tu kena dengan bajet. Nanti idah sambung cerita pasal gadget baru tu ye..

Ini antara gambar dalam court malaysia yang sempat idah amik sambil dua orang model cilik sedang menggayakan watak mereka...uik tersnap juga gambar hero hensem pelakon korea..






Monday 4 October 2010

Aktiviti di hujung minggu - Hari 1

Jumaat 1/0kt/2010

Aktiviti:- Family Day Ofis En.Kanda
Lokasi 1 :- Air Terjun Chemerong

Jumaat lepas, en.kanda ajak beriadah bersama kawan-kawan pejabatnya di Air Terjun Chemerong. Air Terjun ini terletak di Daerah Dungun iaitu kira-kira 100KM dari Bandaraya Kuala Terengganu dan daripada rumah idah dalam 1jam perjalanan.Idah duduk kat ketengah Jaya.Ini adalah kali kedua Idah pergi bersama En.Kanda.Pertama kali pergi bersama keluarga Idah sahaja tapi tempatnya tak jumpa pulak(tempat air terjun tersebut, maka nya mandi ajelah kat kawasan yang kecik mcm kolam sahaja.) Alhamdulillah kali ni best sebabnya dapat mandi betul2 dekat dengan air terjun.Ini baru betul-betul mandi dan beriadah kat air terjun.Hilang juga stress sebentar. Hanani Idah mmg suka kalau pergi piknik terutama yang melibatkan aktiviti mandi manda. Menu pada hari tersebut mcm2 ada, bbq ayam pun ada tapi disebabkan hari hujan so hanya sekejap sahajalah. Dalam jam 2 lebih bergerak pulak ke Marang.



1.


2.
pic1 dan 2 :- kredit http://jomterengganu.blogspot.com

yang bawah ni semua koleksi Idah ye...antara pic yang sempat di ambil masa mula2 tiba kat destinasinya. Masa sampai ni orang pun dah ramai.Mcm ada family Day juga.


3.


4.

5.





Lokasi 2:- Marang Terengganu- Homestay dan Masjid Rusila
Aktiviti:- Program Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS

Petangnya pulak nak bergerak ke Marang Terengganu Masjid Rusila sebab En.Kanda ada program Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan.So oleh kerana bawa hanani dua orang tu sekali, maka nya En.Kanda buat keputusan untuk sewa Homestay selama 1 hari sahaja. Kali ni homestay yang jadi pilihan tidak berdekatan dengan laut. Duduk di bahagian atas maka nya nampak bumbung rumah orang sahaja. Sewa dalam RM70.00 sehari. Apa-apa pun best jugaklah.Dapat Idah keluar daripada tekanan kerja dan rumah.



keadaan homestay yang berhampiran dengan Masjid Rusila. Di sinilah Idah dan anak-anak ditempatkan oleh En.Kanda sementara dia sertai program.



gambar dari sudut atas homestay.Dapat snap dr jauh sahaja.Sebab nak join sekali keadaan agak sesak dengan cuaca yang panas terik. Hati nak juga join sekali tapi memandang kan Hanani dua org ni jenis cepat bosan dalam majlis so batalkan aje hasrat. Duk kat homestay dengar juga apa yang di sampaikan.

Saturday 2 October 2010

Letih & Mengantuk...List keje semakin meningkat!


Kalau beginilah tak tahulah idah nak buat..mahunya migrain dan tekanan melanda...
huhuhu...sungguh2 rasa penat dan letih..


tidur sebentar sambil cari ilham baru...


dah senget2 cermin mata duk menelaah bahan-bahan untuk dikupas,di gali...

p/s: semua gambar di ambik daripada pak google okeh!

Friday 1 October 2010

My New Wallet

Salam kasih buat semua...

Dah lewat malam, idah mula menulis entry baru.Alhamdulillah berkat daripada arus pemodenan dunia online shopping kini memudahkan urusan.Idah sejak tahun 2006 lagi sudah mula berjinak-jinak dengan shopping secara online.Best juga walaupun produk agak terhad apa yang dipamerkan namun masa untuk shopping tu fleksibel.Semuanya dihujung jari sahaja.

Dalam wishlist idah, nak beli wallet baru.Sudah lama idah pendamkan hasrat ni.Ada juga lihat2 kat shopping mall tapi alahai harga menjadi satu masalah dan juga paternnya banyak yang idah tak minat.So bermula pencarian wallet baru sejak dari bulan Jun 2010 lagi..lama tu...Al-kisahnya wallet yang baru dibeli dalam bulan Feb 2010 tu dah koyak bahagian tempat isi gambar tu.Malu pulak bila en.Kanda kata ermmm dah koyak wallet ummi.

Dipendekkan cerita, hari Ahad lepas 26/09/2010 terjumpa satu kedai kat FB.Wah banyak sungguh koleksi handbag dan wallet.Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang, akhirnya terbekenan dengan wallet dan handbag.Setelah di timbang-timbang kos-kos lain(ntah tak tahu bape kg timbangan utk buat keputusan), antara wallet dan handbag, maka nya akhirnya idah lebih memerlukan wallet.Harga wallet tu pun ada sale. So memang kena dengan bajet idah dan yang paling penting kena dengan citarasa idah. Dari segi designnya,warna dan kualitinya.

En.kanda tak tahu lagi ni, maybe lepas baca entry ni dia akan tanya.Ihik....wishlist utk beli handbag maybe simpan untuk bulan depan2 pulak.Berkenan sangat dengan jenama Coach dan Bonia (yang imitation udah ler..ori dok mampu ambe). Jom tgk wallet baru idah.Gambar kredit drpd link Haslina Redshop :-

Jenama : PRADA
Saiz : 18.5 (P)
Harga : RM 28.00





Thursday 30 September 2010

Sakit kepala..sakit gigi

Salam sayang buat semua,

Apa kaba suri-suri rumahtangga semua?Semoga dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja hendaknya.Idah dah beberapa hari alami sakit kepala yang agak menyakitkan.Sehingga efek pada mata dan gigi.Benar-benar mebuatkan hilang fokus pada semua perkara.Paling tak tahan kalau sakit gigi.Mulanya puteri sulung yang sakit gigi,sekarang giliran ummi nya pula.Adoilah gigi, mengikut usia agaknya.

Fokus pada kerja juga sedikit menurun peratusannya,sedangkan banyak yang perlu dilakukan.Senarai kerja idah agak panjang dalam minggu ini.Namun dek kerana kesihatan agak merosot maka nya kerja-kerja ada yang tertangguh. Stok abaya dari dubai juga banyak yang perlu idah kemas kini. Semoga hari-hari kurang sihat ini akan berlalu.



Kepenatan minda juga idah alami.Apabila hati dalam keadaan tak berapa sihat, kepala pula banyak berfikir semua itu bisa memenatkan anggota tubuh badan.Semoga hati ini akan terubat hendaknya walaupun tinggal parut.Biarlah berlalu semua itu.Ingin kosongkan minda dan merehatkan diri.

Oh ye sebut pasal stok abaya tadi, Idah nak menjemput kawan- kawan blogger semua kunjungi blog kedai abaya idah ye di http://kedaiabaya.blogspot.com atau boleh layari facebook idah di http://www.facebook.com/fesyenmuslimah. Masih dalam proses update dan masukkan stok sikit.Jika berminat bolehlah buat tempahan. Idah nak letak sikitlah gambar2 abaya daripada dubai.Jom cuci mata sat:-




Abaya ni pre -order.Dibuka tempahan sampai 2okt.Deposit RM100 diperlukan.Kalau bayar penuh lagi baik,dapat free pos.

Sunday 26 September 2010

Taugeh oh taugeh....




Anda suka makan taugeh? Masa sebelum kawin Idah antaran penggemar taugeh juga tau.Terutama kalau masak dengan mee atau kueh teow. Sedap.Tapi selepas kawin mmg agak jarang sekali beli atau makan sayur taugeh ni.Sebabnya En.Kanda Idah tak suka taugeh.Pada mulanya mmg agak pelik jugaklah kan...sayur kangkung,taugeh, terung En.Kanda idah tak makan. So hari ni lepas baca dalam entry seorang kawan pasal taugeh ni ..alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi ada hikmahnya juga asben idah cerewet bab2 sayur ni. Jom kita baca artikel kat bawa ni.

