Assalamualaikum sahabat pembaca setia blog kami.
Alhamdulillah semoga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat insya Allah. Sekarang kematian mengejut sudah banyak kita lihat dan dengar beritanya kan sahabat. Setiap yang hidup sudah pastinya akan mati jua. itulah pengakhiran kita di dunia ini namun perjalanan kita tidak terhenti di situ.
Idah ada dapat whatsapp dari seorang sahabat yang minta pandangan dan cadangan suplemen terbaik untuk kurangkan kadar asid urik. Jadi Idah fikir baik Idah terus menulis dalam blog agar dapat jadikan rujukan buat diri Idah dan sahabat-sahabat insya Allah.
Dalam entri ini insya Allah Idah akan kongsikan ;
1. Apa itu GOUT?2. Siapakah yang berisiko dapat gout3. Punca dan tanda-tanda penyakit gout4. Komplikasi5. Rawatan6. Pemakanan7. Cadangan suplemen terbaik untuk membantu
1. Apakah itu Gout?
2. Siapa yang berisiko mendapat sakit gout?Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Jika dibandingkan antara lelaki dan wanita, lelaki lebih berisiko untuk mendapat sakit gout. Nisbahnya boleh dikatakan 9:1 dan wanita yang telah melalui fasa menopaus berisiko tinggi untuk mendapat gout.
Siapa lagi?
Mereka yang mempunyai keturunan pernah menderita gout juga berisiko tinggi untuk mendapat sakit gout suatu hari nanti. Ini bukan disebabkan oleh masalah asid urik lagi tetapi disebabkan “genetic variants” yang mana menyebabkan buah pinggang tidak dapat keluarkan asid urik dengan sempurna. Secara umumnya gout ini dikaitkan dengan artritis iaitu radang pada sendi.
3. Tanda dan punca Gout
Punca yang membawa kepada asid urik tinggi dalam badan seseorang ialah;
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
i) Obes / gemuk / lebih berat badan. Individu ini mempunyai risiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat sakit gout berbanding individu normal. Mereka juga terdedah dengan risiko masalah metabolik. Individu yang mengalami masalah buah pinggang dan masalah hormon seperti hipo paratiroid juga terdedah kepada risiko gout.
ii) Kerosakan sel disebabkan oleh masalah sirosis dan kanser tulang sumsum.
iii) Senaman yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pencernaan otot dan menghasilkan purin.
iv) Gaya hidup yang tidak sihat iaitu stres dan tidur yang tidak mencukupi.
v) Pengaruh toksin yang berpunca daripada logam berat seperti plumbum yang terdapat dalam air minuman (jika tidak ditapis) yang datangnya daripada paip lama. Dinasihatkan untuk minum air tapis.
vi) Berpunca daripada racun-racun serangga (salah satunya sayur yang disembur dengan racun serangga).
vii) Peningkatan insulin dan pengambilan bahan-bahan yang mengandungi fruktosa yang datangnya daripada gula dan High Fructose Corn Syrup (HFCS).
Apa itu fruktosa dan kenapa ianya bahaya?
Gula putih yang sering diambil dalam minuman itu adalah sukrosa dan ianya terdiri daripada molekul utama iaitu glukosa dan fruktosa. Glukosa ini tidak mempunyai masalah kerana ia boleh digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.
Manakala fruktosa ini tidak digunakan oleh mana-mana sel dan ia dibawa terus ke hati. Apabila ianya dicernakan di hati, ini yang akan menyebabkan banyak masalah. Oleh itu, setiap individu perlu berhati-hati dengan pengambilan fruktosa tidak semulajadi.
Selain itu, lebih menakutkan 70-80% fruktosa akan ditukar menjadi Very Low Density Lipoprotein atau VLDL yang mana akan ini merupakan komponen yang menyebabkan obesiti.
Disamping itu, fruktosa juga boleh menghasilkan titisan lipid di hati yang boleh menyebabkan berlakunya sindrom hati berlemak dan boleh menyebabkan kerosakan hati. Ia juga boleh mengganggu nitric oxide pathway di dalam darah. Nitric oxide ini penting untuk pengembangan salur darah.
