Friday, 16 June 2023

5 Langkah Amalan Gaya Hidup Sihat

Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat. Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Untuk memulakan gaya hidup sihat, kita perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai ini tetapi malas untuk mulakannya. 

Ayuh, mulakan amalan gaya hidup sihat ini dengan 5 langkah ini!

Tuesday, 13 June 2023

Halatuju Pengajian Selepas SPM

Assalamualaikum sahabat pembaca blog kami semua,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat insya Allah.


8 Jun 2023 keputusan SPM diumumkan. Penuh dinding muka buku dengan ucapan tahniah, slip keputusan dan video-video. Alhamdulillah Idah tumpang gembira setiap kali membacanya. Dan alhamdulillah tahniah untuk kedua-dua orang anak buah Idah juga, masing-masing result mereka semuanya memang terbaik. 6A dan 7A masya Allah hebat-hebat anak-anak sekarang. Sapu bersih A, Idah dulu dapat 3A sahaja. Itupun dah bersyukur sangat-sangat. 

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews