Friday 30 May 2014
Alhamdulillah, Ahli Baru Keluarga Kami.. Afiqah Hanani Binti Afizullah
Semoga membesar menjadi anak solehah penyejuk mata Abah dan Ummi :)
Friday 10 January 2014
Ibu Kaulah Ratu Hatiku, Sesuatu Yang Terindah
Kisah hari ni :-
Terharunya sebab dapat hadiah dr Hananiku...
Setibanya waktu untuk menjemput Hananiku yang sulung dari sekolah... Sampai2 je terus meluru :-
Kakak: ummi...ummi... kakak ada belikan hadiah utk ummi... kakak guna duit belanja yang Abah bagi tadi..Maaf ye ummi, kakak takde duit nak simpan dlm tabung hari ni...
ummi : tergamam seketika... (ok kak..kita balik dulu ye..hari nak hujan dah ni..sian kat adik..kang demam..)
Kakak : ok ummi...( muka berseri2...)
Ummi pun bawa motor mcm biasa...tapi dalam kepala ni penuh dengan tanda tanya... Sampai je rumah turun dari motor...
Kakak : ni hah....hadiah utk ummi...maaf ye ummi..setiap kali hari ibu kakak xpernah bg ummi hadiah...ni kakak beli kat kedai sek(koperasi)...
Ummi: ........(senyum..) dalam hati kata...terharunya aku... tapi still tergamam...mcm surprise gitu..
Alhamdulillah...cantik buku ni..ok ummi terima..nnt ummi boleh catat order... terima kasih kakak... hbs lah duit kakak td ye? RM1...
Kakak: a'ah ummi...tak leh simpan dah dlm tabung....xpelah ummi..kakak nak sgt bg ummi hadiah...
huwaaaaaaaaa terharunya hati keibuanku ini..... terima kasih kakak....
p/s: huhuhu sungguh tak kuduga apa yang berlaku pd hari ni..patutlah masa ummi sampai tadi kakak dah siap2 tunggu kat pondok.. kalau tak mesti xde..sbb sibuk gi beli sesuatu... ada je dia bawa balik utk adik2nya..belon lah..gula2 lah...
hari ni xde...rupanya hr ni dia beli sesuatu utk umminye... 1st time dpt hadiah dr hanani buat jiwaku rasa begitu tersentuh... Setiap hari kakak dapat RM2, tapi Abahnya dah pesan awal2 mesti ada duit lebih supaya boleh simpan dalam tabung. Mmg dia igt, cuma hari ni Abahnya bagi RM1 je.. Buku harga RM1..so mmg tak de baki...
sesungguhnya hatiku masih lagi tersentuh....
Aduhai anak2ku...
Afifah Hanani,
Aisyah Hanani,
Ahmad Al Fateh...
Ummi sentiasa doakan kalian menjd anak yang SOLEH,PINTAR, CEMERLANG dunia akhirat..
Ummi sayang kamu kerana ALLAH..
Amanah Allah dan Anugerah ALLAH yang tidak ternilai buat ummi dan abah...
huhuhu....tiba2 air mata mengalir pulak...
inilah hadiah dr hananiku...
Buku nota kecil...
Sunday 5 August 2012
Sampul Duit Raya
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah,
Setelah 5tahun menceburkan diri dalam dunia bisnes alam maya, tahun ni 2012 mencatat sejarah(cewah..hihi) pertama kalinya ,Idah dan sahabat(rakan kongsi) menempah SAMPUL DUIT RAYA. Syukur alhamdulillah semoga hasilnya juga memberangsangkan.
Simple designnya namun Masya ALLAH hasilnya bila lihat sendiri, mmg cantik dan cute. Memang kena dengan tema Hari Raya...(^____^). Sebenarnya Idah tak plan pun nak buat semua tu, namun bila fikir2 semula dah tiba masanya cuba keluar dari kepompong online. Nak cuba pasaran dalam dunia offline pulak..
Jom tgk hasilnya SAMPUL DUIT RAYA yang mana designnya dicari oleh partner Idah sendiri. Amacam cun tak?
Monday 30 July 2012
"Imam Muda Ahmad Al Fateh...rindu Abahnya"
Salam Ramadan Al Mubarak buat semua kawan2 blogging.....
Lama sungguh Idah meninggalkan dunia penulisan blog. Bukan tidak mahu meneruskan cacatan di sini, cuma mood nak menulis tu belum tiba. hihihi..biasalah kan bukan minat sangat bidang penulisan ni... alhamdulillah tiba-tiba malam ni rasa mood nak menulis semula datang...hihi...Maybe keboringan melayari "MUKABUKU" hari-hari..
Lagi satu sebab,errrmmm En.Kanda tak dok. Sunyilah pulak rumah ni walaupun anak2 ada.hehe..Ok stop citer pasal rindu-rinduan ni kang tak tidur pulak ambe. Actually nak cerita pasal Mujahid Idah yang baru berusia 3 bulan..Idah baru mendapatkan cahaya mata pada 14/4/2012. Alhamdulillah kali ni bersyukur ke hadrat Ilahi doa dimakbulkan.
Idah dikurniakan anak lelaki yang ke-3 ni. Kegembiraan buat Idah sekeluarga. Insya ALLAH bakal IMAM MUDA.
Sunday 4 December 2011
Cuti Hujung Minggu Bersama Keluarga, Mesra Mall Kerteh
Assalamualaikum dan selamat bersua kembali ye,
Alhamdulillah sekarang amik masa sikit nak menulis. Jumaat Sabtu kat sini merupakan hujung minggu sebab duk di Negeri Terengganu. Maka nya setiap hari Jumaat atau Sabtu, idah dan keluarga akan jalan2 cari makan ke, jalan2 kat pantai ataupun akan balik kampung ziarah Mak dan Ayah. Jumaat baru-baru ni Idah sekeluarga keluar jalan-jalan ke Mesra Mall Kerteh, yang mana merupakan pasaraya yang besar di kawasan idah ni.
Ada TMC (dulu Giant tapi dah tukar nama). Kebetulan pada hari yang sama, ada PC FAIR sedang berlangsung. Ya ALLAH ramainya umat manusia yang ke sana. Sesak dengan orang ramai. Rasa pening+loya pun iye jugak. Hanani-hanani pun tak reti duk diam.
Bawalah kemana-mana pun mcm itulah ragamnya. Naik pening+keletihan umminya melayan. Abahnya seperti biasa kalau dah jumpa gadget2 yang berkaitan dengan dunia siber ni, memang melekatlah. Sambil jalan2 tgk apa yang ada kat PC Fair tu, hah..jeng..jeng...
^______^ En.Kanda beli lappy baru...weee bestnya. Al- maklumlah lappy yg ada kat rumah sekarang ni nampaknya sudah mula menunjukkan tanda-tanda sudah uzur. Perlu masuk workshop, lagipun lappy tu pun lebih kepada untuk kerja-kerja dakwah. Sungguh tak sangka, lappy itu untuk Idah....Wah berbunga2 hati tapi maintain aje muka sbb tak mahu tunjuk sangat kegembiraan tu..(cewah..poyo ajekan...kang En.Kanda baca blog, dia tau jugak...).
Idah ni amik aje jurusan Sains Komputer, tapi tak lah mahir mana bab2 komputer hardware mahupun software..tahu guna aje...:( tak bagus kan??? Hah, jangan tipah tertipu udeh ler ye... lappy idah idak lah serupa yang ini. Yang ni sekadar gambar hiasan aje yang idah copy from Pak Google...Jangan marah ye...Bukan xmahu bagitau jenama apa..tapi better biarlah rahsia kan..kan...kan...Ermmm cantik juga color purple ni kan?
Dah puas pusing2 dalam tu, perut pun dah mula berkeroncong lapar...Hanani2 pun dah mula buat perangai, bila letih mmg mcm2 masalah mereka buat. Pilih punya pilih Idah pun terpilihlah Pizza Hut...Huwaaaaaaaaaaaaaa rasa bengang pun ada, dah tak tau nak explain mcmane perasaan tuh. Nak tahu kenapa? Time tu memang ramailah pelanggan. Tapi tidak ketahuan lah pulak kena tggu hampir sejam baru leh makan. Kalaulah dari awal2 pekerja tu bagitahu kena tunggu 1jam, mmg idah tak masuk dah. Baik makan kat tempat lain.
Itulah al kisahnya...nak citer panjang2 pun malas. Sempat juga cari barang mainan untuk Hanani, set peralatan yang boleh main kat pasir. Lepas maghrib bertolak balik rumah...Nanti sambung cerita hari Sabtu pulak ye.. mata dah mula mengantok.Idea nak menulis pun dah layu...
Bersambung.....
Ummi Hanani Teratak 23 8 Muharram 1433
Thursday 1 December 2011
Nak pomote sikit aje....:)
Alhamdulillah hari ni Idah curi sikit masa nak update blog. Kena ada usahakan barulah leh jadi blogger yang sukses.Tak de cerita yang menarik pun nak dikongsikan cuma Idah ada satu benda nak umumkan. Tak lain dan tak bukan tentulah berkaitan dengan urusan bisnes SOHO Idah ni. Apa salahnya pomote bisnes sendiri dalam blog sendiri kan. Tak de siapa nak marah pun...kih..kih.
Setelah sesi kejar dengan urusan rumahtangga, anak-anak, nak update web dan design banner sendiri, Alhamdulillah siap juga akhirnya. Meh nak citer sikit pasal bisnes SOHO idah usahakan sejak tahun 2007 lagi. Dah hampir 4thn berlalu menjadi suri rumah di samping bina pendapatan sampingan melalui dunia online sahaja. Idah lebih fokuskan kepada produk jualan kesihatan dan kecantikan, ye lah sbb idah bermula pun dengan produk MLM iaitu Pad Herba Susen. Kemudian berkembang sikit demi sikit, ala mcm pepatah dulu2 " sikit-sikit, lama2 jadi bukit".
Alhamdulillah berkat usaha yang mmg tak pernah kekal erti putus asa(cewah..ye lah tu kekdng down juga motivasi keje sendiri), sekarang ni produk yang paling laris jualannya adalah Produk Maajun Anggun Bistari-MAB. Permintaan memang memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah. Hah..mesti tertanya2 kan MAB ni produk kesihatan untuk apa. Sat gi Idah bgtau serba ringkas ye. Nak tahu lebih lanjut kenalah layari website Idah. Leh juga tgk2 produk lain yang ada dalam website idah tu. :)
Ok meh nak bagitahu apa tu MAAJUN ANGGUN BISTARI-MAB ni.
Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional (keluaran kampung sejak 30 tahun) yang diperbuat dari herba, rempahratus dan madu. MAB keluaran muslim dijamin BERSIH, SUCI dan HALAL tanpa perlu diragui. MAB merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah Perancang Keluarga secara moden.Hah mcmane nak tahu lagi? Testimoni pulak pad diri Idah sendiri, alhamdulillah 3tahun amalkan MAB ni, banyak juga khasiat yang idah rasai. Dan yang paling penting proses untuk jarakkan kehamilan tu MENJADI..kih..kih... Testimoni lain :-
MAB pada asasnya adalah untuk menjarak kehamilan (family planning).Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan dan pantang larangnya dengan betul. MAB juga bertindak sebagai ubat pelbagai tujuan (multi-purpose) dalam penjagaan kesihatan dalaman dan kecantikan wanita yang berumur 18 tahun ke atas,berkahwin / belum berkahwin dan orang-orang tua (warga emas).
MAB boleh membantu proses perjalanan period supaya ianya datang secara normal dan teratur setiap bulan. Insya ALLAH jika amalkan MAB secara konsisten, masalah yang berkaitan dengan kewanitaan dapat diatasi dan hasilnya amat menakjubkan. Kesan yang paling ketara akan terpancar pada wajah dan badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga.
Pemenang Hadiah KETIGA - Peraduan Testimoni MAB 2010:- PN.NURUL NAJJAH (NOUR EL NAGEEB)Oklah tu kan..serba sedikit info nya..nak tahu lebih lanjut moh ke website Idah :- Kedainiaga.net korang klik ajelah tulisan biru tu deh..Dan yang paling penting Idah ada buat promosi Sempena Hujung tahun 2011 ni. Nak tahu lagi..korang klik aje banner bawah ni. Berminat nak cuba, nak tanya ke sila lah klik ye:-
MAB PULIHKAN KESIHATAN SAYA SBG SATU IKHTIAR.
Alhamdulillah setelah mencuba Maajun Anggun Bistari inilah hasilnya:-
menambah kehebatan hubungan suami isteri
--> dari slalu tadak mood jadi cam baru2 bernikah
--> suami pun gembira
membersihkan rahim
--> akak dah 2 thn lebih kurang tak period sbb pregnant & breastfeeding.bila makan MAB, utk sebulan pertama,cuma suci 5 hari.darah haidh yg mmg hitam dan berketul2.bila masuk bulan kedua haidh normal 10 hari sebulan sekali sahaja.
sakit urat hilang
--->sellau sakit urat betis.tp mmg tak rasa bila amik MAB.selain tu,adik & kawan adik (dedua ni anak dara, pelik akak x sakit urat lepas work out kat gym).selain dah habit work out, amik maajun membantu.urat sgt lembut rasanya.x sakit badan. "
Selamat Melayari ye...
Salam Sayang,
Ummi Hanani,
Teratak 23 ( 5 Muharram 1433H)
Tuesday 17 May 2011
Puasa Hari Pertama
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahamdulillah syukur ke hadrat Ilahi berjaya juga nak berpuasa hari ini. Alhamdulillah dapat juga menahan godaan Syaitan Laknatullah. Tinggal lagi dua hari lagi qada puasa ganti. Tak lama lagi Bbulan mulia akan menghampiri bermula Rejab, kemudian Sya'aban menyusul seterusnya Bulan Ramadan AL Mubarak. Azam tahun ini kalau boleh nak puasa sunat dalam bulan2 mulia Rejab dan Sya'aban. Insya ALLAH.
Dugaan lapar alhamdulillah tidak dirasai. Berlalu seperti hari-hari biasa. Jadinya oklah waktu sahur hanya amik Shake HL+ sebiji pisang. Cuma minda sahaja asyik moody..Maybe kerinduan menjalar dalam saraf2 tunjang dan otak. hihihi. Hah amik! Sekarang ni siapa yang rindu sebenarnya. Adus bedebus...kan dah kena batang hidung sendiri.
Ye lah bila ada depan mata hati ni berbunga2 aje..rasa lengkap... bila tak de hah mulai rasa kosong+sunyi...Apa-apa pun itulah keindahan dalam perkahwinan. Walaupun rindu-rinduan ianya halal dan insya ALLAH memperoleh pahala. Semoga urusan kandaku akan dipermudahkan dan cepat2 balik...Kami semua sudah rindu bangat ni. Dan hujung2 minggu kami pun sudah berlalu macam mendung berarak mega...
PANG!PANG!..... Sah kena tempeleng...baru berpijak dibumi nyata. Adoilah apalah idah ni..Sudah-sudah gi bawa2 solat dan mengaji, insya ALLAH beroleh ketenangan.
"Ingatlah Tuhan..janganlah berhenti Segala derita tidakkan rapati Lapang di dada tenteram dihati Menjadi penawar...tidak payah dijampi Dunia ini laksana pengkalan tempat berlabuh kapal berdagang tiap yang bernyawa tidakkan berkekalan tiba saatnya dipanggil pulang."Salam Sayang, Ummihanani --> Teratak 23