Jika paras nitric oxide rendah, salur darah akan menjadi sempit dan meningkatkan risiko darah tinggi. Ia juga boleh menyebabkan rintangan insulin meningkat seterusnya menyebabkan penyakit Diabetes.
Selain itu, fruktosa yang dihadam di hati boleh menghasilkan bahan-bahan kumuh seperti asid urik. Dalam kehidupan moden hari ini semua makanan kita mengandungi fruktosa.
Buah juga mengandungi fruktosa. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilan buah dan ia perlu diambil pada jumlah yang terkawal. Fruktosa dalam buah adalah lebih selamat dan semulajadi, ini kerana buah itu didatangi dengan serat, zat, bahan-bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, ambil buah dalam bentuk pakej di mana ada racun dan penawar, namun jika HFCS sahaja diambil itu hanya racun semata-mata.
Minuman manis, gula, pastri dan makanan manis akan meningkatkan asid urik. Dan sebenarnya gout ini terjadi disebabkan keradangan yang berlaku dalam badan seseorang itu. Asid urik juga boleh meningkat disebabkan oleh faktor dalaman. 1/3 individu yang mempunyai asid urik tinggi mengalami masalah gout.
Namun, tidak semua individu yang mempunyai masalah asid urik tinggi mempunyai gout. 7-9% juga tidak mempunyai masalah asid urik yang tinggi.
4. Komplikasi
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
5. Rawatan
Gout adalah
suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah
untuk mengatasinya.
a. Rawatan serangan akut(singkat)
Antara ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit gout adalah:
1. NSAiDs - Ubat utama untuk merawat sakit gout. Rasa sakit boleh berkurang dalam 4 jam selepas mengambil ubat ini. pesakit gout digalakkan mengambil NSAiDs selama satu atau dua minggu hingga kesakitan pada sendi hilang.
2. Colchicine - Ubat antiradang khas untuk merawat dan mengurangkan arthritis gout akut. Ia juga digalkkan mengambil secara tetap di antara serangan gout. Ubat ini juga boleh menghalang serangan gout jika mengambilnya pada peringkat awal.
3. Glucocorticoids - Steroid yang bertindak sebagai antiradang, juga diguna untuk merawat arthritis gout jika terdapat kontraindikasi apabila menggunakan NSAiDs.
4. Allopurinol - Untuk menghalang pembentukan asid urik dan untuk kegunaan terapi jangka panjang adalah selamat. Juga boleh digunakan untuk pesakit yang ada masalah buah pinggang.
b. Rawatan Jangka Panjang
👉 Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
b. Rawatan Jangka Panjang
👉 Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
6. Pemakanan
Apa itu purin?👉 Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin, jadi sahabat perlu elakkan dan kurangkan. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Purin adalah sejenis bahan kumuh protein dan seterusnya menghasilkan asid urik.
Satu perkara yang perlu sahabat tahu iaitu dalam Vivix ResV Shaklee ini mempunyai bahan-bahan antioksidan (polifenol) yang tinggi. Polifenol adalah satu kumpulan antioksidan. Resveratrol pula adalah sebahagian daripada polifenol.
7. Adakah suplemen boleh membantu atasi masalah Gout?
Selain daripada ubatan yang disenaraikan di atas, sahabat boleh cuba mengambil
suplemen semulajadi untuk memperbaiki dan merawat gout. Tapi perlu ingat
bahawa suplemen bukan ubat sebaliknya ia sebagai langkah untuk mencegah dan
menambah baik kesihatan kita.
Namun begitu, Idah ada cara untuk sahabat kurangkan Asid Urik . Cadangan Idah sahabat cuba dengan nutrisi tambahan iaitu Set Gout Shaklee. Jom kita tengok bagaimana vitamin yang ada dalam set ini membantu ;
KEBAIKAN SET GOUT SHAKLEE :
Alfalfa Complex
⚫Tumbuhan Alfalfa ini kaya dengan pelbagai nutrien termasuk Vitamin A, C, E, kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
⚫Agen detoks semulajadi yang menyingkir toksik dari badan.
⚫Mengawal keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Orang gout biasa asid urik tinggi, jadi anda perlukan Alfalfa untuk kawal.
Omega Guard
⚫Penting untuk pesakit gout yang ada gout bengkak teruk.⚫Ia mengandungi asid lemak Omega 3 termasuk EPA & DHA.
⚫EPA & DHA dipercayai membantu mengurangkan keradangan/bengkak pada sendi.
⚫Memelihara fungsi sendi.
⚫Juga membantu mengawal paras kolesterol & darah tinggi.
Performance Drink⚫Terbukti secara klinikal membantu menyokong tahap hidrasi berbanding air. Jadi ia sangat sesuai untuk orang gout perlu cukup air dalam badan.
⚫Mencegah dehidrasi
⚫Membantu menyingkir asid urik dan bahan yang tidak diperlukan keluar dari badan.⚫Sesuai untuk diminum oleh semua.
Bagaimana Vivix ResV Shaklee membantu atasi masalah Gout?
Satu perkara yang perlu sahabat tahu iaitu dalam Vivix ResV Shaklee ini mempunyai bahan-bahan antioksidan (polifenol) yang tinggi. Polifenol adalah satu kumpulan antioksidan. Resveratrol pula adalah sebahagian daripada polifenol.
Polifenol adalah bahan semulajadi yang wujud dalam buah-buahan, beri dan sayur-sayuran. Kajian mendapati bahawa pengambilan diet jangka panjang yang kaya dengan polifenol tumbuh-tumbuhan dapat menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Jom kita tengok bagaimana khasiat polifenol ni membantu atasi masalah gout;
1. Polifenol mengurangkan inflamasi (keradangan) akibat gout
Kajian terbaru dalam Journal Of Clinical Rheumatology pada 2016 menunjukkan polifenol mampu memberi kesan terapeutik dan kesan perlindungan dalam mencegah simptom dan gejala yang selalu menyerang pesakit gout.Keputusan kajian juga menunjukkan ia dapat merencat inflamasi dan mencegah daripada berlakunya pembengkakan.Selain itu ia juga dapat mencegah serangan tiba-tiba, serta dapat menurunkan paras serum asid urik dalam darah pada pesakit gout.2. Polifenol adalah antioksidan semulajadiAntioksidan adalah sifat sesuatu bahan itu bertindak mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.3. Mencegah asid urik berkumpul menjadi goutAda kajian menunjukkan polifenol memberi kesan anti-hiperuricemic iaitu kesan menurunkan paras asid urik.Pesakit gout biasanya mempunyai paras asid urik yang tinggi dan polifenol membantu mencegah pengumpulan protein purin yang membentuk kristal.4. Polifenol mencegah kerosakan buah pinggang pada pesakit goutTiga jenis penyakit buah pinggang yang berkait dengan gout - asid urik nephropathy akut, urate nephropathy kronik, uric acid nephrolithiasis.Asid urik yang berlebihan serta tidak di kawal mampu menyebabkan kerosakan buah pinggang serta menjadi batu karang.Pengambilan polifenol dapat membantu melindungi daripada kerosakan sel buah pinggang, mencegah kesan toksik dalam buah pinggang, serta merawat kesan yang berkaitan.Polifenol juga membantu pemecahan protein purin dengan sempurna dan mengeluarkannya melalui air kencing.5. Polifenol mengawal tekanan darah tinggi dan mencegah serangan jantungParas asid urik yang tinggi meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang, hipertensi (tekanan darah tinggi) serta kerosakan buah pinggang akut.Kajian mendapati polifenol membantu merencatkan oksidasi kolesterol jahat, menurunkan tekanan darah tinggi, memperbaiki fungsi otot dan fungsi buah pinggang serta melindungi jantung.Pengambilan polifenol memang amat membantu pesakit gout untuk pulih semula.
8. Benarkah Gout penyakit orang kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
9. Adakah Gout boleh diwarisi?
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan penting.
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat 👍✅
Jadi sahabat. berminat nak dapatkan Set Gout Shaklee, just klik ini insya Allah Idah sedia membantu 👉 https://linktr.ee/idafizart
---------------------
CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
No comments:
Post a Comment