Thursday, 8 June 2023

Testimoni Shaklee : Derita Sakit Gigi, Cabut Gigi dan Proses Pemulihan

Assalamualaikum, hi sahabat alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya. Semoga sahabat semua pembaca setia blog AFIZART dalam keadaan sihat walafiat.
 
Lihat tajuk pastinya sahabat pembaca sudah sedia maklum apakah entri Idah kali ini kan?


Alhamdulillah sahabat, 9 tahun Idah mengamalkan produk dan vitamin Shaklee, sudah pasti ada pelbagai testimoni Shaklee terbaik yang Idah sendiri alaminya. Semakin lama mengamalkan vitamin Shaklee, kesihatan bertambah baik dan sekarang alhamdulillah result yag best pada kulit semakin ketara, lebih awet muda. Haha. Tatkala usia nak mencapai usia 40 an, feedback setiap kali jumpa orang dikatanya usia lebih muda 20 tahun macam budak sekolah, budak U dan macam budak-budak lepasan SPM. Alhamdulillah gembiranya dalam hati berbunga-bunga dapat pujian macam tu dan paling penting diri sendiri nampak kesan yang baik setelah bertahun-tahun makan vitamin, herba dan suplemen sunnah. 

Oleh kerana banyak sangat testimoni sendiri, makanya hari ni Idah memilih untuk berkongsi dahulu testimoni yang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Idah. Asbab mengamalkan vitamin Shaklee, mimpi ngeri tersebut lebih indah dan dilalui dengan sabar. Terima kasih Ya Allah menemukan Idah dengan Shaklee sejak 9 tahun yang lepas. Haza Rahmatun Min Robbi.

Sakit Gigi Geraham Bongsu yang Ke 3

Awal tahun 2022, bulan Februari tanpa Idah sedar gigi geraham bongsu sebelah kanan bahagian bawah mengalami kerosakan yang sangat teruk. Hanya disedari apabila terasa sakit nak mengunyah makan dan berasa nyut-nyut bila diusik. Kesakitannya tidak sama seperti sakitnya 2 gigi geraham bongsu yang Idah alami ketika hamil anak yang kedua dan ketiga. Kali ini prosesnya 'smooth' dan tau-tau ianya sudah teruk apabila gigi geraham itu patah dan gusi bengkak. Itulah yang menjadi punca kenapa perlu dicabut.

>> kenali gigi bongsu


Kali pertama buat ctscan pada 9/9/2021 masa ni gigi tu hanya mengalami kerosakan sebahagian sahaja. Doktor cadangkan terus dicabut supaya dapat mengurangkan risiko yang lebih teruk. Cuma apabila mendengar 'explaination' doktor ianya memerlukan pembedahan kecil berikutan gigi bongsu tu tumbuh senget dan sangat kuat. Dalam kepala otak Idah macam-macam difikirkan, dengan rasa takut, cuak lagi sebab dah pernah lalui kesakitan cabut gigi geraham sebelum ini. Jadi Idah sengaja menangguhkan dan cuba ikhtiar dengan cara lain duhulu.

Sahabat pasti tahu bagaimana rasanya sakit gigi kan? 

Lebih mengerikan gigi geraham paling bongsu. Kesakitan yang Idah alami tu memberi kesan kepada kesakitan di bahagian mata, telinga, kepala dan tentunya gusi sekali. Segala aktiviti yang melibatkan mulut, telinga dan mata memberi kesan yang sakit terutama apabila nak makan. Disebabkan pengalaman lalu, ianya membuatkan Idah alami trauma yang teruk. Andailah boleh cabut sendiri sahaja, sudah tentu Idah rela buat sendiri. 

1st check up di klinik Pergigian Syarifah cawangan Kerteh

Semakin kita menagguhkan sesuatu yang sudah terang mendatangkan keburukan, akhirnya perlu terima hakikat bahawa gigi tersebut sudah seharusnya dibuang. Kira-kira 4 bulan juga Idah menahan sakit dari tarikh Idah buat ctscan yang pertama. Sudah suratan dan termaktub! Takut pun perlu juga redah dan hadap!