Info artikel :- Blog Kak Zawiah

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.hmmm rangup... tapi nak beli taug...eh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa?sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacam...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching dgn taugeh2 bumiputera. Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

Gelagat Hanani -macam2 ada

Assalamualaikum...
Dah lama tak bercerita tentang kisah Hanani Ummi kan...Byk benda nak cerita namun kekdng sifat "M" umminya maka terbengkalailah blog sebentar.

Kisah 1 :- Aisyah Hanani Puteri kedua Idah
Alhamdulillah tak lama lagi Aisyah Hanani,puteri Idah yang kedua akan genap berusia 2tahun 28okt nnt.Syukur alhamdulillah perkembangan yang sihat dan tersangatlah aktif.Tubuhnya juga sedikit berisi berbanding dengan kakaknya Afifah Hanani.Bersifat garang, independent, kuat merajuk, tak berapa nak dengar cakap dan mengikut arahan.Kekadang geram tengok Aisyah.Namun dengan memek wajahnya yang sebegitu,susah umminya nak marah2...marah2 sayang.Kalau dapat bergaduh dengan kakaknya baik dari segi berebut mainan, bermain dan bergurau mmg agak kasar juga dan garang.Habis di gigit kakaknya kalau dah geram.Idha ingat lagi masa umurnya 1tahun 6bulan-8bulan,hobinya suka sgt menggigit.Pantang dia geram mmg apa yg ada masa tu dia akan gigit termasuk kain,ummi,kakaknya,abahnya,tokki,tok dan alat2 mainan. Sian kat kakak dia selalu jadi mangsa.kekdng lembam kesan kena gigit.Idah bertanya pada mak idah,katanya ada juga sesetengah kanak2 begitu sifatnya.Mak kata anak2 nya dulu ada seorg perangai mcm Aisyah...hahahahahahah sila gelak guling2 ye..orgnya adalah maybe Umminya sendiri.Dah menurun kat anak.So kepada bakal ibu-ibu silalah bersifat baik2 ye..sbbnya anak2 kita akan mengikut perangai kita..itulah Aisyah Hanani yang banyak mengikut umminya.




Kisah 2 :- Afifah Hanani Puteri Sulung Idah
Dah berumur 3tahun lebih.Seorang yang lembut namun tetap ada keras dan tegasnya.Bersifat kepimpinan sbg seorg kakak terserlah padanya.Seorang yang manja kalau boleh kena bagi perhatian 100% untuknya sahaja.Seorang yang cemburu dengan adiknya namun tetap kekdng bersikap independent.Sangat mendengar arahan dan kata.Rajin dan yang paling sukar nak handle sikapnya yang suka bertanya itu dan ini.Kekdang naik pening kepala nak bagi jawapan padanya supaya dia faham.Kegemarannya suka tengok cerita kartun.Mudah terpengaruh juga ni.Otanknya bijak dan kreatif,mudah menangkap apa yang di ajar.tapi depan org pemalu.Tanyalah apa2 pun dia buat muka seposeng jer...Perangai dan tingkah lakunya banyak mirip Abahnya.Kurus dan tinggi lampai.




Duit Raya:- eceh...eceh smabung lagi kisah raya.
Ala sekarang masih dalam mood bulan Syawal.So nak juga cerita pasal kutipan duit raya Hanani Idah ni sepanjang beraya di Pahang hari tu.Kebiasaannya kalau beraya kat Pahang,duit raya yang terkumpul jumlah nya sedikit aje.Tapi tahun ni alhamdulillah rezeki melimpah luah.Syukur alhamdulillah.Maybe orang moden skng versi bg duit raya dalam not RM1 ke atas.Dah tak jumpa org bg duit sen2 ni..:)So duit raya mereka berdua sudahpun abahnya masukkan dalam Tabung Haji dan bank islam.Untuk masa depan mereka juga ni.Kena kumpul duit sejak mereka lahir lagi.

oklah di sini idah nak titipkan beberapa photo mereka.Jom layan...