Sunday, 4 June 2023

Dakwah itu Cinta | Surah Al Kahfi Penyelamat Akhir Zaman


Surah ini mempunyai empat kisah menarik sebagai pengajaran kepada manusia yang akan diuji dengan fitnah terutama menjelang akhir zaman.

Empat kisah dalam surah ini termasuklah:

1 - Kisah Ashabul Kahfi yang menekankan tentang fitnah dalam beragama.

2 - Pemilik dua kebun yang menekankan tentang fitnah terhadap harta dan kekayaan

3 - Nabi Musa A.S bersama Nabi Khidir yang menekankan tentang fitnah dalam berilmu.

4 - Dhu al-Qarnayn Zulkarnain yang menekankan tentang fitnah dalam kekuasaan.


Rasullulah SAW menyatakan kelebihan surah ini bahawa sesiapa yang membacanya pasti akan
dipelihara oleh Allah SWT daripada fitnah Dajjal yang akan muncul untuk menyesatkan manusia pada akhir zaman kelak.

Surah ini boleh mula dibaca menjelang malam Jumaat sehingga masuk ke hari Jumaat. Jika terasa berat untuk membaca 110 ayat sekaligus, kita boleh bahagikan ia kepada tiga kali bacaan. Jika masih tak boleh? Bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah ini.

Jika tak dapat semua, jangan ditinggalkan semua ya. Alhamdulillah

Artikel asal: FB PAGE JOMTOJANNAH



Saturday, 3 June 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru


Tahukah sahabat, multivitamin Shaklee merupakan multivitamin mineral yang pertama dicipta di dunia. Pada tahun 1915, Dr Forest Shaklee telah mencipta mutivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize.

Friday, 26 May 2023

Kata-kata Motivasi | Ubah Derita kepada Bahagia

"Kegagalan memang perlu berlaku supaya diri belajar daripada kesilapan. Apabila gagal mengecapi kejayaan yang diinginkan, jangan pernah berasa diri telah gagal namun jadikan sebagai semangat untuk bangkit pada masa hadapan."

Sejauh manakah KATA-KATA MOTIVASI memberi kesan dalam diri?

Tepuk dada tanya diri. Sejujurnya bagi diri Idah ianya sangat penting. Kata-kata ini menjadi satu nasihat dan booster semangat untuk Idah menjadi lebih kuat dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup. Kata-kata yang baik, penuh bersemangat insya Allah berkeupayaan mendorong diri Idah menjadi seorang yang lebih berkeyakinan, lebih kuat, lebih tabah, lebih positif, lebih bersikap proaktif dan insya Allah berhijrah kepada yang lebih baik.

Sejak dari zaman remaja, Idah sangat suka membaca buku-buku agama, buku-buku motivasi, buku-buku keibubapaan, artikel-artikel tentang kehidupan, sejarah, novel-novel dan majalah-majalah islamik. Asbab suka sangat, Idah pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pakar motivasi. Antara penulis buku motivasi yang Idah suka karyannya adalah Dr HM Tuah Iskandar dan alhamdulillah pernah bertemu dengan beliau ketika Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar tahun 2002-2004.

Jadi bagaimana dengan sahabat?

Sunday, 21 May 2023

Renew Membership Shaklee Kini Lebih Mudah, Ini Caranya


Setiap kali ada prospek yang ingin mendaftar jadi ahli Shaklee, kebiasaanya mereka akan bertanya dengan Idah beberapa soalan seperti berikut ;
'Kena renew keahlian setiap tahun?'
'Ada maintain belian setiap bulan jika join ahli?'
'Berapa yuran renew kalau dah expired?'
Okay sahabat,
Insya Allah entry kali ini Idah nak berkongsi jawapan agar lebih memudahkan urusan akan datang. Selepas ni andai ada yang bertanya lagi, Idah boleh terus share link blog, sahabat boleh baca dan mudah nak faham insya Allah. Sukacitanya juga Idah nak berkongsi dahulu apakah kelebihan once join Shaklee ni secara umumnya.