Detik 23/02/2022, 

Rasa sakitnya semakin menjadi-jadi, boleh kata macam berlaku tsunami berskala 10.1 skala Ritcher. Hah betapa nak menggambarkan tahap kesakitan tersebut. Dari pagi start berdenyut-denyut, kepala sakit seperti migrain, telinga berdesing tanpa boleh disentuh dan mata rasa senak seperti waktu hidung nak berdarah. Perit. Minta bantuan suami carikan klinik yang buka pada hari Sabtu dan alhamdulillah ada. Terus call Klinik Pergigigan Syarifah dan buat temujanji. Idah merupakan pesakit yang terakhir pada hari tersebut dan doktor yang bakal merawat adalah lelaki. Kebiasaanya Idah akan meletakkan prioriti adalah doktor perempuan, namun dek kerana kesakitan yang terlampau, Idah minta izin suami dan alhamdulillah Allah permudahkan.  

Akhirnya setelah 1 jam lebih berada dalam bilik 'operation', urusan semua selesai dengan lancar. Sahabat nak tahu detik-detik ketika berada dalam bilik tersebut? Elok juga menulis kisah ni dalam blog dan boleh menjadi jurnal diari untuk masa-masa mendatang.

Punca cabut : geraham sudah berlubang, patah, retak dan sensistif

Maka dengan rasminya hilanglah sebatang lagi gigi gerahamku. 2 batang gigi geraham sudah menjadi arwah ketika hamil anak yang kedua dan ketiga. 4 orang anak hilang 3 batang gigi geraham ommi. Itulah pengorbanan seorang ibu kan sahabat?

Throwback seminggu sebelum kejadian, 

Idah terpaksa tangguhkan hasrat untuk cabut gigi asbab demam yang agak teruk. Kebarangkalian berpunca dari gigi yang sudah sedia sakit, membuatkan badan Idah jadi lemah. Pakej lengkap. Sakit kepala, sakit tekak, senggugut (kena pulak dengan timing datang bulan), sakit pinggang, sakit tubuh, sakit urat-urat. Namun syukur alhamdulillah check covid-19, result negatif. 

Masa ni segala vitamin yang ada Idah telan. Bernilainya sebuah kesihatan yang baik. 
  • Vitamin C Idah ambil dose yang tinggi (6 biji)
  • Bcomplex 2 biji
  • OsteNutris 6 biji
  • Zinc Plus 1 biji
  • Omega Guard 6 biji
  • Habbatussauda (minyak) Idah minum pagi dan malam 2 sudu teh besar
Namun belum juga 'recover' dan akhirnya Idah terpaksa guna stok Nutriferon sachet yang terakhir. Satu-satunya yang ada, simpan untuk makan ketika sakit teruk. Berjimat-jimat juga. Haha. 

Alhamdulillah setelah mengambil Nutriferon walaupun hanya satu sachet, automatik badan seolah-olah baharu recharge bateri. Hidung tersumbat dengan izin Allah hilang, demam cepat 'recover', sakit kepala hilang, sakit tekak masih ada cuma sudah berkurang dan sakit urat-urat hilang seolah-olah Allah angkat rasa sakit itu. Sebab itu Idah suka ambil Nutriferon bila sakit berat datang. Sangat membantu badan pulih segera. Semuanya dengan izin Allah swt. Allahumma Ya Salam.
Seorang ibu mana boleh sakit lama-lama kan sahabat? 

Alhamdulillah sepanjang sakit, suami dan anak-anak memang berdikari sungguh. Masing-masing mengambil alih tugas harian. Syukur alhamdulillah, ommi dapat 'recover' dengan emosi yang baik. tenang dan menjalani proses sakit dengan hati yang lapang. hah giteww! 


Detik-detik mencemaskan 

Urusan mudah dan lancar walaupun Allahuakhbar sepanjang tempoh doktor buat rawatan tu, dalam hati ni istighfar, selawat. Sebab dua kali pengalaman sebelum ni membuatkan Idah alami trauma.

