Saturday, 11 March 2023

Bersangka Baik Eratkan Silaturrahim

 

 

Berdakwah biar berhemah dan ramah bukan marah-marah. Gunakan cara menerang bukan menyerang, membimbing bukan menunding, mendidik bukan mengherdik.

Walaubagaimanapun, dakwah dan nasihat bukanlah merupakan kesempatan untuk kita menilai kesalahan orang lain. Namun ianya adalah ajakan dan kesedaran untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu.

Sebenarnya perbuatan yang tidak baik adalah suka menilai tentang orang lain namun gagal menilai diri sendiri. Suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain sedangkan andaian itu belum tentu menepati kriteria yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, jauhilah daripada bersangka-sangka terhadap orang lain kerana ia akan mendorong kita terjebak untuk melakukan dosa.

-Ustazah Rosnah Yahya-

Dakwah itu cinta, kasih sayang dan silaturrahim. Semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah swt selalu insya Allah. Ya Allah, berkatilah masa yang Engkau kurniakan untuk kami supaya setiap kesibukan yang ada tidak melalaikan kami daripada mengingati dan beribadah kepada-Mu. Aamiin.

Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE


Friday, 10 March 2023

Bisnes Shaklee | Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee


Bismillah, 
Hi sahabat AFIZART blog. Semoga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Baca tajuk dah best kan?  
 
Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee
 
Alhamdulillah Raya tahun ni nampaknya pengedar-pengedar akan tersenyum kegembiraan sebab tarikh bonus Shaklee jatuh pada tengah bulan iaitu pada 14 April, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 1444h. Alhamdulillah banyak perkara kita boleh bahagikan untuk keperluan dan persiapan raya.

Sepanjang menjalankan bisnes Shaklee dan pengalaman bersama dengan komuniti Shaklee, so far belum pernah lewat menerima bonus Shaklee. Geng duit raya awal itulah team dan organisasi kami, pengedar-pengedar Shaklee Malaysia. Dan kebiasaannya, bonus akan masuk lebih awal dalam dua ke tiga hari macam tu. Namun tetap on time, Alhamdulillah. 
 
Sudah 9 tahun Idah join ahli, pernah aktif berbisnes Shaklee dan juga pernah " merehatkan diri" selama 6 tahun, namun syukur Alhamdulillah Idah tetap menerima bonus dari Shaklee. Kadang 2 angka, kadang 3 angka, walaupun hanya makan sendiri kerana setiap bulan Idah akan kumpul point secukupnya. Ahli makan sendiri berkongsi ID dengan orang lain, ada manfaatnya juga kan? Best tau, sambil makan, dapat cash bonus dan part paling best macam bulan hadapan bonus jatuh sebelum raya Syoknya Raya. 

Thursday, 9 March 2023

Pengalaman Berpuasa Di Bulan Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee

 

Bismillah,
Salam ukhuwah sahabat AFIZART blog semua,
Semoga sahabat dalam rahmat Allah swt selalu insya Allah. Bagaimana persiapan sahabat untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama sahaja lagi?

Insya Allah semoga Allah swt sampaikan kita semua kepada Ramadan 1444h yang hanya berbaki lebih kurang 14 hari sahaja lagi. Debaran kian terasa alhamdulillah. Semoga Ramadan kali ini lebih baik insya Allah. Sahabat, entry kali ni Idah nak berkongsi dengan sahabat pengalaman Idah sendiri berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. 


Tak Kenal Maka Tak Cinta

Throwback saat Idah mengenali Shaklee adalah pada awal tahu 2014. Semuanya bermula kerana Idah mencari solution bagaimana nak tambah kalsium kerana sepanjang Idah hamil anak ke 4 tu, banyak masalah kesihatan yang Idah alami antaranya ;

Wednesday, 8 March 2023

Promosi Mac 2023 | Alfalfa Complex dan Lecithin

Hi sahabat AFIZART blog semua,

Alhamdulillah Promosi Mac 2023 untuk set detoks Alfalfa Complex dan Lecithin Twinpack hanya dengan RM100. Berbaloi-baloi untuk sahabat grab sepanjang bulan Mac 2023. Set detoks ini bantu proses kuruskan badan dengan lebih selamat, semulajadi dan berkesan. 

Tambahkan suplemen ini dalam pelan detoks sahabat untuk detoksifikasi badan yang sihat dan berkesan. Insya Allah. Jom kita tengok apakah kebaikan dan manfaat Alfalfa Complex dan Lecithin satu persatu.


Bertahun-tahun mengambil makanan tidak sihat boleh membebankan tubuh badan kita. Detoks dan bersihkan badan untuk menyingkirkan toksin supaya badan kita lebih bersedia menerima makanan yang menyihatkan.