Showing posts with label DAPUR UMMI. Show all posts
Showing posts with label DAPUR UMMI. Show all posts

Thursday, 4 January 2018

Kek Minyak Oren Style Klasik Kesukaan Ummi


Catatan Ummi 3/1/18,

Alhamdulillah. Tahun ni permulaan ummi tanpa anak-anak di sisi. Semua dah masuk alam persekolahan.

Rasa sunyi sebab dah xde teman pot pet pot pet, teman tengok tanyalah ustaz, teman tengok kartun, teman main ketuk2 kuali pinggan mangkuk, teman pergi pejabat pos dan teman tidur waktu tengahari.

Hah rasakan lah ummi oii, nak sangat ME TIME kan? Huhuhu. Apa pun Ummi bersyukur sebab anak-anak suka pergi sekolah.Bangun pagi pun mudah. Tak perlu nak susah payah kejut bagai. Walaupun kakak2 amik masa juga nak bangun berbanding adik2.

Oklah sebab ummi dapat ME TIME, maka nya azam ummi tahun 2018 ni nak asah skill memasak.
Nak rajin masak-masak. #sayamasak bakal beraksi. Maka nya hari ni berlaku satu kejadian. Ummi "membaking cake". Gigih google resepi. Syukur alhamdulillah Allah bagi rasanya sedap..gebu..semangat ummi nak buat lagu nanti. Senang je.

Alhamdulillah.

Teratak Ummi, 

~Idah Afizart~
Sihat itu Jihad

Wednesday, 5 August 2015

Sambal Tumis Tempoyak Ikan Bilis Dari Dapur Ummi

 Alhamdulillah, Idah ni asalnya orang Pahang. Lahir di Raub. :) So tempoyak dengan Idah ni memang sejak dari kecil lagi tau Idah dah makan. Tengok mak buat tempoyak macamane.

1/8/2015 hari tu Idah upload gambar sambal tumis tempoyak ni ramai pulak yang minta resepi. Idah masak ni main campak2 jer. Namun demi memenuhi permintaan kawan2 FB, maka Idah upload dalam blog ye.

Lagi mudah kawan2 nak rujuk.  Tadaaa ini lah rupanya sambal yang idah buat. Ok untuk resepi kawan-kawan baca di bawah ye. InsyaALLAH mudah dan pastinya sedap. 



 Resepi Ummi yang simple but osem tau :-

Bahan-bahan :

  1. Ikan bilis (ini suka hati koranglah..suka banyak letaklah banyak)
  2. Cili Padi - 10biji atau lebih ikut suka
  3. Bawang Merah Kecil - 2 biji
  4. Bawang Putih - 3 biji (ni pun ikut selera ye)
  5. Bawang Merah Besar - 1 biji (potong bulat)
  6. Tempoyak - 3 sudu besar (jika suka lebih pun tak pe)
  7. Garam secukupnya
  8. Perasa - 1 sudu kecil
  9. Minyak masak

Cara- Cara memasaknya..simple je :-

1. Tumbuk semua bahan 1 - 4 sehingga betul2 lumat.
2. Kemudian masuk tempoyak dan tumbuk sekali untuk bagi sekata semua bahan.
3. Panaskan minyak masak dan sedia untuk tumiskan semua bahan yang sudah di tumbuk tadi.
4. Bila sambal sudah separuh masak, Masukkan bawang merah besar yang telah di potong bulat tadi. Masukkn garam dan perasa juga ye.
5. Siap! Tak lama pun masak sambal ni..dalam 10minit je macam tu. Pastikan lada betul2 masak ok. Baru sedap.

Itu je kot...Maaf la bab nak menulis resepi dan cara masak ni Idah perlu banyak belajar lagi ni.
Selamat Mencuba semua. Oooppsss... jangan lupa tau lepas makan elok sangat ambil OMEGA GUARD dan Herbalex. Bantu bakar balik kalori dan juga untuk detox usus. Kasi clean & clear balik.


Untuk Order Vitamin Shaklee,
Klik link ni ye : Order Shaklee