Wednesday, 12 April 2023

7 Cara Kurus Dengan Cepat Dan Berkesan

Sahabat nak tahu cara kuruskan berat badan tanpa apa-apa produk vitamin dan supplement?

Insya Allah entry kali ni Idah akan bawakan kepada sahabat testimoni sebenar iaitu diri Idah sendiri. Idah akan kongsikan pengalaman Idah menurunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk walaupun Idah sendiri merupakan pengedar produk vitamin dan supplements. 


Sebenarnya tiada jalan pintas dan mudah sahabat. Proses menurunkan berat badan ini satu proses yang panjang, mencabar dan penuh ujian. Kisah Idah bermula pada bulan Jun 2019 dalam bulan Syawal. Dah banyak cara diet Idah cuba namun usaha gagal dan tidak menampakkan hasil yang baik. Diet Yo-Yo. Dalam mencari solusinya, Allah temukan Idah dengan satu posting seorang sahabat FB. Postingnya tu menarik hati Idah kerana dia pun berpurdah  dan apa yang diceritanya rasa macam cerita yang sama dengan Idah lalui. 

Tuesday, 11 April 2023

Alhamdulillah Reward Top 6 Winner Projek BLOGMEGA 2.0


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan ini. Haza Rahmatun Min Robbi

Penulisan Idah bertajuk "Keburukan Intermittent Fasting Ramai yang Tidak Tahu" terpilih sebagai
Top 6 Winner untuk PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE #blogmegashaklee 2.0 yang lalu.

Seramai hampir 200 orang yang terlibat dalam projek blogmega yang dianjurkan oleh upline. Syukur ke hadrat Illahi entry Idah terpilih. Dan paling tak disangka, terpilih untuk special gift. Haza Rahmatun Min Robbi.
Hadiah 30 orang artikel terpilih : Vit C 1 botol
Hadiah Top 6 Winner : Youth Night Cream + Cinch Tea
Kira-kira jumlah hadiah ni bernilai = RM315
 
MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah 🤲

Terima kasih Master Kak Norita Idris sebagai penaja utama dan Moderator Master Salwa Zeyn memilih penulisan Idah sebagai top 6 winner.

Terimak kasih juga kepada encik suami yang banyak support dan push Idah untuk menulis dan update blog. Buat anak-anak ummi juga yang banyak support, beri ummi kualiti masa secukupnya untuk ummi menulis. Alhamdulillah.

Semoga Allah merahmati kalian semua. 💓

PENAFIAN

Blog ini adalah blog peribadi penulis yang hanya berkongsi manfaat dan pengalaman berkaitan dengan produk Shaklee. Penulis juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee yang berkongsi kebaikan produk untuk anda membuat pilihan.

Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Total Pageviews