kad Ucapan dari kami
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia
blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan
kesihatan yang lebih baik Insya Allah.
Masya Allah inilah harinya sahabat. Di kesempatan ini kami AFIZART Family nak mengucapkan kepada pembaca setia blog,
Indahnya langit kerana awan,
Indahnya laut kerana kebiruan,
Indahnya Ramadan kerana keinsafan,
Indahnya Syawal kerana kemaafan,
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon ampun dan maaf atas segalanya,
Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444h
Maaf Zahir dan Batin.
Alhamdulillah tahun ni, Idah berpeluang beraya bersama dengan adik-beradik di rumah pusaka peninggalan arwah Abah dan Mak. Setelah 3 tahun tidak berkumpul, tahun ni Allah izin berkumpul enam beradik.
Ziarah jiran-jiran tetangga,
Ziarah sahabat-sahabat arwah mak abah,
Ziarah kubur arwah mak abah,
Join alumni sekolah menengah
Sahabat macamana? Semoga semuanya baik-baik hendaknya.
sedikit coretan gambar di hari raya. meriah alhamdulillah
#teamrayaPahang
Gambar-gambar dari sebelah Terengganu
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua. Semoga sahabat berbahagia dan bergembira dengan keluarga tersayang pada Hari Raya Puasa kali ini.
No comments:
Post a Comment