Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Friday, 7 April 2023

Vitamin Kulit Harga Rahmah

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca setia blog AFIZART, 
Semoga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. 

ISLAM menitikberatkan ketampanan atau kecantikan dalam penampilan serta kekemasan diri yang perlu dijaga bagi menunjukkan imej agama yang bersih. Menjaga kecantikan dan kesihatan memang dianjurkan dalam Islam. 

Rasulullah SAW sendiri menggesa agar kita sedaya upaya menghilangkan keaiban yang ada pada diri kita, menjaga kecantikan, tampil rapi dan disenangi oleh sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan kita.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan amat sukakan kecantikan. la sukakan melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta ALLAH benci kesusahan dan bala bencana. (Riwayat al-Baihaqi)

Perasaan sentiasa ingin kelihatan cantik adalah naluri semula jadi yang ada di dalam diri semua orang. 

"Naluri ini jika tidak dibimbing dengan ilmu dan hidayah daripada ALLAH SWT, memungkinkan seseorang itu menjadi lupa diri, mengikut hawa nafsu, tidak bersyukur dan sanggup melanggar batas syariat yang dibenarkan," -Dai Hamidah-

Kecantikan dan wanita ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Setuju ke setuju? Jerawat naik seketul dua pun boleh mendatangkan kemurungan, bayangkan jika sahabat alami masalah jerawat batu? Idah yakin pasti sahabat akan mencari 1001 cara nak hilangkan jerawat tu kan? 

Idah tak cakap orang lain sebab Idah sendiri macam tu, naik seketul dua pun dah mula rasa tak selesa. Mulalah jari jemari lentik ni nak pegang tempat jerawat itu dan yang paling kerap kita lakukan, kita kerap memicit jerawat. 

Perasan tak apabila kita memicit jerawat, tak lama kemudian mesti muncul jerawat dekat bahagian lain? Macam magik. Tapi sebenarnya tabiat begini tidak digalakkan, apatah lagi ia meningkatkan risiko untuk munculnya parut jerawat.

Awas! Jangan picit jerawat gunakan jari secara terus.

Tuesday, 2 August 2022

Chewable Vitamin C Shaklee Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Ok ramai yang bertanya adakah vitamin C yang terbaru daripada Shaklee ni sesuai diambil oleh kanak-kanak? Seawal usia berapa? Sebelum menjawab soalan-soalan sahabat, suka Idah nak kongsikan standard dose vitamin C yang boleh diambil oleh setiap peringkat umur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom sahabat, kita sama-sama rujuk jadual di bawah ini ye. 

Tuesday, 26 July 2022

Produk Baru Vita-C 250 mg Chewable Shaklee

Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk kesihatan gigi, gusi dan secara umumya, semua yang membentuk tubuh anda. 
Vita-C 250 mg Chewable Tablets sesuai untuk individu yang mengalami kesukaran menelan tablet atau tidak makan makanan yang kaya dengan vitamin C secukupnya.
VITAMIN C dalam bentuk yang boleh dikunyah sesuai untuk mereka yang ingin menikmati rasa segar. Bawa ia bersama anda di dalam beg dan masukkan ke dalam mulut untuk menikmati kebaikan buah sitrus, pada bila-bila masa, di mana sahaja!
Harga sebotol Vita-C 250 mg Chewable Shaklee
  • Harga pasaran RM56.25
  • Harga ahli RM45.00 (daftar ahli RM35)
  • Sebotol ada 90 tablets
  • Bertahan hingga 3 bulan jika mengambilnya satu tablet sehari

Keistimewaan Vita-C Chewable Shaklee