Thursday, 18 May 2023

Dapat Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee

MasyaAllah best kan sahabat? 
Baca tajuk pun dah teruja nak tahu macamana caranya. Bertahun-tahun memang amalkan Shaklee namun tak tahu pun boleh dapat Cash Rebate dengan kumpul point dalam belian. 

Okay sahabat, 

Insya Allah entry kali ni Idah menulis untuk mewara-warakan kepada sahabat yang belum tahu. Sudah tahu, Idah yakin pasti sahabat akan terus mendaftar sebagai ahli Shaklee. 
Cash Rebate ni boleh la kita panggil sebagai untung atau komisen yang diberikan pada kita bila kita usahakan sesuatu atau berniaga. 

Idah terjun dalam dunia bisnes sejak dari akhir tahun 2006 selepas berkahwin. Join affiliate, join dropship. Alhamdulillah banyak juga menikmati komisyen jualan. Bolehlah untuk lepas bayar hutang MARA dan buat belanja ais krim anak-anak. 

Friday, 12 May 2023

Set Hello New You | Set Kurus Shaklee

Salam 21 Syawal 1444 H buat semua sahabat pembaca setia blog AFIZART.
Apa khabar? Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat insya Allah. 
Bagaimana dengan checklist Syawal?  Dah setel semua? 
Open house masih ada jemputan lagi? 
Puasa sunat 6?  
Dan yang paling penting, bagaimana MISI KURUS SEBELUM RAYA? 
Sudah capai target idaman? 
Syukur alhamdulillah, Idah masih on track dan baru sahaja selesai puasa sunat 6 sekali dengan puasa qada Ramadan. Maybe cara makan dah terbiasa dengan cara intermittent fasting, walaupun raya ianya tak jadi masalah besar. Still memilih makanan apa yang nak dimakan dan nafsu pun boleh dikawal. Tekak tak rasa sangat nak makan rendang, lemang, ketupat, kuah kacang mahupun kuih muih dan biskut raya. Alhamdulillah. Cuma ada satu rasa nak sangat makan, Nasi Dagang. Setakat 21 Syawal ni, belum pernah makan lagi yang versi hari raya. Kebiasaannya beraya di Terengganu ada sokmo-sokmo, tahun ni memang berbeza. Juadah lebih banyak versi kenduri kendara. 


Okay sahabat, 
Bagaimana Misi Kurus Sebelum Raya?

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews