Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Friday, 7 April 2023

Vitamin Kulit Harga Rahmah

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca setia blog AFIZART, 
Semoga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. 

ISLAM menitikberatkan ketampanan atau kecantikan dalam penampilan serta kekemasan diri yang perlu dijaga bagi menunjukkan imej agama yang bersih. Menjaga kecantikan dan kesihatan memang dianjurkan dalam Islam. 

Rasulullah SAW sendiri menggesa agar kita sedaya upaya menghilangkan keaiban yang ada pada diri kita, menjaga kecantikan, tampil rapi dan disenangi oleh sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan kita.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan amat sukakan kecantikan. la sukakan melihat kesan-kesan nikmat kepada hamba-Nya serta ALLAH benci kesusahan dan bala bencana. (Riwayat al-Baihaqi)

Perasaan sentiasa ingin kelihatan cantik adalah naluri semula jadi yang ada di dalam diri semua orang. 

"Naluri ini jika tidak dibimbing dengan ilmu dan hidayah daripada ALLAH SWT, memungkinkan seseorang itu menjadi lupa diri, mengikut hawa nafsu, tidak bersyukur dan sanggup melanggar batas syariat yang dibenarkan," -Dai Hamidah-

Kecantikan dan wanita ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Setuju ke setuju? Jerawat naik seketul dua pun boleh mendatangkan kemurungan, bayangkan jika sahabat alami masalah jerawat batu? Idah yakin pasti sahabat akan mencari 1001 cara nak hilangkan jerawat tu kan? 

Idah tak cakap orang lain sebab Idah sendiri macam tu, naik seketul dua pun dah mula rasa tak selesa. Mulalah jari jemari lentik ni nak pegang tempat jerawat itu dan yang paling kerap kita lakukan, kita kerap memicit jerawat. 

Perasan tak apabila kita memicit jerawat, tak lama kemudian mesti muncul jerawat dekat bahagian lain? Macam magik. Tapi sebenarnya tabiat begini tidak digalakkan, apatah lagi ia meningkatkan risiko untuk munculnya parut jerawat.

Awas! Jangan picit jerawat gunakan jari secara terus.