Friday, 26 May 2023

Kata-kata Motivasi | Ubah Derita kepada Bahagia

"Kegagalan memang perlu berlaku supaya diri belajar daripada kesilapan. Apabila gagal mengecapi kejayaan yang diinginkan, jangan pernah berasa diri telah gagal namun jadikan sebagai semangat untuk bangkit pada masa hadapan."

Sejauh manakah KATA-KATA MOTIVASI memberi kesan dalam diri?

Tepuk dada tanya diri. Sejujurnya bagi diri Idah ianya sangat penting. Kata-kata ini menjadi satu nasihat dan booster semangat untuk Idah menjadi lebih kuat dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup. Kata-kata yang baik, penuh bersemangat insya Allah berkeupayaan mendorong diri Idah menjadi seorang yang lebih berkeyakinan, lebih kuat, lebih tabah, lebih positif, lebih bersikap proaktif dan insya Allah berhijrah kepada yang lebih baik.

Sejak dari zaman remaja, Idah sangat suka membaca buku-buku agama, buku-buku motivasi, buku-buku keibubapaan, artikel-artikel tentang kehidupan, sejarah, novel-novel dan majalah-majalah islamik. Asbab suka sangat, Idah pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pakar motivasi. Antara penulis buku motivasi yang Idah suka karyannya adalah Dr HM Tuah Iskandar dan alhamdulillah pernah bertemu dengan beliau ketika Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar tahun 2002-2004.

Jadi bagaimana dengan sahabat?

Idah ada baca satu artikel di Harian Metro tentang kes kemurungan di Malaysia semakin meningkat. Na'auzubillahi min zalik, astaghfirullah. 
Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019.

Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kajian NHMS pada 2017 juga mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan trend bagi prevalen idea bunuh diri iaitu 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012.
Sedih kan sahabat bila baca statistik begini?

Dunia medan ujian, Akhirat tempat pembalasan!

KATA-KATA MOTIVASI memainkan peranan penting untuk kita terus bergerak ke depan. Dalam melayari alur kehidupan, pastinya ada liku-liku yang perlu dihadapi oleh setiap insan. Setiap ujian yang diturunkan walaupun berbeza-beza jenisnya, pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Namun, setiap orang berhak untuk memiliki rasa bahagia dalam diri mereka walaupun diuji. Malah mereka juga patut bahagia dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Jadi di sini, Idah nak kongsikan 15 tips ubah kehidupan ke arah hidup lebih positif yang dikongsikan oleh pakar motivasi terkenal  Dr Fadzilah Kamsah di laman Twitter miliknya. 

Ini 15 cara nak ubah derita kepada bahagia:

1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 4.30 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.

2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.

Amalkan gaya hidup minimalist.

3. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang

4. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.

Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.

5. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.

6. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.

7. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.

8. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.

9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.

10. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.

Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.

11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.

12. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skill kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka.

Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.

13. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.

14. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.

Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.

15. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.

Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari. Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia.

Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macamana kita nak “taman bahagia” yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.

Tok Abah selalu doakan kamu ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Terus bahagia ya.

Orang yang inginkan kehidupan yang baik termasuk kesihatan, jiwa, spiritual, mental dan sebagainya, apapun syaratnya mesti kembali kepada ALLAH SWT, beriman kepada-Nya dengan tauhid yang benar serta beramal soleh. Dengan cara ini, ALLAH SWT akan memperelokkan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Insya Allah, Allahumma Aamiin. 
Doa tenang hati 1
Doa agar hati tenang disaat merasakan hal-hal yang negatif seperti sedih, cemas dan ingin meminta perlindungan kepada Allah SWT.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.—Sahih Bukhari

Doa tenang hati 2
Doa yang dibaca oleh Nabi Musa saat menghadapi Fir'aun.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

Maksudnya : Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.—QS Thaha 25-28
Semoga bermanfaat insya Allah. 


------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia

No comments:

Post a Comment