اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
Wednesday, 1 March 2023
Tuesday, 28 February 2023
Sahabat...Hidayah itu Dikejar Bukan Ditunggu
Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga sahabat sentiasa mendapat rahmat Allah SWT, aamiin.
Buat sahabatku,
Orang bijak mengatakan “Hidayah itu dikejar, bukan ditunggu.”
Mungkin ramai dari kita yang sekarang sedang berproses menuju hijrah, memperbaiki diri dan berusaha sekuat tenaga untuk lebih dekat kepada Allah SWT.
Sunday, 26 February 2023
Mintalah Pertolongan dengan Solat dan Sabar
"Alah, dia boleh lah berjaya, dah dia pandai niaga.""Tak heran la dia boleh buat s4les banyak, kawan dia kan ramai. "
Tidak sahabat. Tak seindah apa yang kita nampak. Seseorang nak sampai ke tahap yang kita nampak sekarang bukanlah mudah. Dia bermula pun dengan apa yang ada. Cabaran dan halangan dia je yang hadap. Kita tak pernah pun ambil tahu perkara tu. Jadi berbaloi lah kerja keras yang dia buat dengan apa yang dia dapat hari ini. Nak senang, bukanlah senang. Nak 1000 daya, tak nak 1000 alasan.
Begitulah juga nak Syurga bukanlah mudah hidup ini untuk dijalani. Perlu lalui ujian dan dugaan yang Allah dah aturkan untuk kita. Mintalah pertolongan dengan solat dan sabar. Kehidupan dunia tidak akan pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Ia adalah warna–warni kehidupan yang pasti dilalui oleh setiap insan. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar."
Walau sebesar dan seberat mana sekalipun ujian permasalahan hidup kita, usah kita terburu-buru. Kita belajar menjadi hamba Allah yang bertenang. Orang tenang insya Allah berjaya. Jadi formula pertama ialah sabar dan solat.
Saturday, 25 February 2023
9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best
Bismillah,
Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih sahabat sudi
ziarah dan membaca blog kami. Alhamdulillah hari ni nak siapkan entry kedua untuk Preliminary Activity
Projek Blog Mega 2.0
“Indahnya bisnes Shaklee.”
Yes betul Idah setuju dengan
sahabat yang berkongsi di ruangan komen di group Projek Blog Mega Euphoria. Idah seorang surirumah sejak dari awal perkahwinan lagi. So far sebelum join bisnes Shaklee, Idah dah buat bermacam-macam jenis bisnes, termasuk bisnes MLM dari Malaysia. Dek kerana dah pernah ada pengalaman, rasa serik nak join bisnes MLM tu memang ada namun tetap juga register sebagai ahli.
Subscribe to:
Posts (Atom)