Sunday, 4 June 2023

Dakwah itu Cinta | Surah Al Kahfi Penyelamat Akhir Zaman


Surah ini mempunyai empat kisah menarik sebagai pengajaran kepada manusia yang akan diuji dengan fitnah terutama menjelang akhir zaman.

Empat kisah dalam surah ini termasuklah:

1 - Kisah Ashabul Kahfi yang menekankan tentang fitnah dalam beragama.

2 - Pemilik dua kebun yang menekankan tentang fitnah terhadap harta dan kekayaan

3 - Nabi Musa A.S bersama Nabi Khidir yang menekankan tentang fitnah dalam berilmu.

4 - Dhu al-Qarnayn Zulkarnain yang menekankan tentang fitnah dalam kekuasaan.


Rasullulah SAW menyatakan kelebihan surah ini bahawa sesiapa yang membacanya pasti akan
dipelihara oleh Allah SWT daripada fitnah Dajjal yang akan muncul untuk menyesatkan manusia pada akhir zaman kelak.

Surah ini boleh mula dibaca menjelang malam Jumaat sehingga masuk ke hari Jumaat. Jika terasa berat untuk membaca 110 ayat sekaligus, kita boleh bahagikan ia kepada tiga kali bacaan. Jika masih tak boleh? Bacalah sekurang-kurangnya 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah ini.

Jika tak dapat semua, jangan ditinggalkan semua ya. Alhamdulillah

Artikel asal: FB PAGE JOMTOJANNAH



No comments:

Post a Comment