Friday, 9 June 2023

Pengedar Shaklee Aktif Paka Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat pembaca setia blog kami,
Semoga sahabat sihat walafiat, ceria dan insya Allah sentiasa dalam rahmat Allah swt selalu.

Alhamdulillah sahabat pejam celik sudah 9 tahun Idah mengamalkan Shaklee. Dari asbab hanya makan sebagai satu solusi untuk kembalikan kesihatan pada tahap yang lebih baik dan akhirnya menjadi seoarang pengedar Shaklee yang aktif. 

Permulaannya, hanya dari status sebagai pengedar biasa yang tujuan hanya satu untuk makan vitamin Shaklee sahaja. Apabila makan, dapat kesan yang terbaik bermula episod berkongsi dengan keluarga, sahabat terdekat dan jiran sekampung. Idah ceritakan 'feedback' yang telah Idah rasai dengan menulis di Facebook, berkongsi di whatsapp dan group-group yang ada. 

Tanpa disangka dengan hanya berkongsi, ramai sahabat mula membuat belian. Idah bantu mereka dan alhamdulillah bulan pertama lagi Idah sudah layak menerima cash bonus pertama iaitu dalam 3 angka juga nilainya. Inilah 'turning point' Idah mula serius membina rangkaian kumpulan, membimbing dan membantu anak-anak 'downline' mendapatkan bonus juga. 

Alhamdulillah banyak kenangan pahit manis sepanjang perjalanan Idah menjadi Pengedar Aktif Shaklee. Idah kongsikan 3 pengalaman paling utama yang Idah lalui iaitu :
1. pengalaman membimbing team bisnes AFIZART Group
2. pengalaman memberikan konsultasi bersama pelanggan-pelanggan
3. pengalaman  menimba ilmu-ilmu yang meliputi semua aspek termasuk ilmu kepimpinan, motivasi, agama dan paling seronok ilmu-ilmu nutrisi samada dari upline, sideline, trainer-trainer luar, doktor-doktor yang pakar dalam bidang masing-masing serta dari Shaklee Malaysia khususnya.

Sejujurnya Idah memang suka dengan komuniti Shaklee ni sahabatWalaupun pernah ada perasaan nak 'quit' sahaja dari bisnes Shaklee namun Idah yakin pasti ada sesuatu yang indah sudah Allah aturkan untuk Idah dalam bisnes ini. Apabila mendengar perkongsian cerita daripada otai-otai lama tentang pengalaman mereka, MasyaAllah lagi kuat rasanya untuk Idah terus sabar, berjuang dan konsisten membina empayer bisnes Shaklee ini. 


Tahukah sahabat, di Malaysia sekarang sudah hampir 2 juta ahli yang berdaftar sebagai ahli yang sah. Ramai kan sahabat? Namun begitu, tidak semua ejen berdaftar menjadi Pengedar aktif produk Shaklee yang berkongsi kebaikan, membina empayar perniagaan, membina rangkaian dan menjana pendapatan. Ada dalam kalangan ahli atau ejen berdaftar hanya mahu menikmati kelebihan yang dikhaskan sebagai ahli berdaftar sahaja.

Jadi sahabat,untuk mendaftar sebagai ahli atau membeli produk Shaklee, penting sahabat memilih Pengedar Shaklee yang aktif. Kenapa penting? Ini adalah untuk memastikan sahabat dapat kelebihan-kelebihan yang lebih baik dan ianya bukan sahaja untuk hari ini namun berterusan sepanjang sahabat mengamalkan produk Shaklee. 

Selain itu, sahabat perlu bijak memilih Pengedar Shaklee yang betul-betul nak bantu sahabat. Walaupun ramai pengedar Shaklee di Malaysia namun pastikan pengedar tersebut seorang yang bijak dalam menguruskan penghantaran produk, pantas respon dan mudah dihubungi. Pilih juga pengedar yang komited berkongsi ilmu, info dan mempunyai rangakaian kumpulan yang luas di Malaysia. Andai sahabat memerlukan bantuan, mereka sebagai 'upline' iaitu sebagai penaja sahabat bersedia untuk membantu tanpa lelah. 


BERMULA DENGAN SET HAMIL VITAMIN SHAKLEE

Pada permulaan Idah sebagai seorang pengedar Shaklee, fokus Idah adalah untuk membantu ibu-ibu hamil, berpantang dan sepanjang proses penyusuan. Asbab Idah bertemu dengan Shaklee adalah disebabkan masalah kesihatan sepanjang kehamilan. Apabila kesihatan semakin merosot, Idah mula mencari alternatif untuk kembali sihat. Anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian, jadi sebagai ibu Idah perlu sihat, bertenaga dan cergas. 

Diri sendiri adalah testimoni paling berkesan dan merupakan 'marketing' yang sangat mudah untuk 'close sale'. Testimoni sendiri insya Allah akan membuatkan orang lain lebih percaya dan yakin dengan produk yang dicadangkan kepada mereka. Tak Kenal Maka Tak Cinta

SIAPA SAYA?

Perkenalkan, nama penuh Zubaidah Arbai dan lebih dikenali dengan nama panggilan Idah atau CikIdah. Idah berasal dari Pahang. Namun selepas berkahwin, Idah berhijrah ke Terengganu dan kini menetap di Ketengah Jaya, Paka. 

Jadilah kami Pengedar Shaklee Paka Terengganu.

Alhamdulillah, Idah ada menyediakan khidmat penghantaran Cash On Delivery (COD) di Ketengah Jaya, Paka dan kawasan sekitarnya serta menyediakan perkhidmatan penghantaran produk ke seluruh Malaysia samada melalui agen-agen berdaftar di bawah rangkaian Idah sendiri ataupun organisasi kami yang aktif. Pembelian secara dalam talian juga boleh Idah uruskan sahabat, apa yang penting join sign up keahlian dengan Idah.

Lebih jimat, fleksibal dan di mana sahaja!
Sahabat duduk di rumah atau di pejabat, barang insya Allah akan sampai di depan pintu rumah sahabat atau di meja sambut tetamu pejabat sahabat. 

Mudah kan? 
Tak perlu nak hadap jem untuk pergi ke Home Office atau Cawangan Shaklee. Namun sahabat, Idah sebenarnya sangat menggalakkan sahabat cuba pergi ke cawangan-cawangan Shaklee kerana Shaklee ada menyediakan perkhidmatan 'check up' kesihatan percuma, konsultasi kesihatan percuma dan paling seronok sahabat berpeluang dapat 'FREE GIFT' yang best serta eksklusif dari Shaklee. Untung kan?

Jadi tak rugi sebenarnya sahabat. Jom 'sign up' sekarang!
✅ Yuran ahli murah RM35 sahaja atau nak percuma pun boleh
✅ Berpeluang menikmati cash rebate dari 5% hingga 21%
✅ Untung runcit
✅ Dapat hadiah-hadiah eksklusif dan produk vitamin Shaklee
✅ Dapat join event Shaklee
✅ Dapat saling merapatkan ukhuwah dalam komuniti Shaklee
✅ dannnnnnn banyak lagi. Ayuh, sign up NOW!

QC akan dibuat sebelum Idah membuat pengeposan kepada pelanggan. Idah juga menyelitkan gift lain sebagai penghargaan kepada pelanggan. Biar mereka happy menerima parcel, senyum dan bahagia. Alhamdulillah.

Ini hanya sedikit gambar-gambar aktiviti COD dan pengeposan yang dibuat. 

Kelebihan membeli dan berdaftar Shaklee dengan Idah :
1. Insya Allah Idah akan melayan setiap pertanyaan sahabat berkaitan info produk
2. Konsultasi eksklusif berkaitan kesihatan dan produk yang bersesuaian
3. Bimbingan tentang cara pengambilan dan penggunaan produk
4. Servis penghantaran produk sama ada secara C.O.D mahupun postage
5. Servis selepas jualan yang terbaik (After-Sales Service) atau proses pembelian ulangan (repeat order) insya Allah.
Jika sahabat berminat untuk menjadi ahli dan menikmati kelebihan menjadi ahli, sahabat boleh terus hubungi Idah. Jika sahabat perlukan penaja , ini nombor keahlian Idah, sahabat boleh masukkan dalam form untuk sign up
Shaklee ID : 1127496 (Zubaidah Arba'i)

Sebarang pertanyaan tentang Shaklee atau bisnes sahabat boleh terus hubungi Idah seperti yang dinyatakan di bawah. Insya Allah Idah sedia membantu sahabat. 


Jom hubungi Idah sekarang!

---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia

No comments:

Post a Comment