Google+ Followers

Followers

Wednesday, 23 June 2010

Monolog seorang ibu...


AFIFAH HANANI BT AFIZULLAH


'AISYAH HANANI BT AFIZULLAH

HARAPAN

Aku ingin menjadi Siti Khadijah
Yang agung sebuah cinta
Memperjuangkan hartanya ke jalan fisabilillah

Sebagai Siti Aisyah abadi dalam setia
Tiada rasa payah seperti Puteri solehah Siti Fatimah
Akur tanpa lelah tiap perintah

Dan bukannya aku ingin menjadi penggoda fitnah
Dari sejarah Siti Zulaikha
Sewaktu menjadi marah inginku kutip serpihan sabar
Yang menyerlah dari catatan hidup Siti Srah

Tetap ingin aku membeku tabah
Bagai Siti Hajar mengendung
Puteranya yang masih merah
Ditengah terik padang pasir merekah

Relalah aku menjadi perempuan solehah
Yang mati dalam kesungguhan iman
Terpancang gagah
Bagai harumnya pusara Mashitah..

No comments:

Post a Comment