Andai ada yang tanya tahap kesakitan cabut gigi ini berapa, insya Allah Idah  boleh berikan 10/10. Sakitnya bukan kepalang!
Proses nak mencabut sebatang gigi geraham ni agak mencabar. Setengah jam jugalah doktor dok gogek-gogek gigi tu. Idah hanya fokus untuk istighfar dan selawat, semoga Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah siap je cabut, doktor cakap perlu jahit,

"Saya jahit sikit ye puan sebab ruang agak luas. Bimbang nanti termasuk makan dan boleh menyebabkan infection. Puan banyakkan istighfar ye, kalau sakit puan angkat ibu jari tangda 'good' ye. Luka maybe agak teruk sebab akar gigi kuat, gigi besar, tumbuh agak senget dan dah patah lebih dari separuh. Kami perlu operate sikit. Puan sudah sedia? Sikit sahaja ye puan. Sabar ye puan."

Subhanallah pengalaman yang sukar dilupakan. Semoga inilah kali terakhir diriku berjumpa dengan doktor gigi untuk proses cabut. Selepas ni kalau berjumpa pun untuk rawatan mencuci dan memutihkan balik gigi sahaja. NO CABUT lagi!

Proses Fasa Pemulihan dan Penjagaan 

Oleh kerana ada luka dan jahitan yang banyak, jadi proses untuk pulih sangat lama sahabat. Idah perlu banyak pantang makanan. Kesakitan fasa pemulihan memang menguji daya tahan diri. Kenapa? Sebab semua jenis makan yang memerlukan operasi kunyah-mengunyah tidak boleh dilakukan. Macam-macam resepi Idah cuba buat dan kebanyakkannya berasaskan bubur namun masih tidak boleh menelan. 

Setiap kali nak telan, terasa sakit dan berasa benang jahit mencucuk-cucuk tekak. Huwaaa sesungguhnya sakit gigi ni, dah macam sakitnya 'contraction' sewaktu bersalin. 

Syukur alhamdulillah Idah sudah mengamalkan vitamin Shaklee, ianya sangat membantu sepanjang proses pemulihan. Antibiotik yang doktor bekalkan tetap juga Idah makan sebab rasa rugi kalau tak makan. Bayaran bukan murah kan? Kurang lebih nak cukup RM300.
Apa yang Idah consume sepanjang proses pemulihan tersebut?

1. Ambil Protein Shake
Life Shake Matcha jadi pilihan selain rasanya yang sedap dan Idah memang penggemar teh, Matcha ni ada kelebihan lain lagi. Idah suka campur dengan ESP (Energizing Protein Soy). Subhanallah memang luar biasa kesannya sahabat. Perut rasa kenyang itu paling penting. Dah sakit semua makanan tak boleh makan, proses menelan, mengunyah makan terpaksa stop. Bila minum protein shake yang bagi efek kenyang lama alhamdulillah rasa syukur tak terhingga. Nikmat yang selalu kita lupa kan, bila dah sakit baru tersedar. 
Minum protein shake proses nak menelan rasa smooth sahaja walaupun kekadang berasa juga benang mencucuk-cucuk. Idah hanya consume protein shake sahaja sepanjang tempoh pemulihan. Ambil 3  kali sehari atau 2 kali bergantung pada tahap kelaparan perut. Total berpantang dan proses pemulihan mengambil masa sebulan lebih. Masa ni berat Idah turun 4.2kg. Masya Allah Alhamdulillah. Idah pernah cakap dengan suami, 

"Okay je sebenarnya kan bang kalau kita tak makan nasi. Buktinya sayang sendiri. Sebulan lebih tak makan nasi masih hidup walaupun hanya minum protein shake Shaklee."  Suami jawab mmm iye okay jer. 😂

