Wednesday, 17 November 2010

Menu di Aidil Adha

Juadah yang sempat idah siapkan sebelum pulang ke kampung hanya dua jenis rendang.Oleh kerana kat rumah ni penghuninya kurang dengan daging, maka nya idah telah buat dua2 rendang ayam. Rendang Ayam Cili Api dan Rendang Kerutuk.

1.Rendang Ayam Cili Api

Bahan-bahan diperlukan
1. satu ekor ayam yang telah dipotong mengikut citarasa anda.(idah potong kecil2 supaya mudah masuk dalam mulut.)
2.Bawang Merah di mayang
3.Bawang Putih dimayang
4.Halia dikisar sampai halus
6.Lengkuas dikisar sampai halus
7.Serai yang dipotong halus2
8. Cili Padi dalam 20biji ikut selera ye...
9. Kunyit hidup dikisar
10.Garam
11.Perasa
12.Asam Jawa
14.Daun Kunyit
15.Minyak Masak
16.Santan pekat

Cara-cara masak:-
1.Panaskan minyak masak, masukan bahan2 seperti bawang putih,bawang merah,kunyit,halia,serai,cili padi(yang telah dikisar atau ditumbuk lumat).Masak sehingga naik bau.Gaulkan sehingga sebati.

2.Masukkan Ayam,gaulkan sehingga sebati.Tutup dan biarkan daging ayam empuk sebentar...maybe dalam 15-20minit.

3.Bila sudah agk empuk daging ayam,masukkn santan pekat,garam,asam jawa dan manisan(gula kabung).Masak sehingga betul2 kering.Kemudian taburkan daun kunyit.

4.Sedia dihidang.

------------------------------------------------------------------------------------

2. Rendang kerutuk

- resepinya idah ikut seperti yang telah tertera pada rempah kerutuk tersebut.idah guna rempah kerutuk adabi.


Salam Sayang
Ummu Hanani
Dapur Teratak 23

2 comments:

  1. Wah... nampak sedap.
    Kak Yati suka rendang kerutuk atau ada yang panggil kerutup. Cuma perencah kerutuk ni susah sikit nak jumpa kat sini. :)

    ReplyDelete
  2. idah pun suka kak..
    kat sini mudah aje nak dapatkannya
    idah guna yang adabi..
    hentam keromo aje masak..
    yg penting sedap..

    ReplyDelete