Posts

Showing posts from July, 2010

Aisyah dengan CD barunya....

Image
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...

Sudah bersawang-sawang blog idah ni tanpa dikemaskini dengan cerita-cerita,kisah2 dan info2 terkini. Seperti biasa kengkangan masa membuatkan idah tidak menulis hampir seminggu.Insya Allah semoga malam ni idea untuk idah terus menulis akan datang.

Malam ni tetiba tercetus idea idah nak bercerita tentang CD...sesuai dengan tajuk entry idah pada malam ni..(padahal dah masuk pagi...ihik:). CD..CD...CD...apa tu CD..."compact disk" ke.... ishk...ishk...bukan ye...Hah meh Idah nak bagitahu...Almaklumlah sekarang ni penggunaan CD atau nama penuhnya "Cloth Diapers- Lampin Kain versi moden" semakin popular dikalangan para ibu di Malaysia ni. Kalau tak silap idah teknologi CD ni popular dalam tahun 2008/2009...(maybelah sbb idah tak cari pulak info yang tepat).


koleksi pertama CD Aisyah

Apa itu cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya cloth diaper ialah lampin kain. Dengan kata lain, CD ialah lampin kain yang telah di‘upgrade’ sesua…

Coretan dihujung minggu...Salam Sayang!

Image
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...

Lama sungguh idah tak update blog..seperti biasa ketandusan idea dan cerita. Ada cerita tapi kekadang hilang ayat untuk mengarang. Jika asyik cop and paste sahaja rasanya tiada kesoronokan dalam menulis. Erm banyak cerita yang nak dikongsi namun itulah masih tercari-cari dan mencari-cari ayat-ayat utk dikarang. Apa kaba agknya kawan-kawan blogger semua? Maaf lah sungguh lama Idah tiak menjengah blog kalian..jadinya blog idah juga tiada kunjungan...ihik..iye ke?kepada yang sudi berkunjung terima kasih ye..

Oh ye Khamis lepas idah puasa..Teringin sangat nak makan pizza...cewa konon-kononnya rajinlah apalagi mulalah buat blog walking ke blog2 chef-chef ni. Wah bestnya bila masuk blog chef ni..pelbagai resepi, makanan yang disajikan dengan pelbagai citarasa. Bestnya kalau ada minat memasak tu dalam diri Idah kan. Idah ni bukanlah seorang anak,adik,kakak,isteri dan ibu yang rajin masak....ihik..masak sekadarnya bolehlah..Namun begitu Idah …

Zuriat Berkat

Image
Salam sayang...salam ceria di hari ini...Dimulakan dengan bismillah idah mulakan menulis...Oh ye hari ini idah nak paste artikel daripada blog isteri UZAR...idah rasa sangat-sangat bagus untuk dikongsi bersama...Jom kita baca artikel di bawah ye.Semoga dapat di manfaatkan bersama.

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan p…

Salam kasih sayang....Durian oh durian!

Image
Banyak hari rasanya Idah tak update blog idah. Kesibukan melanda dengan urusan luar agak membataskan waktu dan masa idah menulis.Rasa sedikit cemburu dengan teman-teman blogger yang begitu rajin meupdate dan menulis blog setiap hari.Namun Idah cuba juga meluangkan masa untuk menulis.

Ok sepanjang Idah sibuk tu,Jumaat dan Sabtu pulang ke kampung menziarahi Tok sebelah En.Kanda yang uzur.Di samping ayah buat makan-makan untuk meraikan jiran-jiran sekampung.Menu nya pengat durian.Al maklumlah sekarang kan tengah musim durian dan buah-buahan. Syukur alhamdulillah rezeki lebih pada tahun ini, semua pokok durian berbuah.

Idah ni sebenarnya tak berapa suka sangat durian, namun masa balik kampung tu tgk buah durian wah rasa nak makan...so abis jugaklah beberapa biji.Mujur tak panas.Hanani-hanani Idah dua orang tu suka sangat makan. Suasana di kampung memang best.Panaromanya yang kehijauan,bunyi cengkerik dan serangga serta tidak dilupai juga sang pacat.Inilah yang membuatkan rasa damai aje dudu…

Coret-Coret pasal Tudung Labuh

Image
Ok sumber artikel ni idah petik daripada blog K.chik. Semoga apa yang idah ingin tuliskan di sini dapat dikongsi bersama hendaknya...Idah sangat-sangat suka fesyen pakaian muslimah terutama Abaya dan Jubah...namun jika fesyen tudung memamg idah tak suka...sbb tu jika ada yang bertanya tentang dunia fesyen tudung idah memang ketinggalan....

Bukan tak nak amik tahu cuma, fesyen tudung Idah pakai tidak mengikut zaman dan trend...dan idah agak cerewat dalam pemilihan tudung...En.Kanda juga tidak menggalakkan Idah berniaga tudung... Di sini Idah ingin berkongsi salinan tulisan Sdri. Fatimah Syarha, novelis Telaga Biru Sdn Bhd yang telah menghasilkan banyak novel Islami dan menarik. Ini ialah kisah beliau:

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa b…

Pertemuan itu suatu yang indah....

Image
Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...

Begitu bersemangat Idah hari ni...Alhamdulillah...Kerja-kerja tertangguh untuk mengemas ruang tamu, ruang makan, ruang solat dan mainan anak2 berjalan lancar...Kebetulan pulak en.kanda cuti..so dapatlah membantu idah...Penat namun ianya berbaloi sbb dapat lihat ruangan yang semak tu kelihatan kemas...alhamdulillah...Oh ye actually entry hari ni idah kongsi cerita tentang hari semalam...

Petang Jumaat semalam 02/07/10, hujan turun dengan kadar yang tak berapa lebat..ihik...so sudah berjanji dengan seorg sahabat online nak bertandang rumahnya hari sabtu...namun atas sebab2 tertentu idah bagitahunya nak dtg jumaat...Alhamdulillah dipermudahkan urusannya...Nama sahabat idah ni Siti Maisarah bt Hj Saifuddin @ Ummu Habib. Idah kenal Sarah ni melalui FB pada asalnya...Kemudian pertemuan pertama kami di Pusat membeli belah di Kerteh MESRAMALL...syukur alhamdulillah...


pic: kredit from her blog http://habibtajuddin.blogspot.com

Idah suka sesgt dapat be…

Terima Kasih K.Chik...

Image
Assalamualaikum semua...Alhamdulillah cuti-cuti hujung minggu bersama keluarga..




Idah nak amik kesempatan ni untuk ucapkan kepada sahabat blogger iaitu K.CHIK ...award utk follower blognya...cantik sangat..terima kasih k.chik..Mula1 idah kenal k.chik ni actually melalui blognya http://kelatemaghi.blogspot.com/
Penulisannya dalam blog tersebut fully in english...idah bangga dgn k.chik...Susulan drpd itu barulah idah kenal blog keluargakusayang...hah kat sini idah lebih mengenali peribadi k.chik dgn penulisannya...Alhamdulillah...

K.chik juga seorg usahawan wanita yang berjaya tau...seorg yang berkerjaya dan sekarang sedang mengendalikan bisnes ABAYA...so kepada sesiapa yang berada di Kelantan berminat nak tgk live koleksi ABAYA dari Timur Tengah bolehlah kunjungi blog kak chik ni.:- http://abayaelegan.blogspot.com/

Ok sekian dulu ye...

Suatu Perjalanan....

Image
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi…