Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday 16 May 2010

~Kerjaya Wanita...dan pahala~

Menjahit adalah satu kemahiran (seni) yang perlu dipelajari oleh setiap wanita kerana Rasulullah pernah menganjurkan agar anak-anak perempuan diajarkan menjahit, menenun dan membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh kaum wanita. Kepandaian menjahit akan memudahkan mereka bagi keperluan keluarga.



Walau bagaimanapun tidak ramai wanita hari ini yang berminat untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti ini kerana ia memerlukan tumpuan dan penelitian. Tidak ramai yang boleh bersabar untuk duduk lama menyudahkan satu-satu bahan jahitan, tambahan pula jika ia perlu dijahit dengan tangan. Maka kebanyakan wanita hari ini lebih suka membuat tempahan pakaian di kedai ataupun membeli pakaian yang telah siap. Tetapi, tahukah kita bahawa Allah swt sebenarnya telah menyediakan sebesar-besar pahala bagi mereka-mereka yang menjahit untuk keperluan keluarga sendiri untuk dirinya, suami dan anak-anak.

Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat.”

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Begitulah, betapa besarnya kurniaan yang Allah sediakan buat para wanita. Bukanlah mudah untuk memberi makanan dan pakaian kepada 1000 orang yang sedang kelaparan dan tidak berpakaian! Tetapi dengan melakukan tugas-tugas yang kecil seperti ini, yang mana ramai wanita yang tidak endah kerana agak merumitkan itu, Allah membalasnya dengan balasan yang luar biasa pada logik akal kita.

Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya yang bermaksud: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya).” Begitulah ganjaran pahala yang Allah swt sediakan buat wanita. Jika seorang wanita ketahui dengan hanya menjahit pakaian untuk keluarga, Allah ampunkan segala perbuatan jahat kita yang lalu, nescaya seorang isteri itu tidak akan sibuk ‘merengek’ pada suami untuk pergi shopping setiap bulan.



Seorang isteri hendaklah, rajin-rajin memeriksa pakaian suami dan anak-anak. Butang-butang yang tanggal diganti, jahitan yang teretas, dijahit semula. InsyaAllah, seorang suami akan merasa bangga bila pakaian dia dijahit oleh isteri. Anak-anak juga akan merasa senang bila ibunya menjahit pakaiannya. Seorang isteri perlulah kreatif dalam menjahit sama ada menjahit alas meja, kusyen, lansir, tabir dan sebagainya.

Menjahit, menyulam atau pun mangait bagi segala keperluan hiasan rumah sendiri tentu lebih menarik dan menyejukkan mata memandangnya. Memang tidak ramai wanita atau isteri-isteri yang mengambil berat tentang perkara-perkara kecil seperti ini. Sedikit sangat yang mengambil perhatian dan yang sedikit itulah yang dilihat oleh Rasulullah ketika baginda di Israk Mikraj. Baginda dapati paling ramai wanita menghuni neraka dan sedikit sahaja yang menghuni syurga. Ini semua disebabkan para wanita atau isteri-isteri tidak mahu kembali kepada tugas sebenar mereka yang telah Allah swt tetapkan bersesuaian dengan fitrah sebenar.

Oleh itu para wanita ataupun yang telah bergelar isteri-isteri, marilah sama-sama menjadikan rumah sebagai tempat untuk mencari syurga dan sebagai tempat untuk mencapai darjat yang tinggi di akhirat kelak. Jadikanlah rumah sebagai medan jihad buat isteri atau kaum wanita semua mencari keredhaan Allah swt.

Wednesday 12 May 2010

Mujahidah...Teruskan Mujahadah Mu



Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Usaha kita untuk Palestin

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga - 10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidakmembatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaiatan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

Petikan dari Ustz Zaharuddin (www.zaharuddin.net)

Friday 5 March 2010

~Untung rugi bekerja dari rumah~

Apa kaba semua...Hari ni idah nak menulis tentang kerjaya idah...kiranya ada kait-mengait..selalunya idah bercerita tentang kehidupan harian,aktiviti idah...so sekarang untuk jadikan blog idah lebih bermanfaat so idah selitkan juga dengan artikel yang sesuai...semoga kita dapat berkongsi bersama... Artikel yang idah nak tulis ni idah perolehi daripada pembacaan Idah melalui Majalah PAMA edisi Mei2006..Idah suka baca majalah PAMA ni sebabnya ianya banyak info tentang keibubapaan dan anak-anak..Cukup berinformasi..Ok berbalik kepada tujuan asal idah nak berkongsi tips2 untuk bermula bagi yang sudah bersedia untuk bekerja dirumah...semoga info ini dapatkan dimanfaatkan bersama...:




Gambar hiasan: kredit to google



Tips untuk bermula

Sebelum memulakan perniagaan, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Antaranya:

  1. Niat - adalah faktor penting sebelum anda memulakan perniagaan. Semuanya perlu bermula dengan niat. Apabila niat sudah ditanam, anda perlu berusaha untuk merealisasikannya. Percayalah niat yang ikhlas pasti membuahkan hasil yang diimpikan.

  2. Minat - Ramai daripada anda bercadang untuk berniaga. Namun anda masih keliru untuk memilih perniagaan yang bakal dijalankan. Apa kata anda olah minat kepada perniagaan. Seronok bukan jika minat anda bertukar kepada wang. Untuk itu, anda perlu berfikiran kreatif agar minat yang tersemai selama ini dapat diubah ke dalam bentuk perniagaan.

  3. Perancangan Awal - Sebelum bercadang untuk berhenti kerja anda perlu membuat perancangan awal terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan anda menyesal sekiranya tidak berjaya menguruskan perniagaan akibat masalah-masalah yang tidak dijangka. Oleh yang demikian, anda perlu membuat simpanan khusus untuk dijadikan modal niaga. Buatlah perancangan yang teratur sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sebelum berhenti kerja.

  4. Pelan bertulis - Dalam merancang, jangan lupa catatkan setiap idea yang timbul dalam bentuk tulisan. Ini perlu dilakukan kerana dikhuatiri anda tertinggal idea2 bernas dan menyukarkan untuk anda majukan perniagaan.

  5. Keunikan - Untuk memulakan sesuatu perniagaan, anda digalakkan untuk membuat sesuatu yang belum dibuat oleh org lain. Namun, jika tidak mahu mengambil risiko, anda perlu mempunyai keunikan tersendiri pada produk anda jika perniagaan yang hendak dijalankan telah banyak dimiliki oleh orang lain.

  6. Sokongan - Dapatkan sokongan daripada suami. anak-anak dan ahli keluarga yang lain.ini penting kerana tanpanya anda tentu tidak dapat menjalankan perniagaan dengan selesa.

  7. Displin - Bekerja di rumah memerlukan anda memiliki displin yang tinggi. Ini kerana, selain bekerja anda turut memainkan peranan dalam menguruskan rumahtangga, suami dan anak2. Jadi anda perlu bijak dalam membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

  8. Ramah - Anda perlu menjadi seorang yang peramah jika mahu mendapatkan lebih ramai pelanggan. Untuk itu, anda perlu gunakan kebolehan diri untuk menarik perhatian mereka. Jika tidak tahu, anda perlu belajar teknik yang betul ataupun tingkatkan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain membeli produk anda.

  9. Azam dan ketabahan - Di peringkat awal perniagaan, kadangkala anda mungkin gagal mendapatkan pelanggan atau lebih teruk lagi, anda ditipu. Itu perkara biasa, janganlah anda terus patah semangat. Belajar dari kesilapan dan perbaiki diri.






Sumber : Artikel Untung rugi bekerja dari rumah PAMA Mei 2006
Gambar : kredit to google

Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberikan anda sedikit info dan persediaan.. Anda juga boleh lawati web E-home Maker utuk mendapatkan maklumat lagi: www.ehomemakers.net/my

Sunday 18 October 2009

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  2. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Tawakal apabila membuat perancangan;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur kerana kezaliman;
  14. Jangan goyah kerana fitnah;
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
  19. Jangan sakiti anak yatim;
  20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
  25. Biasakan solat malam;
  26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
  30. Jangan marah berlebih-lebihan;
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
  32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
  33. Berlatihlah mengawal fikiran;
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab ;
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
  36. Jangan percaya ramalan manusia;
  37. Jangan terlalu takut miskin;
  38. Hormatilah setiap orang;
  39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
  44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  45. Perbanyakkan silaturrahim;
  46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
  47. Bicaralah secukupnya;
  48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
  49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
  50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
  51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
  52. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
  53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  54. Hormatilah guru dan ulama;
  55. Sering berselawat ke atas nabi;
  56. Cintai keluarga Nabi saw;
  57. Jangan terlalu banyak berhutang;
  58. Jangan terlalu mudah berjanji;
  59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara;
  60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna;
  61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
  62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  65. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
  66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
  67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
  68. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
  70. Jangan melukai hati orang lain;
  71. Jangan membiasakan berkata dusta;
  72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
  73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
  74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
  76. Jangan membuka aib orang lain;
  77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita;
  78. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
  80. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
  81. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama, bangsa dan negara;
  82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
  84. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa;
  85. Hargai pemberian orang;
  86. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan;
  87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
  88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;
  89. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
  90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
  93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
  94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
  95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
  97. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran.
  98. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
  99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
  100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Tuesday 8 September 2009

Petua Imam Syafie ...

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Friday 29 May 2009

Akal & Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Orang tua tua kita dulu ada berkata: Ikut hati mati, ikut rasa
binasa dan ikut nafsu lesu, jadi kita kena ikut atau pakai apa? Kalau
ikut Pak Pandir dalam nyanyiannya dia suruh kita: " Ada akal pakai,
ada mata tengok , ada telinga dengar ." Jadi kita hendaklah
menggunakan akal kita.

Akal (dan ilmu yang berpandukan Al Quran dan sunnah )akan menjadi
sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat
melihat,mengetahui sesuatu, dapat membezakan sesuatu dan dapat
menyedut sesuatu daripada ilmu yang kelak akan dapat digunakan untuk
mencapai tempat yang hampir dengan Allah, mengetahui kekuatan dan
kebesaran Allah.Inilah yang dimaksudkan dari firman Allah yang
bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hambaNya hanyalah
ulamak.(Surah Fatir Ayat 28)

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kebesaran akal dengan sabdanya yang
bermaksud:Allah tidak menjadikan mahkluk yang lebih mulia dari akal.

Juga sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali bin Abi Talib yang bermaksud;
Jika manusia menghampirkan diri kepada Allah dengan ( melakukan)
berbagai amal kebaikan , hampirkanlah diri kamu dengan Allah dengan
ilmu.

Juga sabdanya yang bermaksud:
Seseorang itu tidak mendapat sesuatu yang lebih dari keistimewaan akal
(kerana) akal itu membimbing tuannya kepada hidayat dan mengelakkannya
daripada perkara yang buruk.?

Oleh kerana itu Islam menggalakkan ilmu dan mendalami agama ,supaya
akal itu akan mengambil sesuatu yang dapat menolongnya dalam
membezakan antara yang baik dan jahat, antara hak dan batil.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan , Allah akan
memberikannya kefahaman dalam agama.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:
Kelebihan orang yang berilmu daripada orang yang hanya beribadat
samalah dengan kelebihanku daripada orang yang paling rendah di
kalangan sahabatku.

Akal mukmin yang sedar akan dapat membezakan antara baik dan
buruk,halal dan haram, maaruf dan mungkar kerana mukmin yang sedar
itu melihat perkara ini dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat
sesuatu disebalik tutupan yang halus.

Firman Allah yang bermaksud:
Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (pertunjuk) oleh Allah tiadalah
ia mempunyai cahaya walau sedikit pun.? (Surah An Nur Ayat 40)

Cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat,kekal
dalam maksiat , terang- terang melakukan maksiat , kerana Rasulullah
s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang melakukan dosa akal akan terpisah daripadanya dan tidak
akan kembali kepadanya buat selama lamanya.

Juga sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Kalaulah tidak kerana syaitan itu sering berputar di sekeliling hati
anak-anak Adam nescaya mereka akan dapat melihat kerajaan langit dan
bumi. Semoga kita sama- sama menimba ilmu .Insya Allah.Yang baik dan
yang benar datangnya dari Allah dan yang salah dan silap datangnya
dari kelemahan saya sendiri .

Ini adalah petikan dari buku yang bertajuk : Apa ertinya saya
menganut ISLAM (Fathi Yakan) yang diterjemah oleh Ustaz Alias Othman
terbitan Pustaka Salam.

Wassalam.

From: Mariam.

Wednesday 18 February 2009

19 Hadis Nabi mengenai wanita.

19 Hadis Nabi mengenai wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya." Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Arafah adalah bayangan Padang Masyhar

Tuesday 17 February 2009

LIMA PERKARA

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat :
1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan
untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA:
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada
zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.


Friday 16 January 2009

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

4 PERKARA SEBELUM TIDUR( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat
perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday 7 March 2008

Empat Watak Lelaki ...

Article from my e-mail ... fwd by someone .. thanks to him ..

4 WATAK LELAKI ...

Seseorang wanita itu apabila di yaumal(hari) alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

Pertama:-ayahnya apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-suaminya apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-abang-abangnya apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat:-anak lelakinya apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........ nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH SWT:-"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas.. akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Tuesday 5 February 2008

Kenapa khinzir tak boleh dimakan

Artikel ni saya dapat dari blog seorang kawan ...

Kenapa khinzir tak boleh dimakan

(English dan diterjemahkan)

You want to know?? Good scientific explanation( Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus)

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halaal and Haraam; what do they mean?(terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)

Yunus: That which is permissible is termed Halaal and that which is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which draws the distinction between the two.(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.)

Bob: Can you give me an example? (Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.(Ya. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.)

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ini.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan , malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam. (Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean? (Apa maksud kamu)

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact.(maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ-organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob: I see, this causes the death of the animal by total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ. (jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in ! its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing. (ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menye! dari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine. (Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11,verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch;they are unclean to you. Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops,ham, bacon. (sebenarnya , ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible "Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya jangan lah kamui sentuh , ia adalah tidak bersih u! ntuk kamu. Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases. (Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit)

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body. (Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2% daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)


Please forward to others............it may answer some of their questions especially when the non! -Muslim ask. To waken interest and kindle enthusiasm is the sure way to teach easily and successfully.
"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasan)nya pula. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula."
(al Zalzalah:6-8) wallahu'alam

Wednesday 30 January 2008

SEJARAH 10 MUHARRAM

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya
Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam.

Friday 25 January 2008

Pujangga Sufi bersyair....(


Keperibadiaan isteri yang menghiburkan suami)
Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
Anak-anak menjadi murid
Harta suami dijaga dengan sempurna
Dilepaskan suami berjuang dengan rela dan bangga
Dirumah dan diluar maruahnya sentiasa dijaga
Sentiasa menguntum senyum dihadapan suami
Sanggup hidup berdua
Mati bersama
Lantaran mengharap keredhaan Allah semata-mata
Memadai dengan apa yang ada
Tidak pernah menuntut apa yang tiada
Menjadi tulang belakang perjuangan suami
Hingga suaminya terasa Rumah itu Syurga
Menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihadnya.

Jika Allah sayang pd sseorg,maka Allah bg IMAN.Jika Allah syg lg, Allah bg kekuatan utk amal agama dgn sempurna & jika Allah syg lg, Allah akan susahkan hambaNya dlm kehidupannya...terutama dlm urusan menjaga&menegakkan agama...itulah bukti kasih sayangNya...Berjuanglah jgn putus asa selagi masih ada masa...Sayang Allah janjinya pasti...

Monday 10 December 2007

Kecantikan....renungkanlah sejenak!!

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
Tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan
Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.


“ Apabila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..

“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”

Sunday 18 November 2007

4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
  1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
  1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
  2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Sekian untuk ingatan kita bersama. Sebarkan.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Alhamdulillah,
Sihat itu jihad!

Idafizart

Monday 5 November 2007

I'M SO LONELY !

This article is very touching ...
tapi kalau hati dah keras, buat apa pun tak jadi ... hmm

I'M SO LONELY !

Waktu engkau kanak-kanak, kau laksana kawanku sejati. Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci. Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari. Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi...Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji?
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan. Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian. Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan. Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia Sedangkan ayat-ayatku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.
Waktu malam engkau duduk di depan TV. Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three Di depan komputer berjam-jam engkau duduk. Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok. Mengumpul debu di selaput abuk.
Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat. Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat. Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat. Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...Setiap saat terlalu...kuranglah baki umurmu... dan kubur sentiasa menunggu. Engkau akan kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu apabila malaikat maut mengetuk pintu. Kalau aku dibaca selalu dan dihayati... Di kubur nanti....Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri. Peganglah aku lagi . ..bacalah aku setiap hari. Kerana ayat-ayatku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui. Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw.
Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi... Jangan aku dibiarkan sendiri...
"So very lonely "!