Saturday, 22 April 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 | 1444 H

 

kad Ucapan dari kami 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah.

Masya Allah inilah harinya sahabat. Di kesempatan ini kami AFIZART Family nak mengucapkan kepada  pembaca setia blog,

Indahnya langit kerana awan,
Indahnya laut kerana kebiruan,
Indahnya Ramadan kerana keinsafan,
Indahnya Syawal kerana kemaafan,

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, 
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, 
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa, 
Mohon ampun dan maaf atas segalanya, 

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444h
Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, 18 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia | Peluang Menjana Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog AFIZART,

Semoga Allah merahmatimu selalu sahabat dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah. Macamana persiapan raya sahabat tahun ni? 

Idah dan keluarga tahun ni insya Allah akan beraya dikampung Idah. Dah 3 tahun tak beraya bersama family sejak kematian arwah mak 30/12/2020. Tahun yang penuh mencabar dan menduga perasaan insan tersayang. Idah kehilangan mak ketika covid-19 melanda dunia namun Alhamdulillah arwah pergi bukan disebabkan covid-19. Sedikit terkilan dihati ini kerana tak dapat ziarah mak ketika mak memerlukan dan merindukan anak-anaknya. 

Semoga arwah mak dirahmati Allah swt insya Allah. Rindu yang tiada berpenghujung, rindu yang menyakitkan dan sebuah kehilangan yang tiada gantinya. Setelah 15 tahun arwah abah pergi, mak pula menyusul. Semoga Allah menyatukan mak dana bah kembali insyaAllah.

Al Fatihah untuk arwah mak dan abah.

Sahabat nak tahu salah satu sebab kenapa Idah buat bisnes online adalah kerana Idah nak ada income sendiri yang mana Idah boleh balik kampung ziarah mak setiap bulan. Selain dari nak bayar hutang pinjaman MARA. 

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews