Thursday, 4 January 2018

Kek Minyak Oren Style Klasik Kesukaan Ummi


Catatan Ummi 3/1/18,

Alhamdulillah. Tahun ni permulaan ummi tanpa anak-anak di sisi. Semua dah masuk alam persekolahan.

Rasa sunyi sebab dah xde teman pot pet pot pet, teman tengok tanyalah ustaz, teman tengok kartun, teman main ketuk2 kuali pinggan mangkuk, teman pergi pejabat pos dan teman tidur waktu tengahari.

Hah rasakan lah ummi oii, nak sangat ME TIME kan? Huhuhu. Apa pun Ummi bersyukur sebab anak-anak suka pergi sekolah.Bangun pagi pun mudah. Tak perlu nak susah payah kejut bagai. Walaupun kakak2 amik masa juga nak bangun berbanding adik2.

Oklah sebab ummi dapat ME TIME, maka nya azam ummi tahun 2018 ni nak asah skill memasak.
Nak rajin masak-masak. #sayamasak bakal beraksi. Maka nya hari ni berlaku satu kejadian. Ummi "membaking cake". Gigih google resepi. Syukur alhamdulillah Allah bagi rasanya sedap..gebu..semangat ummi nak buat lagu nanti. Senang je.

Alhamdulillah.

Teratak Ummi, 

~Idah Afizart~
Sihat itu Jihad

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews