Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts

Thursday, 13 July 2023

Tip Bisnes Online | Shaklee sebagai Satu Kerjaya untuk Orang Muda?

Assalamualaikum sahabat pembaca blog AFIZART semua. Semoga dalam keadaan sihat walafiat, senyum selalu dan insya Allah sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT. Insya Allah entri kali ini Idah nak khususkan buat adik-adik yang berstatus pelajar. Ingin menjana pendapatan untuk tampung kos-kos belajar dan sara hidup?

Jom Kak Idah nak kongsikan satu TIP BISNES ONLINE yang terbaik untuk adik-adik ceburi buat masa sekarang.


Shaklee adalah satu kerjaya dan menjadi pilihan ramai siswazah muda pada hari ini! 
Kenapa?

Tuesday, 18 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia | Peluang Menjana Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog AFIZART,

Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah. Macamana persiapan raya sahabat tahun ni? 

Idah dan keluarga tahun ni insya Allah akan beraya dikampung Idah. Dah 3 tahun tak beraya bersama family sejak kematian arwah mak 30/12/2020. Tahun yang penuh mencabar dan menduga perasaan insan tersayang. Idah kehilangan mak ketika covid-19 melanda dunia namun Alhamdulillah arwah pergi bukan disebabkan covid-19. Sedikit terkilan dihati ini kerana tak dapat ziarah mak ketika mak memerlukan dan merindukan anak-anaknya. 

Semoga arwah mak dirahmati Allah swt insya Allah. Rindu yang tiada berpenghujung, rindu yang menyakitkan dan sebuah kehilangan yang tiada gantinya. Setelah 15 tahun arwah abah pergi, mak pula menyusul. Semoga Allah menyatukan mak dana bah kembali insyaAllah.

Al Fatihah untuk arwah mak dan abah.

Sahabat nak tahu salah satu sebab kenapa Idah buat bisnes online adalah kerana Idah nak ada income sendiri yang mana Idah boleh balik kampung ziarah mak setiap bulan. Selain dari nak bayar hutang pinjaman MARA. 

Monday, 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik Malaysia | Shaklee


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog AFIZART,
Salam 19 Ramadan 1444h. Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah.

Insya Allah esok kita semua akan memasuki fasa 10 hari terakhir Ramadan. Subhanaallah sekejap sahaja masa berlalu kan? Idah nak mengajak sahabat, jom kita sama-sama baca doa untuk 10 hari terakhir ni sebanyak mungkin, Insya Allah semoga Allah menerima amalan kita, mengampuni dosa-dosa kita dan berkat hidup kita didunia dan diakhirat.
Doa 10 hari terakhir Ramadan,

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426)

Sahabat,

Insya Allah entry kali ini Idah nak berkongsi pengalaman Bisnes Online yang menjadi kerjaya Idah walaupun hanya seorang surirumah sejak 2007. Lama kan sahabat? Iye betul selepas kahwin Idah terus menceburkan diri dalam dunia bisnes walaupun zero ilmu tentang bisnes. Berkat sokongan dan galakkan dari suami Idah supaya Idah ada extra income. Masa tu pulak hutang MARA perlu dibayar. Alhamdulillah hanya ada satu hutang sahaja.