Kata Tuan Fahdi Ghazali,"Kalau nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh! Tak nak buat jangan buat.Kalau nak buat bisnes, buat sungguh-sungguh! Don't give up! Kalau jatuh 7 kali, bangkit 8 kali".
Kata Tuan Fahdi Ghazali,"Kalau nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh! Tak nak buat jangan buat.Kalau nak buat bisnes, buat sungguh-sungguh! Don't give up! Kalau jatuh 7 kali, bangkit 8 kali".
BACK to BASIC, Kembali pada ALLAH Swt
Bersama kita renung ye sahabat. Semoga bermanfaat. Hidup bermasalah? Jom sahabat kita kembali kepada Allah kerana Laa haula wala quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).
Allahu Akbar.
Hidup ini memang lelah jika niat buat sesuatu bukan kerana Allah.
Hidup ini memang sunyi jika terlalu mengejar perhatian insani.
Hidup ini memang menyedihkan jika terlalu banyak hiburan.
Hidup ini memang menakutkan jika terlalu banyak yang difikirkan.
Hidup akan jadi menagih, jika terlalu inginkan penghargaan manusia.
Hidup ini hanya sementara menunggu mati. Tidak berbaloi kita terlalu lelah mengejar dunia, sedangkan jelas akan ditinggalkan.
Betapa tenang dan bahagia hidup orang yang hubungannya dengan Allah istimewa dan telah menyiapkan bekal untuk bawa ke sana. Dia hidup dengan banyak amal soleh, matinya yang Husnul Khatimah, kuburnya seperti Taman Syurga, Mahsyarnya dibawah naungan Allah dan SyurgaNya tanpa dihisab. SubhanAllah cemburunya dengan manusia yang begini. Golongkanlah kami ya Allah 🤲😢
Allahu Akbar, namun hakikatnya, kita sekarang hidup dengan Allah dalam hati, atau selainNya yang memenuhi hati. Ketahuilah, makhluk yang berupaya Harta, Takhta, Rupa, Kuasa dan Wanita adalah ujian terberat hati manusia.
Muhasabah di malam hari.
#UAHSahabatDuniaAkhirat #dakwahitucinta
"Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”
Hi,sahabat semua pembaca blog AFIZART. Idah doakan semoga sahabat sentiasa dalam keadaan walafiat.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.
Subhananllah, Alhamdulillah Allahuakhbar.
Sahabat,
Ketika berdoa, yakinlah bahasa Allah ya Saami' (Maha Mendengar) dan Allah ya Mujib (Maha Mengabulkan) setiap aduan dan permohonan kita.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Tidak ada yang mengubah qadha(takdir) kecuali doa." - (Riwayat at-Tarmizi)
"Berdoalah kamu sekalian dengan perasaan yakin bahawa doa itu akan dikabulkan, sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa yang timbul daripada hati yang lalai dan main². (Riwayat at-Tarmizi)
Semoga bermanfaat.
Sumber : Buku Sahabat Dunia Akhirat by Ustazah Asma' Harun.
Hidup di dunia ini satu perjalanan yang singkat. Tempat persinggahan yang penuh dengan bermacam cerita. Banyakkan menanam kebaikan. Fastabiqul Khairat. Hasilnya akan kita tuai di alam akhirat insya ALLAH. Perjalanan kita masih jauh.
"Bila hati sedang dalam kedukaan dan kesedihan , bacalah ayat ini "La Hawla wa La Quwwata Illa Billah". InsyaAllah hati akan tenang."
"Semakin banyak berfikir, semakin banyak sel saraf otak terjana, semakin bijak kita dan semakin dekat kita dengan kejayaan. Elakkan rasa malas untuk keluarkan idea². Biar ditertawakan daripada tidak berfikir. Jadi tukang fikir lagi hebat dari tukang ketawa."