Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan amat sukakan kecantikan. la sukakan melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta ALLAH benci kesusahan dan bala bencana. (Riwayat al-Baihaqi)
Perasaan sentiasa ingin kelihatan cantik adalah naluri semula jadi yang ada di dalam diri semua orang.
"Naluri ini jika tidak dibimbing dengan ilmu dan hidayah daripada ALLAH SWT, memungkinkan seseorang itu menjadi lupa diri, mengikut hawa nafsu, tidak bersyukur dan sanggup melanggar batas syariat yang dibenarkan," -Dai Hamidah-
Kecantikan dan wanita ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Setuju ke setuju? Jerawat naik seketul dua pun boleh mendatangkan kemurungan, bayangkan jika sahabat alami masalah jerawat batu? Idah yakin pasti sahabat akan mencari 1001 cara nak hilangkan jerawat tu kan?
Idah tak cakap orang lain sebab Idah sendiri macam tu, naik seketul dua pun dah mula rasa tak selesa. Mulalah jari jemari lentik ni nak pegang tempat jerawat itu dan yang paling kerap kita lakukan, kita kerap memicit jerawat.
Perasan tak apabila kita memicit jerawat, tak lama kemudian mesti muncul jerawat dekat bahagian lain? Macam magik. Tapi sebenarnya tabiat begini tidak digalakkan, apatah lagi ia meningkatkan risiko untuk munculnya parut jerawat.
1. Hormon2. Sejarah keluarga3. Ubatan tertentu4. Makanan tertentu5. Produk berminyak6. Tekanan pada kulit7. Cuaca8. Stres9. Tabiat tidak sihat
Kenali tiga jenis jerawat yang boleh menyebabkan keradangan, yang memerlukan kita berikhtiar untuk mencari macam-macam cara, petua dan produk untuk merawatnya.
1. PapuleIa merupakan jerawat blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat dan dijangkiti bakteria. Ia membentuk benjolan merah atau merah muda pada kulit. Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Memicitnya akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut.2. PustuleJerawat ini berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati dan akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang.Elakkan daripada memicit atau meremas jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin kronik.3. NoduleJenis jerawat ini dikenali sebagai jerawat batu. Keadaan jerawat ini adalah besar dan terdapat benjolan meradang. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah.Selalunya jerawat ini adalah serius sekiranya tidak dirawat. Keadaan ini sudah pastinya menyebabkan keyakinan diri individu semakin berkurangan dan terganggu.
VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH UNTUK BEBAS JERAWAT PARUT
Vitamin B1 (Thiamine)Thiamine merupakan vitamin B pertama yang ditemui. Ia membantu dalam menukar glukosa menjadi tenaga, penyembuhan luka dan diperlukan bagi memastikan saraf berfungsi dengan baik. Vitamin B1 ini juga digelar sebagai “vitamin anti-stres”, kerana ia memperkukuh sistem imunisasi badan kita, serta membantu dalam mencegah jerawat yang diakibatkan oleh stres.Vitamin B2 (Riboflavin)B2 membantu dalam perolehan sel dan penyelenggaraan kolagen. Ini penting bagi melindungi integriti struktur kulit kita, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka. Ia juga membantu dengan rembesan mucus dalam kulit lalu mencegah kekeringan yang dapat membawa kepada pengeluaran minyak berlebihan (dan akhirnya mengakibatkan jerawat), serta meningkatkan penyerapan zink yang penting untuk kesihatan kulit.Vitamin B3 (Niacin)Vitamin B3 dapat merawat pelbagai keadaan kulit dan iritasi, termasuk dermatitis, jerawat, rosacea, ekzema, hiperpigmentasi dan kerosakan kulit yang berpunca daripada matahari seperti kulit kering dan sebagainya. Ia juga merupakan bahan anti penuaan yang kuat, sering kali dijumpai dalam produk penjagaan kulit bagi mengatasi garis halus dan kedutan.Vitamin B5 (Pantothenic Acid)Vitamin B5 penting bagi mengekalkan kelembapan kulit. Ini secara tak langsung meningkatkan keanjalan kulit lalu menyumbang kepada wajah yang lebih terhidrat dan kelihatan sihat. Oleh disebabkan kulit yang terhidrat lebih bingkas dan mempunyai daya tahan yang tinggi, B5 juga dapat mencegah jerawat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.Vitamin B5 juga membantu dalam penyembuhan luka kulit dengan lebih pantas dan sangat berkesan lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan vitamin C. Selain itu, vitamin B5 juga dapat mengurangkan jerawat dengan membantu badan kita memecahkan minyak kepada trigliserida dan kolesterol.Vitamin B6 (Pyridoxine)Juga digelar vitamin anti-stres, B6 membantu mengawal mood dan kitaran tidur dengan menghasilkan serotonin (hormon gembira), melatonin (hormon tidur), norepinephrine (hormon tekanan), dan lain-lain lagi. Stres dan tidur yang tidak mencukupi akan meningkatkan keradangan dalam badan, mengurangkan pertumbuhan semula sel dan menyumbang kepada kekeringan.
1. Protein meningkatkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel kulit yang sihat.2. Bertindak sebagai blok binaan untuk sel dan mempercepatkan proses penyembuhan sel supaya kulit lebih cepat pulih.3. Membantu membaiki keanjalan kulit dan meningkatkan sintesis kolagen.4. Membantu menguatkan lapisan kulit yang paling luar, jadi dapat mengekalkan kelembapan kulit agar kulit tak mudah kering.5. Melambatkan kemunculan tanda-tanda penuaan.6. Melicinkan kulit.7. Meningkatkan proses pusing-ganti sel iaitu menyingkirkan sel kulit/ rambut/kuku yang lama untuk memberi ruang kepada sel yang baru yang lebih cantik sihat.
1. Bantu dalam penghasilan kolagen (kolagen makin kurang bila makin berumur sebab tu penting makan vitamin C setiap hari).2. Mencerahkan kulit secara semulajadi mengikut kulit masing-masing.3. Mengawal dan mengecutkan jerawat yang naik.4. Menyekat pigmentasi penyebab utama berlakunya jeragat.5. Mengurangkan kedutan, melegakan kulit kering dan kasar.6. Bertindak sebagai agen penyahpigmentasi dan anti-radang.7. Membantu penyembuhan luka pada kulit.8. Menggalakkan penyerapan zat besi, yang diperlukan untuk menjadikan rambut kita kuat dan sihat
1. Antaranya yang biasa mak suruh buat, setiap kali lepas perah santan kelapa, hampas tu mesti mak suruh gonyoh muka. Mak kata biar hilang jeragat dan jerawat tu. Kulit muka lebih licin dan bersih.2. Ada lagi sahabat, mak akan buatkan masker menggunakan beras yang digoreng sampai kekuningan, kemudian dikisar sampai dapat tekstur yang halus. Campurkan dengan telur kuning, kacau sehingga sebati. Dah siap mak akan oleskan di kulit wajah. Buat macam masker dan skrub.3. Itulah rahsia kecantikan kulit mak. Kulit wajah mak memang takde sebiji jerawat, bersih, awet muda dan jeragat pun Idah tengok ada sedikit apabila mak dah makin berusia. Actually banyak lagi petua arwah mak tentang penjagaan kulit ni, cuma ingatan Idah semakin merosot. Hahaha. Lupa. Insya Allah mana tahu lepas menulis sokmo2 blog ni, ingatan kenangan tu kembali lagi. Rindu arwah mak. Al fatihah untuk arwah mak.
1. Set Rahmah A : ESP dan vitamin CBeli set ini dengan harga RM99.Terus dapat percuma keahlian Shaklee untuk ahli baru yang belum mendaftar lagi.Ahli sedia ada juga boleh beli harga ini.2. Set Rahmah B : 2 ESP + 2 vitamin CDapat beli dengan harga RM188. Juga banyak jimat!Juga layak dapat keahlian percuma. Ahli lama sedia ada juga boleh beli set ini.Sahabat nak tahu?Harga biasa ESP RM173, vitamin C RM115Harga RAHMAH hanya RM99 dan RM188 sahaja. MasyaAllah best ke best?
No comments:
Post a Comment