2. Vitamin-vitamin Shaklee dan makanan sunnah
a. Nutriferon - bantu recover dengan lebih cepat
b. OsteNutrix - vitamin ni sangat membantu sahabat. Kurangkan rasa sakit dan juga bantu tidur lebih lena. Bila datang sakit nyut-nyut memang mengganggu tidur namun dapat diatasi dengan ambil kalsium ni.
c. Bcomplex - kawal rasa stress dan sakit. Bila makan rasa macam kena suntikan bius. haha. Tenang je.
d. Vitamin C & Zinc Plus - ini untuk bantu luka cepat baik dan kering
e. Habbatussauda plus minyak zaiton - kurangkan rasa keradangan ditekak. Pakej batuk memang menyakitkan namun bila minum habbatussauda plus minyak zaitun ni tekak rasa smooth, dada rasa ringan dan tidak menyakitkan.
f. Basic H - ini Idah gunakan untuk berkumur bagi hilangkan bau darah hanyir dan bersihkan mulut. Nak guna yang doktor bekalkan tu tak boleh. Bila kumur rasa sakit dan pedih. Dengan Basic H alhamdulillah lega. Bau darah, bau mulut takde. Memang terbaik. Sahabat perlu ada sebotol kat rumah tau.

Alhamdulillah. 

Di sini Idah nak juga kongsikan 10 tip penting yang perlu diberi perhatian selepas cabut gigi. Semoga bermanfaat untuk Idah dan sahabat juga insya Allah.

1. Kapas perlu digigit dengan betul sekurang-kurangnya dalam 30 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Pastikan juga sering ganti kain kapas jika sudah dipenuhi darah.

2. Makan ubat penahan sakit (masa Idah hari tu doktor hanya bekalkan antibiotik sahaja dan alhamdulillah Idah makan vitamin Shaklee)

3. Elakkan berkumur-kumur secara kasar atau berludah

4. Pastikan cukup rehat dan hanya lakukan kerja ringan dalam tempoh 1 -2 hari untuk elakkan pendarahan dari soket cabutan

5. Jaga pemakanan dan minuman dalam tempoh 24 jam 

6. Elakkan daripada mengganggu tempat cabutan samada menggunakan jari atau lidah. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan atau menyebabkan darah beku tertanggal. (aduhhh seriaunya)

7. Elakkan merokok untuk mengelakkan daripada luka lambat sembuh, jangkitan seperti gingivitis, periodontitis malah kanser mulut.

8. Letak bantal ketika berbaring untuk mengelakkan risiko pendarahan

9. Teruskan penjagaan kebersihan mulut dengan baik seperti menggosok gigi, lidah dan gusi tapi elakkan memberus disoket cabutan.
10. Tuam dengan kompres sejuk – Tuaman di sisi pipi dengan kompres sejuk daripada air batu membantu meredakan dan melegakan rasa sakit akibat bengkak pada gigi atau gusi.


Semoga bermanfaat ye sahabat perkongsian Idah kali ini. Jom sahabat kita baca lagi banyak perkongsian testimoni-testimoni dan kisah-kisah sahabat Idah pulak, 

>> Testimoni Shaklee | Migrain Teruk dari Remaja <<
>> Testimoni Shaklee | Kena Kayap Waktu Mengandung << 

Akhir sekali, Idah berdoa dan sangat berharap semoga perkongsian testimoni Shaklee Idah ini akan mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwiraku.com. Sahabat doakan juga ye. Barokallahu fik sahabat. Aamiin Ya Mujib. 

Bagus ke suplemen Shaklee ni? 
Idah yakin semakin sahabat kenal dengan suplemen Shaklee, pastinya akan terus setia mengamalkannya. Ketahui 7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia .Sebarang pertanyaan sahabat boleh terus hubungi Idah ye. Semua detail ada di bawah dan sahabat boleh pilih sahaja.

---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia


2 comments:

  1. Fuhhh sakitnya k.idah. baca pun tp dpt rasa sakitnya. Itu la kan kalau setiap kali nk g cabut gigi mesti berdebar2..takuttt😰

    ReplyDelete
    Replies
    1. trauma tengok Klinik Gigi. Kalau boleh tak mau dah ziarah..hihi. Sakitnya tu bukan biasa2.

      Delete