Insya Allah esok kita semua akan memasuki fasa 10 hari
terakhir Ramadan. Subhanaallah sekejap sahaja masa berlalu kan? Idah nak mengajak sahabat, jom kita sama-sama baca doa untuk 10 hari terakhir ni sebanyak
mungkin, Insya Allah semoga Allah menerima amalan kita, mengampuni dosa-dosa
kita dan berkat hidup kita didunia dan diakhirat.
Sahabat,
Insya Allah entry kali ini Idah nak berkongsi pengalaman
Bisnes Online yang menjadi kerjaya Idah walaupun hanya seorang surirumah sejak
2007. Lama kan sahabat? Iye betul selepas kahwin Idah terus menceburkan diri
dalam dunia bisnes walaupun zero ilmu tentang bisnes. Berkat sokongan dan
galakkan dari suami Idah supaya Idah ada extra income. Masa tu pulak hutang
MARA perlu dibayar. Alhamdulillah hanya ada satu hutang sahaja.
Sepanjang tempoh 17 tahun berkerjaya sebagai
surirumah dan memilih bekerja hanya dari
rumah, boleh dikatakan banyak bidang bisnes Idah ceburi. Bermula dengan bisnes
affiliate, bisnes dropshipper, bisnes sistem agen stokis, bisnes services, bisnes baju tudung batik dan bisnes MLM.
Zaman itu platform paling popular berniaga online adalah di
forum-forum online, guna email marketing, yahoo groups, yahoo messegger,
Friendstar, blog, e-commerce website dan juga youtube cuma zaman itu, bisnes sebagai Youtuber belum meluas seperti sekarang. Antara forum online yang Idah pernah join Wanitamelayu.com,
Wanitaniaga.com, Cari.com.my, Kedaimakan.com, Forum.net dan banyak yang Idah
dah lupa. Segala tempat yang boleh buat marketing semua Idah join.
Selain itu, marketing menggunakan platform sewa banner di blog-blog popular antaranya blog UZAR, blog ustaz
Saifulislam, blog iluvislam dan beberapa blog lain sangat popular. Idah pernah juga jadi cikgu
online mengajar bina website bersama dengan portalniaga.com di mana Idah
mendapat komisyen setiap kali ada pelajar yang mendaftar. Best sangat sebab
Idah rasakan cita-cita masa kecil dulu tercapaii walaupun hanya cikgu online.
Hihi, cantik Allah susun atur kehidupan Idah.
Kenapa Idah memilih untuk berbisnes online ketika itu?
1. Nak langsaikan
hutang MARA - Alhamdulillah hanya bayar 25% sahaja
2. Nak ada extra income untuk membolehkan Idah balik
rumah mak abah setiap bulan. Kahwin dengan orang jauh kan. Hihi
3. Sokongan dan dorongan daripada suami untuk Idah ada
extra income. Boleh guna untuk tujuan diri sendiri
4. Anak. Idah tak pernah terfikir langsung nak hantar
anak kepada pengasuh atau minta jasa baik mertua tolong jagakan anak-anak. Dan
yang terpenting nasihat dari arwah mak, supaya Idah jaga anak sendiri walaupun
pada ketika itu Idah boleh je cari pekerjaan. Idah percaya inilah jalan yang
Allah pilih untuk Idah.
5. Mudah dan tidak memerlukan Idah keluar jumpa orang.
100% Idah berniaga online dari 2007 sehingga sekarang. Idah tak pernah ada
pengalaman buka booth ke, buat car booth sale, join mana-mana bazar.
6. Fleksibel dari segi masa bekerja, di mana-mana sahaja
dan dihujung jari
7. Tunaikan kehendak dan keperluan sendiri contoh ambil
lesen kereta, memiliki kereta sendiri, happykan anak-anak, travel dan banyak lagi.
Apakah cabaran besar sepanjang Idah berbisnes online?
1. Subhanallah memang banyak sahabat. Idah ni jenis pantang
je ada bisnes yang tengah viral terutama bisnes MLM memang mudah sangat terjebak. Idah pasti join
sebagai dropshipper la, join ahli, join agen. Idah seorang yang rajin dan tahu apa yang Idah nak bila buat sesuatu, cuma waktu tu masih muda semangat nak ada duit, nak kaya tu memang besar. Apa sahaja
MLM yang ada Idah join. Konon nak cepat kaya namun zero ilmu. Main terjah dan
ikut upline tanpa tahu apa-apa. Akhirnya penat dan produk tersebut semakin slow
dan hilang.
2. Idah join pulak bisnes sistem agen dan stokis. Di sini memang
memerlukan modal yang besar. Sebagai stokis kita perlu fikirkan marketing, nak
buat blog, website sendiri, macamana nak bagi harga best pada agen, nak reward
apa, nak sediakan stok yang banyak , belum lagi masalah persaingan harga sesama
stokis, pemborong dan HQ. Sakit kepala, sakit hati dan tidak berpuas hati.
3. Akhirnya untung yang kita dapat sedikit sahaja namun
untuk gembirakan team, kita berkorban. Pihak syarikat banyak lepas tangan
terutama bila ada isu pengurusan, isu tak puas hati, isu barang kena tahan
kastam, isu nak ganti barang, isu produk berdaftar dengan KKM, isu netizen, isu
stok sampai banyak rosak dan lain-lain. Semua tu tergalas dibahu kita sebagai
stokis.
4. Akibatnya, agen-agen quit dan senyap. Jualan merosot dan
kita sendiri sebagai stokis dah mula tak cukup modal nak sediakan stok. Tiada sistem
yang sistematik dan pengurusan yang baik memang sukar bisnes nak pergi jauh
walaupun produk sangat bagus.
5. Nasihat Idah jika sahabat ingin berbisnes online,
walaupun sebagai agen dropship sila pastikan seller itu mudah dihubungi, selalu
update barang jualan, ada sediakan platform untuk kita rujuk, sila berurusan
dulu sebagai customer sebelum nak join sebagai dropship.
6. Jika memilih bisnes agen dan stokis, pastikan pihak
syarikat tu tidak menjual banyak-banyak produk dan berbeza niche. Pastikan
syarikat bertanggungjawab setiap kali ada isu berbangkit, syarikat sediakan
platform tool marketing, HQ tidak menjual direct kepada pengguna, syarikat
mengawal harga, HQ tidak berniaga di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada.
7. Jangan terpengaruh dengan produk yang viral dan nampak banyak permintaan namun
hanya untuk satu tempoh tertentu sahaja, sistemnya hanya merugikan kita namun
memberikan keuntungan banyak kepada satu pihak sahaja. Kita struggle dalam
bisnes ini biarlah berbaloi sahabat. Umur kita bukan makin muda kan? Banyak
lagi komitmen dan impian kita belum tertunai.
Alhamdulillah Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya dan akhirnya Idah bertemu dengan Bisnes Shaklee. Bila tahu sahaja Shaklee ni MLM, Idah terus rasa fobia namun disebabkan Shaklee Effect yang Idah rasa, masya Allah...
Bermulalah episod sebagai SID Shaklee
Pada tahun 2014, Idah mencari solusi untuk bantu badan
lebih sihat bertenaga, atasi masalah kekurangan kalsium ketika hamil dan baik
pulih bekas luka czer yang ketika itu baru 1 tahun lebih. Anak satu hingga ketiga,
Idah belum ada ilmu tentang supplement, nutrisi. Idah hanya beli produk
kesihatan untuk ibu hamil itupun pilih yang bagus untuk anak sahaja.
Masa mengandungkan anak yang ke empat, kesihatan Idah
semakin drop. Dengan luka czer yang baru setahun dan sudah terhamil. Idah
terpaksa menanggung kesakitan luka czer terutama bila bayi dalam kandungan
makin membesar. Alahan teruk, sakit saraf tangan hingga rasa nak putus, bahu
rasa pikul beban yang berat, sakit gigi geraham bongsu, alami simpul biawak,
kaki membengkak, tiada tenaga dan paling tak tahan luka czer rasa nyut nyut.
Klinik jadi rumah kedua Idah. Setiap minggu mesti kena ziarah.
Syukur Alhamdulillah, saat itu Allah buka jalan pertemuaan Idah dengan sahabat lama. Idah selalu baca apa yang dia update. Masa tahun 2013 tu dia dah start sharing pasal Shaklee. Masa itulah Idah start kenal Shaklee hasil daripada sahabat tu update setiap hari. Hujung December 2013 kemuncak kesihatan Idah makin drop, Idah terus
google nak cari info untuk solusi kepada masalah Idah. Sekali taip vitamin untuk ibu hamil, berderet keluar
Shaklee, Shaklee, Shaklee. Dengan yakinnya Idah terus hubungi sahabat Idah
untuk minta nasihat dan pandangan. Dia syorkan Idah ambil Ostematrix ketika
itu dan bermulalah perjalanan Idah mengamalkan
Set Hamil Shaklee.
Dengan izin Allah, berkesan. Idah ingat lagi genap
seminggu makan hanya Ostematrix, Idah tak alami simpul biawak ketika tidur, Idah dapat tidur
nyenyak, sakit nyut nyut bekas luka czer makin kurang, badan rasa segar bila
bangun pagi, sakit gigi lepas cabut pun beransur hilang. Masya Allah
Tabarokallah.
Idah terus sign up ahli yang ketika itu yuran keahlian
RM79.50 dan dapat beg starter kit. Ada banyak info tentang bisnes Shaklee,
pelan pampasan, pelan pemasaran, info produk dan lain-lain. Oleh kerana Idah
dapat Shaklee Effect yang sangat best, sahabat selaku upline Idah sarankan agar
Idah berkongsi kebaikan dan testimoni tersebut, secara tak langsung Idah
terjebak dengan bisnes MLM Shaklee.
Idah start join kelas-kelas bisnes di bawah Shaklee dan upline. Belajar dan memahami
pelan pemasaran yang Shaklee tawarkan. Subhanallah memang best sahabat. Di Malaysia
ada 500 MLM company, kenapa Shaklee adalah MLM terbaik dan menjadi pilihan
Idah?
5 sebab kenapa Bisnes Shaklee jadi pilihan
1.Kekuatan Syarikat
Kita bukan nak bisnes untuk 3, 5 tahun sahaja kan sahabat?
Insya Allah selama-lamanya. Kita struggle bina empayer bisnes dan kita dapat
pulangan yang setimpal. Jadi kita tak rasa letih dan rugi. Dan sudah tentu kita nak bisnes kita ini
boleh diwarsi oleh anak-anak dan keturunan kita. Setuju ke setuju?
Alhamdulillah, Shaklee merupakan syarikat MLM yang sudah
terbukti mampu bertahan lama dalam ‘cycle’ ekonomi dunia. Sekurang-kurangnnya
lebih dari 50 tahun.
Kenapa 50 tahun ?
Sebab syarikat MLM itu sudah berjaya ‘survived’ 5 kali
kemelesetan ekonomi dunia. Terbukti kewangan mereka kuat, sistem mereka berjaya
dan produk mereka bagus. Sahabat boleh sejarah tentang bagaimana CEO Shaklee,
Roger Barnett memilih bisnes Shaklee, apa yang dia lakukan.
Shaklee sangat menjaga kebaikan para pengedarnya terutama
bila ada isu berbangkit, isu fitnah, isu stok. Masya Allah memang puas hati
dengan services yang Shaklee sediakan. Kita sebagai pengedar mereka pun rasa
seronok berbisnes. Sebab kita ada support yang kuat daripada syarikat sendiri.
Shaklee turut membantu juga segi untuk memastikan
pengedar-pengedar Shaklee dapat majukan diri dan team ke arah yg lebih baik dan
berjaya. Sediakan Conference sama ada di Malaysia atau luar negara. Sediakan
kelas² nutrisi untuk semua pengedar dan menjemput master² yang telah berjaya
capai income 5-6 angka sebulan untuk membuat perkongsian serta mengajar teknik
terkini dalam bisnes online Shaklee ini. Masya Allah.
2. Pelan Pemasaran yang patuh syariah, adil dan telus
Peluang yang Shaklee tawarkan kepada para pengedarnya
memang sangat adil. Tiada penindasan. Tiada istilah orang bawah buat kerja,
orang atas dapat untung, TIADA. Shaklee tak ada sistem dropship atau stokis
yang memerlukan kita keluarkan modal besar untuk beli stock dan untung dibahagi
mengikut pangkat. Tapi dalam Shaklee, semua pangkat layak untuk dapat UNTUNG
dan CASH BONUS yang SAMA. Tak ada perbezaan harga dengan ahli baru atau ahli
lama, dengan supervisor atau master. Kami semua menggunakan harga produk jualan
yang sama.
Kita dan downline dibayar bonus oleh syarikat terus tanpa perlu
memikirkan berapa nak diagihkan kepada downline. Tiada. Itu semua Shaklee dah
sediakan, Shaklee yang uruskan. Kita struggle yang berbaloi sahabat. Tak perlu
pening kepala, Shaklee dah sediakan semuanya. Kita boleh tentukan berapa income atau gaji yang kita nak dan untuk realisasikannya kita yang bertindak. Bonus
Shaklee unlimted sahabat. Best ke best?
3. Tak perlu beli stok, hanya perlu jadi pengguna tegar
Shaklee
Masya Allah ini pun best. Memang bisnes yang Idah sangat
suka. Sebagai SID yang berbisnes kita boleh je bergerak sebagai dropshipper.
Sebab Shaklee dah sediakan satu platform website jualan yang sangat mudah,
sistematik. Urusan pengeposan pun Shaklee yang aturkan. Tugas kita cari jualan,
dapat hasil terus buat belian di website dan customer tunggu barang sampai.
Kita consume Shaklee dan sebarkan kebaikan apa yang kita dapat dengan orang
lain, hah inilah modal kita sahabat. Berkongsi dengan orang lain kisah kita.
Kitalah duta produk Shaklee. Lega sangat part ni. Memang sesuai sangat untuk
surirumah yang nak berbisnes.
4. Bisnes dihujung jari tanpa perlu keluar rumah
Yessza! Bisnes Shaklee memang fleksibel sahabat. Di
mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Tiada peruntukan waktu bekerja. Syarikat
menyediakan platform kelas untuk belajar nutrisi, kelas bimbingan perniagaan
secara online, bahan rujukan, sistem website yang responsive. Kita boleh pantau
bisnes dengan mudah sekalipun kita tengah travel di mana-mana, kita bukan
berada di Malaysia sekalipun still boleh berbisnes online Shaklee.
Inilah kelebihan
bisnes Shaklee sahabat. Bermula dari awal pendaftaran ahli, pembelian produk,
penghantaran produk, segalanya dihujung jari. Surirumah seperti Idah sudah
pasti memilih bisnes begini. Dan paling penting dapat menjaga diri Idah sebagai
wanita, isteri dan ibu dengan lebih
baik. Tak perlu jumpa orang secara berdepan, aurat dan pandangan dapat dijaga
sebaiknya. Semoga Allah merahmati diri kita. Berbeza dengan lelaki. Once mereka
buat bisnes online, potensi untuk besarkan network tiada halangan.
5. Bisnes Bermentor
Alhamdulillah ini juga kunci kenapa Idah pilih bisnes
Shaklee. Bisnes bermentor. Ada bimbingan daripada upline –upline. Mereka
bertindak sebagai guru kita. Di saat kita baru nak bermula, mereka lah yang
mengajar kita, membimbing, membantu mencari jalan bagaimana untuk melihat kita berjaya
seperti mereka juga.
Dalam komuniti Shaklee ni, Idah dapat lihat upline-upline
ni berusaha sehabis baik untuk melihat anak-anak downline gapai impian
masing-masing. Saling berkasih saying seperti saudara mara sendiri, ukhwah
terjalin erat dan sentiasa menarik tangan kita untuk jalan bersama-sama. Ingat
sahabat, setiap kejayaan seseorang itu pasti ada guru yang hebat dibelakang
beliau. Ada support group dan berada dalam circle yang baik, positif dan saling
menyokong antara satu sama lain.
Bukan sekadar ilmu bisnes dan ilmu marketing dunia sahaja malah dapat juga belajar ilmu akhirat. Setiap kali kelas upline-upline akan sentiasa mengingatkan tentang Allah, hakikat kaya, hakikat memberi. Kerana kaya yang sebenar buka harta namun adalah kaya jiwa.
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
“Bukanlah
kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati
(jiwa)."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim,
No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137
Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)
Pengajaran :
1. Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta.
Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah
dimilikinya, sentiasa berusaha untuk menambah hartanya.
2. Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang
yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak
tamak dalam mencari harta.
3. Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan
akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT,
sesama manusia dan makhluk yang lain.
Kesimpulannya,
Seronok kan sahabat bila kita tahu ada Bisnes Online yang
boleh kita mulakan tanpa modal? Namun begitu, walaupun dengan Shaklee kita
boleh buat bisnes tanpa modal, ada DUA MODAL yang memerlukan komitmen sahabat.
Inilah mahar yang sebenarnya. Apa pun insya Allah andai sudah
bersungguh-sungguh , dua modal ini bukan halangan.
1. Modal Masa : Displin, istiqomah dan komited dengan
MASA yang kita peruntukan setiap hari untuk bisnes online.
2. Modal Ilmu : Konsisten
mencari ilmu, upgrade ilmu dan meningkatkan kemahiran yang ada untuk mebina
bisnes online.
Apakah kelebihan
memiliki sebuah Perniagaan Shaklee?
1. Hak
pengedaran eksklusif kepada produk kualiti tinggi.
2. Nutrisi
Tambahan, terbukti dengan sains dan sejarah 100 tahun.
3. Pembersih
Rumah yang pekat dan mesra alam.
4. Produk
Penjagaan Kulit Yang Terbukti Secara Klinikal untuk kulit yang lebih muda.
Perniagaan jualan langsung yang tulen :
1. Shaklee berisiko rendah dan memerlukan kos hanya RM35 untuk
memulakan perniagaan.
2. Shaklee mempunyai rekod pencapaian lebih dari 67 tahun
dalam perniagaan dan lebih daripada 100 tahun inovasi dalam produk pemakanan.
3. Shaklee menyediakan peluang latihan dan pembelajaran
untuk anda memulakan perniagaan dan membantu kita berkembang.
4. Shaklee mempunyai Pelan Pampasan yang mewah, dimana ia
tidak mengehadkan berapa banyak yang kita boleh peroleh dan memberi ganjaran
apabila kita membantu orang lain di dalam kumpulan anda yang telah berjaya.
5. Perniagaan Shaklee adalah milik kita dan kita tentukan
waktu bekerja, mengakses 24/7 dari mana-mana sahaja di Malaysia dan juga
seluruh pelosok dunia.
6. Kita boleh mengumpul mata untuk melayakkan diri ke
Lawatan Serantau dan Antarabangsa dan peroleh lebih banyak mata untuk membawa
keluarga
7. Shaklee mengekalkan etika jualan dan perilaku
perniagaan beserta menguatkuasakan Kod Etika.
8. Perniagaan Shaklee kita boleh menjadi sebahagian
daripada warisan keluarga kerana anak-anak boleh mewarisi perniagaan kitaSahabat,
Best ke best? Alhamdulillah.
Sahabat nak berbisnes online Shaklee dan join under team AFIZART GROUP boleh terus daftar dahulu di sini dan terus whatsapp Idah di 013-9097825. Insya Allah Idah
bantu sahabat capai dan gapai impian bersama Shaklee. Penuhi impian kita dan
keluarga dengan Shaklee.
No comments:
Post a Comment