Sunday 25 February 2018

Throwback - Mula Sesi Persekolahan 2018


Alhamdulillah syukur selesai urusan anak-anak sekolah hari ni. Seperti tahun lepas, pembukaan sekolah dengan musim tengkujuh, harung air bah lagi tahun ni.

Syukur tahun ni tak lagi berpayungkan air hujan yang mencurah-curah seperti tahun lepas. ALLAH berikan rezeki yang lebih baik tahun lepas dan semoga tahun ni lebih lebih baik lagi.

Ada budak excited bebenor nak sekolah. Siap awal pagi lagi, menggesa Abahnya untuk ke sekolah. Alhamdulillah. Mudah sangat tahun ni daftar anak-anak tahun sebab adik sangat independent.

Tahun lepas seminggu ummi terpaksa ikut sekali Abam join dalam kelas. Macam macam ragam si Abam Fateh buat.

Lega sangat ummi.

Kakak & Kak Ngah pun tahun baju berubah color dan excited nya lebih juga.

Alhamdulillah.

Catatan sesi persekolahan 1 Jan 2018.

-ZA-

Thursday 4 January 2018

Kek Minyak Oren Style Klasik Kesukaan Ummi


Catatan Ummi 3/1/18,

Alhamdulillah. Tahun ni permulaan ummi tanpa anak-anak di sisi. Semua dah masuk alam persekolahan.

Rasa sunyi sebab dah xde teman pot pet pot pet, teman tengok tanyalah ustaz, teman tengok kartun, teman main ketuk2 kuali pinggan mangkuk, teman pergi pejabat pos dan teman tidur waktu tengahari.

Hah rasakan lah ummi oii, nak sangat ME TIME kan? Huhuhu. Apa pun Ummi bersyukur sebab anak-anak suka pergi sekolah.Bangun pagi pun mudah. Tak perlu nak susah payah kejut bagai. Walaupun kakak2 amik masa juga nak bangun berbanding adik2.

Oklah sebab ummi dapat ME TIME, maka nya azam ummi tahun 2018 ni nak asah skill memasak.
Nak rajin masak-masak. #sayamasak bakal beraksi. Maka nya hari ni berlaku satu kejadian. Ummi "membaking cake". Gigih google resepi. Syukur alhamdulillah Allah bagi rasanya sedap..gebu..semangat ummi nak buat lagu nanti. Senang je.

Alhamdulillah.

Teratak Ummi, 

~Idah Afizart~
Sihat itu Jihad

Monday 25 December 2017

Musim Buah Durian Di Malaysia



Bila adik update dalam grup family.

Pokok durian kat kebun ni hasil nya, lagi rasa meroyan nak balik kampung.
Raja buah ni tengah hot dan harga nya pun boleh tahan agak mengancam uolss.


Takpe sabar Cikidah. Sabar sabar. Mulut ni dah rasa macam mulut baby umur 6 bulan yang suka meleleh ayaq liur.  Korang pun jangan meleleh juga tau. Ummi tak bertanggungjawab.

 

~Ummu Hanani Al Fateh~

Saturday 21 January 2017

Cuti-cuti Malaysia Trip ke Melaka Dec 2016

Assalamualaikum Sahabat blog AFIZART ,
Semoga semua dalam keadaan ceria selalu. Cuti kemana tu sahabat? Idah sekeluarga alhamdulillah berkesempatan cuti-cuti Malaysia. Jom Idah citer ye. Selamat membaca. 
 
Biarpun citer dah lama, baru nak update blog. Alhamdulillah bulan December 2016 yang lepas Idah satu family bercuti ke Melaka. Dah lama sangat Idah tak datang Melaka, banyak sangat yang dah berubah. Kali ni berpeluang pergi bersama suami dan anak-anak pulak. Lagi best. hihi. 

Perjalanan start balik kampung ziarah Mak dulu kat Pahang 9/12/16 hingga 11/12/16. Pagi Ahad terus bertolak dari rumah mak ke Melaka. So far best la walaupun banyak ragam masa dalam percutian tu. Hotel yang ditempah pun best, bilik luas dengan harga yang ok.

Hanya sempat ziarah beberapa tempat je antaranya :
  • Banda hilir Muzium kapal dan kawan sekitar
  • Menara Taming Sari
  • Kota A Famosa
  • Pirate Adventure
  • Dataran Pahlawan
  • Freepot A Famosa Alor Gajah
lain-lain lupa dah..hahaha...aternya dah lama benor pergi. Ok lah jom layan beberapa gambar pulak sambil2 baca leh jamu mata dengan gambar.























Alhamdulillah dapat juga gi Freeport A Famosa Village ni. So far memang best lah kat sikit. Jalan jalan window shopping, tapi Idah suka tengok rekasebina bangunan kat situ.

Lepas ni plan nak ke mana pulak ye? cer kawan2 suggest tempat best.


~Catatan Ummu Hanani Al Fateh~
Nak Order MAB? SHAKLEE?

Contact : KLIK DI SINI